HUBSPOT INC BERGANJAK NAIK MEREMPUH USD200Hubspot Inc telah membuat pendakian melepasi paras USD200. Kenaikan ketara ini mengangkat kaunter ini ke paras tertinggi yang baharu dan menolak signal bearish yang dipancarkan oleh pattern “Bearish Harami”. Secara teknikalnya, sentiment pasaran adalah memberangsangkan, di mana ia memberi petunjuk kepada potensi untuk kenaikan susulan.
Stocks!
MOMENTUM BREAKAWAY GAP APPLE TERUS MENINGKATApple Inc meneruskan gerakan positif-nya selepas berjaya memecah rintangan paras atas patten “Symmetrical Triangle”. Ini menunjukan momentum pada “Breakaway Gap” berterusan dan kemungkinan besar akan mengangkat harga stok kearah rintangan kuat USD233.50. Pandangan positif ini turut disokong oleh indicator lain seperti, garisan biru atas merah pada “Moving Average” dan “MACD”. Dari segi kekuatan, sentiment pasaran juga sangat mengalakan, dimana indicator “14-day RSI” stabil atas 50 poin.
Kami meletakkan sokongan pertama pada USD198.50, diikuti sokongan pada USD187.70. Seterusnya, rintangan pertama terletak pada USD213.90, seterusnya rintangan kedua pada USD233.50.
“BULLS” MENDAHULUI GERAKAN “BEARS”Crocs Inc menunjukan lonjakan kuat mengatasi rintangan 50% “Fibonacci Retracement”. Ini menunjukan tanda kebangkitan pembeli mengahiri masa rehat beberapa sessi yang lalu. Kelihatan bukaan “Moving Average” biru semakin menjarak daripada merah – menandakan kekuatan pengaruh “Bulls” semakin kuat. Sentiment positif ini menunjukan tanda awal bahawa lebih banyak aktiviti belian di sesi akan datang.
Tanda sokongan terdekat pada USD24.70, diikuti USD23. Pada masa yang sama, aras rintangan terdekat pada USD26.40, seterusnya USD28.80.