naimmp98

INNATURE (Berjaya Mencipta Paras Tertinggi Terbaru)

MYX:INNATURE   INNATURE BERHAD
Sektor:
- Personal Goods, Consumer Products & Services.

Idea analisis:
- Sudut Fundamental INNATURE telah dikupas dalam idea sebelum ini.
- Dari sudut Teknikal, INNATURE sebelum ini tidak mampu melepasi ATH pada RM 0.740. INNATURE dilihat membuat pullback sehingga ke paras fibo 0.618 sebelum rebound dan memecahkan ATH yang telah dicipta sejak pertama kali di 'senarai awam' kan ke dalam Bursa.
- INNATURE pada hari ini ditutup pada harga RM 0.755 dan ini merupakan ATH terbaru bagi INNATURE.
- Jika harga mampu bertahan di atas ATH dan menjadikan ATH ini sebagai RBS, INNATURE berpotensi menuju ke fibo 1.618 pada harga RM 0.840.

Nota kaki:
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.