Dow Jones masih terapung di kawasan positif di atas garisan merah MA 200-hari. Mengikut momentum semasa, kami menjangkakan kesinambungan positif yang bakal membawa indeks ini ke atas menembusi rintangan terdekat di 266,280 mata.
Secara keseluruhan, tren utama masih menunjukkan petanda tujahan ke atas. Garisan MA 50-hari masih berada di atas garisan MA 200-hari...
Dow Jones melantun sebagai tanda unjuran gerakan positif semenjak pembentukan corak "Bullish Harami", yang menunjukkan peralihan pergerakan daripada arah bawah ke atas. Dari perspektif teknikal, perkara ini adalah isyarat penting yang menunjukkan bahawa sentimen pasaran bertambah baik, terutama sekali apabila isyarat positif ini muncul tepat di atas garis sokongan...