Sambil-sambil menunggu, kita buat sedikit latihan mata.
Dengan menggunakan konsep, 'satu jalan, yang lain jalan' , hari ini kita mencari carta-carta yang nampak pergerakan seakan sama dalam sektor yang sama.
Semoga terhibur..
Teknik bagus tapi salah pilih carta, kebarangkalian akan gagal.
Carta bagus tapi tiada teknik, kebarangkalian gagal.
Carta salah + teknik tak betul , ke laut sudah pasti.
Sebagai permulaan, mulakan dulu dengan memilih carta yang aktif, ada pergerakan harga menaik dan yang paling penting
- TUNGGU SEHINGGA ADA SIGNAL PEMBELIAN ! -
Prestasi YTD atau Year To Date menunjukkan prestasi semasa carta bermula dari hari pertama tahun sehinggalah sekarang.
Dalam penyaring tradingview ada disediakan Prestasi YTD, Prestasi-3 bulan, Prestasi - 6 bulan, Prestasi Bulanan, Prestasi Mingguan dan beberapa lagi pilihan lain.
Dalam video ini, saya cuba mencari carta yang prestasi YTD sudah naik melebihi...