Isyarat Dagangan Untuk MAHAUSDTIsyarat Dagangan:
Terdapat Isyarat Dagangan untuk Membeli dalam MAHAUSDT MahaDAO
Pedagang boleh membuka Perdagangan Beli mereka SEKARANG
Pangkat : ⭐️⭐️⭐️
⬆️Beli sekarang atau Beli pada 3.89
⭕️SL : Tutup di bawah 3.5
🔵TP1 @ 5.50
🔵TP2 @ 6.80
🔵TP3 @ 9.66
Jika anda menyukai idea kami, sila sokong kami dengan suka 👍 dan ulasan anda.
Altcoins
Modal Pasaran Altcoin - Sinar BullishAnalisis Altcoin Total Market Cap
Buat masa sekarang, admih bullish dengan Altcoin.
Market cap berjaya membuat 5 gelombang kenaikan sejak kerendahan 30 Mei,bermaksud kemungkinan Alts akan cuba untuk meneruskan kenaikan.
Kini kita menantikan Alts untuk memecahkan saluran menaik untuk menandakan bahawa fasa koreksi telah bermula.
Admin bercadang untuk Buy On Dip kebanyakkan coin coin menarik.
Abang Doji.
XRP (Muncul Signal Kenaikan Berturut-Turut)Ripple (XRP) dilihat mencuba untuk meneruskan kenaikan setelah berjaya BDTL. Kejayaan BDTL XRP ini disokong oleh signal 'strong bullish divergence' yang ditunjukkan oleh indikator stochastic RSI.
Setelah berjaya BDTL, indikator stochastic RSI memberikan signal positif sekali lagi. Munculnya signal 'hidden bullish divergence' menandakan bahawa momentum penjualan adalah kuat tetapi tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
Terkini, muncul pula signal 'strong bullish divergence' menandakan harga akan meneruskan kenaikan dengan menjadikan paras harga RM 5.40 sebagai support terbarunya. Sekiranya harga mampu menembusi paras RM 6.20 dan dapat bertahan di atas paras harga ini, XRP berpotensi untuk menuju ke resistance seterusnya pada paras harga RM 8.10.
Kajian ini hanya meninjau pergerakan harga pada time frame 4 jam sahaja. Kemungkinan pergerakan harga di time frame yang berbeza menatijahkan analisis yang hampir sama atau berbeza.
Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan (downtrend line).
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi stochastic RSI menaik (higher low).
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.