QES sedang menuju ke atas utk memecahkan Harga TertinggiAnalisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
kini sedang berada gelombang Subminuette i di dalam Gelombang minuet (iii) dengan Corak "Impulse 12345" dan sedang membuat kenaikan dengan momentum yang kuat bagi gelombang "Impulse" minuet (iii) yang di jangka akan berakhir di harga tertinggi sepanjang masa nya
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Analisa Terdahulu
Alltimehigh
D&O menghampiri ATH1. Carta kini berada di Stage 2 Stan Weinstein analysis iaitu harga semasa di atas line ma200.
2. Membuat temporary consolidation area sebelum melakukan tujahan.
3. Harga semasa menghampiri paras All Time High.
PENAFIAN : Idea analisa teknikal ini adalah tujuan pembelajaran dan kajian peribadi semata-mata. Bukan saranan beli atau jual. Sila buat kajian semua.
INNATURE menanti masa1. Stage 2 Stan Weinstein analysis iaitu harga semasa di atas line ma200.
2. Harga semasa semakin hampir dengan rintangan menuju All time high.
3. Kaunter pemulihan (recovery)
PENAFIAN : Idea analisa taknikal ini adalah tujuan pembelajaran dan kajian peribadi semata-mata. Bukan saranan beli atau jual.
EMAS (Menuju ke Paras Kegemilangan Sebelum Ini)EMAS terus melakukan kenaikan dan terkini, EMAS telah berjaya breakout MA 200 menjadikan EMAS kini uptrend untuk long term. Berkemungkinan harga akan retest dahulu di atas MA 200 sebelum breakout paras harga RM 250/gram dan berpotensi untuk menuju ke ATH nya pada paras harga RM 280/gram.
Nota kaki:
* Breakout = Harga naik dan memecahkan resistance.
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
ASTINO (Terus Membuat Kenaikan)Sektor :
- Building Materials, Industrial Products & Services, Steel.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- ASTINO konsisten membuat keuntungan dan terkini, keuntungan ASTINO bergerak dalam trend menaik. Ini menjadikan keuntungan ASTINO meningkat YoY sebanyak 60.4%.
- Kenaikan keuntungan ASTINO ini seiring dengan hasil (revenue) yang mula dilihat menaik untuk 4 quarter terkini (Q2 2020 sehingga Q1 2021). Kenaikan revenue meningkat QoQ sebanyak 17.42% tetapi menyusut YoY sebanyak -6.99%.
~ Teknikal ~
- Sebelum ini, ASTINO dilihat menjadikan MA 50 sebagai support dinamiknya.
- Terkini, ASTINO membuat kenaikan parabolic dan tidak lagi menjadikan MA 50 sebagai supportnya.
- Ketika ASTINO pertama kali membuat kenaikan parabolic, harga membuat retracement selepasnya sehingga ke fibo 0.618 sebelum rebound dan breakout. Ini menunjukkan kekuatan kenaikan ASTINO ini adalah kuat (strong).
- ASTINO kemudiannya menyambung kenaikan parabolicnya dan berjaya melepasi fibo 1.618.
- Hari ini, ASTINO ditutup pada harga 1.650. Ini merupakan paras ATH terbaru bagi ASTINO.
- Jika ASTINO mampu bertahan di atas fibo 1.618 iaitu pada paras harga RM 1.620, harga mampu membuat ATH terbaru dengan menuju ke fibo 2.618 iaitu RM 2 yang juga merupakan paras harga psikologi.
Nota kaki :
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Q1 = Quarter pertama. Kebiasaanya bulan Februari. Q1 dalam idea ini adalah pada bulan Mac.
* Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya bulan Mei. Q2 dalam idea ini adalah pada bulan Jun.
* Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
INNATURE (Mencari Peluang untuk Membuat Pembalikan)Sektor :
- Personal Goods, Consumer Products & Services.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- INNATURE baru sahaja disenarai awamkan di Bursa Malaysia pada 20 Februari 2020 (20/2/20, tarikh yang agak menarik 😆).
- Keuntungan dan hasil (revenue) INNATURE masing² menyusut QoQ sebanyak -2.44% dan -16.06%.
- Sejak mula disenaraikan, INNATURE dilihat konsisten dalam pemberian dividen. Dividen yang diberikan adalah sebanyak 1 sen sesaham untuk tahun 2020 dan 2021.
- Saham INNATURE ini juga dimiliki oleh jerung / institusi Malaysia seperti:
1) KWAP (pegangan sebanyak RM 9.8 juta).
2) ASN Imbang (pegangan sebanyak RM 8.69 juta).
3) AIA Bhd. (pegangan sebanyak RM 6.85 juta).
4) ASN Sara (pegangan sebanyak RM 4.52 juta).
5) Etiqa Life Insurance Berhad (pegangan sebanyak RM 4.31 juta).
6) AIG Malaysia Insurance Berhad (pegangan sebanyak RM 1.04 juta).
~ Teknikal ~
- Selepas breakout ATH, INNATURE dilihat membuat retracement.
- Retracement ini didokong oleh signal 'strong bearish divergence' oleh stochastic RSI.
- Retracement ini juga berlaku sehingga membuatkan saham berada dalam keadaan oversold.
- Terkini, muncul hammer candlestick menandakan harga berpotensi untuk rebound dan meneruskan kenaikan di atas mid term trendline untuk membuat ATH baru di atas RM 0.760.
- Jika harga tidak mampu rebound di atas midterm trendline, support seterusnya adalah di 'long term trendline'.
Nota kaki :
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
INNATURE (Berjaya Mencipta Paras Tertinggi Terbaru)Sektor:
- Personal Goods, Consumer Products & Services.
Idea analisis:
- Sudut Fundamental INNATURE telah dikupas dalam idea sebelum ini.
- Dari sudut Teknikal, INNATURE sebelum ini tidak mampu melepasi ATH pada RM 0.740. INNATURE dilihat membuat pullback sehingga ke paras fibo 0.618 sebelum rebound dan memecahkan ATH yang telah dicipta sejak pertama kali di 'senarai awam' kan ke dalam Bursa.
- INNATURE pada hari ini ditutup pada harga RM 0.755 dan ini merupakan ATH terbaru bagi INNATURE.
- Jika harga mampu bertahan di atas ATH dan menjadikan ATH ini sebagai RBS, INNATURE berpotensi menuju ke fibo 1.618 pada harga RM 0.840.
Nota kaki:
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
SPX (Berjaya Mencipta Rekod Baru Tertinggi)Hari ini, S&P 500 mencipta ATH terbaru sekali lagi dan telah menyentuh trend line resistance. Adakah S&P 500 akan break trend line atau membuat retracement selepas ini? Jika indeks menurun untuk membuat retracement, support seterusnya adalah pada paras RBS iaitu 3,980 mata. Jika indeks meneruskan kenaikan, target seterusnya adalah pada 4385 mata yang merupakan fibo 2.618.
Nota kaki:
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Correction / Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
HPMT (Mencipta Pencapaian Terbaru Setelah Berjaya Pecahkan Cup)Sektor:
- Industrial Materials, Components & Equipment, Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, HPMT dilihat membuat keuntungan dan hasil (revenue) secara konsisten. Kentungan meningkat YoY sebanyak 5.9% manakala hasil (revenue) menurun YoY sebanyak -8.62%. HPMT juga menawarkan dividen dan kelihatan dividen yang diberikan meningkat sebanyak 2.26 untuk tahun 2021 (1.38 sen sesaham) berbanding tahun 2020 (1.24 sen sesaham).
- Dari sudut Teknikal, HPMT dilihat telah breakout ATH dan cup and handle pattern dengan volume yang sangat signifikan. Harga juga dibuka gap up ketika ini.
- Jika mengikut teori cup and handle pattern, HPMT berpotensi menuju ke RM 0.895 dengan keutungan sebanyak 53.82%.
Nota kaki:
* YoY = Year over Year.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
KAJIAN 4: Sektor Telekomunikasi dan Media Cuba Lengkapkan BentukKAJIAN 4:
- Sektor Telekomunikasi dan Media dilihat membentuk cup and handle pattern.
- Harga dilihat beberapa kali retest resistance RM 730.
- Harga berpotensi untuk naik lebih tinggi jika mampu melepasi paras harga yang penting ini iaitu RM 730 yang merupakan 'neckline' dan 'all time high' bagi sektor ini.
Saham berkaitan sektor telekomunikasi dan media di Bursa Malaysia:
- Maxis, Axiata, Digi, TM, Timecom, Astro, Media, OCK, Gpacket, XOX, Star, Redtone, Mediac, Amtel, Sridge, Nexgram, Binacom, Opcom, PUC, Priva, Innity, Sasbadi, Mtouche, MNC, SJC, M3Tech, Sedania, PPG, Ecohlds, Amedia, Rev.
* Cup and handle = Satu bentuk bullish. Kebiasaannya harga akan naik lebih tinggi jika mampu memecahkan neckline cup and handle ini.
* Neckline = Resistance bagi bentuk cup and handle.
* Retest = Harga menyentuh resistance.
------------------------------
DISCLAIMER:
Terma atau istilah 'KAJIAN' yang digunapakai ini merangkumi tentang info, pendidikan dan pembelajaran sahaja. Jadi, ia bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham.
ETH (Jalan Terus)ETH terus mencipta All Time High (ATH). Untuk 'low risk', boleh rancang untuk entry ketika Stoch RSI oversold (bawah 2.00) atau harga turun mendekati trend line.
#TAYOR #BAYOR
SRIDGE (Perjalanan Menuju ke Destinasi yang Ditunggu-tunggu)Sektor:
- Technology, Telco, Telecommunications & Media.
Idea analisis:
- SRIDGE merupakan kaunter teknologi. Sektor teknologi antara sektor yang yang membentuk uptrend terbaik.
- SRIDGE membentuk uptrend line dan pergerakan sangat hampir dengan trend line.
- SRIDGE juga sering memecahkan resistance terbaru secara 'slow and steady'.
- Kenaikan harga ini menjadikan SRIDGE semakin hampir ke ATH.
Idea trading plan:
- Entry apabila harga berdekatan dengan trendline 'dan' muncul titik PARABOLIC SAR di bawah candle untuk swing atau;
- Entry berhampiran RBS 0.620 untuk BOD atau;
- Entry jika harga tutup di atas ATH 0.705 'dengan syarat' ada Vol yang lebih banyak daripada sebelumnya untuk BOB.
- CL jika harga 'tutup' di bawah trend line.
- TP jika harga mula menyentuh 0.705.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* ATH = All Time High (Harga paling tinggi yang pernah dicapai)
* BOD = Buy On Dip
* BOB = Buy On Breakout
#TAYOR #BAYOR
TRIMODE (Menghampiri Pencapaian Tertinggi)Sektor:
- Transportation & Logistics, Prime Movers & Trailers
Idea analisis:
- TRIMODE pernah membuat kenaikan setelah harga melepasi MA 50 dan MACD cross up.
- Walaubagaimanapun, TRIMODE turun hingga kebawah MA 50 setelah itu.
- TRIMODE kembali naik ke atas MA 50 dan peluang ini boleh dimanfaatkan sebaiknya.
- Sejarah sebelum ini boleh dijadikan panduan untuk pembelian dan penjualan. "History repeats itself".
Idea trading plan:
- Entry jika muncul titik pertama PARABOLIC SAR di bawah harga, MACD atas 0 dan harga di atas MA 50 atau;
- Entry berhampiran SBR 0.475 untuk BOD atau;
- Entry jika harga 'tutup' di atas resistance 0.600 @ ATH 0.640 bersama volume untuk BOB.
- CL jika harga 'tutup' di bawah MA 50 atau;
- CL jika MACD turun di bawah paras 0 atau;
- CL jika harga 'tutup' di bawah support 0.435.
- TP jika muncul titik pertama PARABOLIC SAR di atas harga.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* SBR = Support Become Resistance
* BOD = Buy On Dip
* BOB = Buy On Breakout
* ATH = All Time High (Harga paling tinggi pernah dicapai sejak mula disenaraikan di Bursa)
SPRING Potensi Mendaki Lebih JauhSpring pada hari ini berjaya memecahkan aras tertinggi sepanjang hayat (all time high) di aras 0.385 disokong oleh volume yang kuat. Satu anjakkan momentum untuk terus mendaki lebih tinggi. Aras target untuk kaunter Spring adalah di 0.475 dan 0.625. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
SAUDEE Cubaan Memecahkan Awan dan Kembali Menguji All Time HighSAUDEE hari ini memecahkan aras rintangan di 0.490 akan tetapi ada rintangan awan ichimoku di aras 0.510. Jika berjaya keluar dari awan, rintangan kuat yang perlu ditempuhi adalah di 0.565 dan juga all time high di 0.670. Sama-sama kita perhati rapat jika SAUDEE berjaya memecahkan aras rintangan ichimoku di 0.510. Jika berjaya, boleh dijadikan RBS yang kuat. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
AEMULUS Cubaan Menguji dan Memecahkan All Time HighAEMULUS pada hari dagangan Jumaat minggu lepas (16 October 2020) telahpun memecahkan aras rintangan kuat di 0.685 dan ditutup dengan candle marubozu disokong oleh volume melebihi aras purata. Seterusnya terdapat satu lagi rintangan di aras 0.720 sebelum AEMULUS menguji dan cuba untuk memecahkan aras tertinggi sepanjang masa (all time high) di aras 0.785. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran). P/S : Baru perasan chart TF1hr pulak :-)
KANGER (0170): Bakal Menuju ATH? (20/09/2020@12:52pm)KANGER INTERNATIONAL BERHAD (0170)
SECTOR: CONSUMER PRODUCTS & SERVICES
SUB-SECTOR: HOUSEHOLD GOODS
TOTAL SHARE ISSUE: 1.734B
SYARIAH: YES
Kanger International Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan yang berpangkalan di Malaysia. Syarikat beroperasi melalui tiga segmen: Pemegangan pelaburan, Pembuatan dan perdagangan, dan Penyelidikan dan pembangunan. Segmen pegangan pelaburan terlibat dalam aktiviti pegangan pelaburan. Segmen Pembuatan dan perdagangan terlibat dalam pembuatan dan perdagangan lantai buluh dan produk berkaitan. Segmen Penyelidikan dan Pembangunan terlibat dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk Syarikat. Dua barisan produk utama Syarikat adalah buluh mendatar dan menegak, dan produk buluh anyaman helai. Syarikat menawarkan produk lantai buluh di bawah jenama Kanger dan KAR Masterpiece. Anak syarikat Syarikat termasuk KAR Masterpiece Sdn. Bhd ., Kanger Investment ( HK ) Ltd., Ganzhou Kanger Industrial Co. Ltd. dan Shenzen Kanger Bamboo WoodCo., Ltd., antara lain.
KANGER agak menarik untuk diperhatikan pergerakan harganya. Monitor jika harga berjaya menembusi dan bertahan di atas paras neckline 0.320/0.325. Harga berpotensi untuk mencapai semula paras All-Time High (0.550).
DISCLAIMER: Ini hanyalah kajian peribadi pergerakan harga untuk tujuan pembelajaran kendiri.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia #akubukansifu
MAMPUKAH SPRING (0216) MEMECAHKAN ATH? (10/09/2020@12:15pm)SPRING ART HOLDINGS BERHAD (0216)
SECTOR: CONSUMER PRODUCTS & SERVICES
SUB-SECTOR: HOUSEHOLD GOODS
TOTAL SHARE ISSUE: 415.69M
SYARIAH: YES
Spring Art Holdings Berhad (Spring Art) adalah syarikat pemegangan pelaburan yang berpusat di Malaysia. Melalui anak syarikatnya, Syarikat terlibat dalam pembuatan produk perabot yang siap dipasang. Syarikat melakukan reka bentuk dan pengembangan, pembuatan serta pemasaran dan penjualan perabot pejabat, perabot kamar tidur / ruang tamu serta jenis perabot lain. Perabot pejabat adalah untuk kegunaan pejabat, seperti stesen kerja pejabat, kabinet pemfailan dan alas. Produk bilik tidur merangkumi tempat tidur malam, almari pakaian, meja solek, bangku dan meja belajar. Perabot ruang tamu merangkumi meja komputer, konsol televisyen, papan sisi, kabinet kasut, rak buku dan peti laci. Perabot lain termasuk produk perabot pelengkap yang disesuaikan yang dibuat mengikut pesanan pelanggan, seperti meja makan dan kabinet dapur. Spring Art Industries Sdn. Bhd. Adalah anak syarikatnya.
Adakah harga SPRING akan berjaya memecahkan harga ATH sebelum ini iaitu RM0.275 (30/12/2019)?... Sangat menarik untuk diperhatikan dan bertepatan sekali dengan tema yang in-play sekarang iaitu tema furniture.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia
D&O (7204): Into Uncharted Territory (02/09/2020@2:20pm)D&O GREEN TECHNOLOGIES BERHAD (7204)
SECTOR: TECHNOLOGY
SUB-SECTOR: SEMICONDUCTORS
TOTAL SHARE ISSUE: 1,133,028,454
PUBLIC FLOAT %: 28.31% (812,260,753)
SYARIAH: YES
D&O Green Technologies Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan yang berpangkalan di Malaysia. Syarikat terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan (termasuk perkhidmatan kemudahan kilang pembuatan). Segmen Syarikat merangkumi Asia, Eropah, Amerika Syarikat dan Negara-negara Lain. Anak syarikat Syarikat termasuk Omega Semiconductor Sdn. Bhd. (Omega), yang merupakan syarikat pemegangan pelaburan; Dominant Opto Technologies Sdn. Bhd. (Dominan), yang bergerak dalam pembuatan komponen dan mesin semikonduktor; Dominant Opto Technologies Korea Inc, yang bergerak dalam bidang komponen semikonduktor merchandising, dan Dominant Opto Technologies (Shanghai) Co., Ltd., yang bergerak dalam pengembangan teknologi aplikasi semikonduktor, pemasangan, pemborongan dan peruncitan peranti semikonduktor, komponen elektronik, elektrik peralatan untuk pencahayaan, skrin paparan elektronik, kelengkapan pencahayaan, import dan eksport produk berkaitan.
Harga D&O berjaya mencipta paras ATH yang baharu pada sesi pertama hari ini (02/09/2020) dengan jumlah volume yang tinggi. Perhatikan jika harga mampu bertahan ataupun meneruskan kenaikan pada sesi kedua petang ini.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia