Awantec Dilihat Pergerakan Positif MenaikKaunter: Awantec
Sektor: Teknologi,servis digital
Awantec telah berjaya memecahkan corak segitiga dan memecahkan garisan tren menurun.
Tempoh masa 1 hari (setup swing):
Persilangan emas macd di atas 0 menandakan momentum menaikyang kuat
Stochrsi juga positif garisan biru bersilang ke atas garisan signal merah mendongak ke atas petanda kekuatan momentum menaik
RSI juga dilihat positif di atas 60 (bullish momentum0
Kelihatan bullish divergence pada gbs ao dan gbs smi, volume juga telah menaik dari volume purata sebulan; volume spike mengering dan spike semula
(sila rujuk lukisan di dalam gambar)
Gann Sokongan: 0.43/0.4 | Gann Rintangan: 0.46/0.49
Sekadar kajian bagi tujuan pembelajaran. Sila kaji semula dan buat pelan teliti ep,sl/cl,tp sebelum memasuki sesuatu kaunter. #tayor
Analisis
GOLD Dijangka Naik KembaliGOLD pada timeframe daily D1 telah membuat kenaikan pada Jumaat 21 Oktober 2022 dan telah membentuk bullish engulfing. Ini bermakna zon support (1615.371 – 1643.491) baru telah terbentuk dan kebarangkalian untuk ia membuat kenaikan amat tinggi. Jangkaan kenaikan adalah sehingga ke zon resisten yang terdekat (1699.01 – 1729.522). Para pedagang kini berpeluang untuk entry buy berpandukan kepada analisa dan kefahaman masing-masing. Sasaran terdekat (TP) adalah di zon resisten seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Entry dalam zon yang tepat akan memberikan peratusan keuntungan yang tinggi dan mengurangkan risiko loss. Penggunaan pengurusan kewangan (MM) yang sesuai akan membuatkan akaun dagangan akan lebih stabil dan konsisten.
RL Cuba Pecahkan Tren Saluran MenurunHarini 6 Oktober 2022 kita boleh lihat volum yang padu pada kaunter RL.
Harga berjaya memecahkan halangan SMA 200 TFD pada harga 425 dan terus membuat kenaikan
dan tutup pada harga 440.
Lilin 'Bullish Engulfing' pada tempoh masa seminggu memberi tanda-tanda pembalikan ke atas.
Namun jika dilihat pada sejarah kaunter, sekiranya 'bullish engulfing" atau bullish morubozu terbentuk harga akan membuat 'sideways',
'pullback' terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan.
Untuk btst sekiranya harga bersilang ke atas 'upper bb' & membuat 'bullish morubozu, atau 'bullish engulfing' harga akan naik dahulu seawal pagi sebelum
jualan pengambilan keuntungan berlaku. Sekiranya harga turun atas dari separuh lilin bullish sebelum (6/10/22) maka potensi untuk 'rebound' itu ada.
Buat ketika ini RL dilihat dalam 'solid bullish momentum'
Perlu dilihat juga sentimen dan berita semasa kerana kaunter minyak selalunya sangat terkesan dengan sentimen semasa (volatile/react to rumours & news)
Gann S: 0.43/0.4 | Gann R: 0.46/0.49
Seakadar kajian untuk tujuan pembelaran sahaja. Tiada saranan jual beli saham. Beli jual adalah tanggungjawab anda (TAYOR)
Aeon kaunter bermomentum kuat berpotensi untuk swingKaunter kajian: Aeon
Aeon kaunter yang masuk screener GBS momentum (WL)
Jika tengok TFD sudah breakout & cecah upper BB
Jika tengok TFW sudah ada "buy signal" dan berada di atas sma 200 (petanda pertukaran trend berlaku)
Tempoh masa 1 minggu
RSI cantik momentum kuat 65.68
Adx agak kuat ya menghampiri 20
Potensi untuk naik: tinggi
Sesuai untuk swing?: ya
Harga sokongan (RM): terdekat 1.51, sokongan seterusnya 1.45-1.46
Harga rintangan (RM)(swing): 1.570,1.665,1.83,1.925,2.235,2.460
Untuk intraday:
Jaga stoploss anda kerana harga telah mencapai upper BB. Keberangkalian akan cuba test RM1.57 jika berjaya breakout akan cuba test rintangan seterusnya Rm1.63. Jika tidak berjaya breakout kebarangkalian pullback area RM1.51, jika tidak mampu bertahan akan mencari support zone RM1.45-1.46
Sektor: Small Cap, Retailers, Consumer Products & Services
Hanya sekadar kajian. #tayor
Hubungkait pasaran KLCI semasa dan pada tahun 2008.Untuk kita faham apa yang berlaku dalam keadaan semasa dan apa kemungkinan yang bakal berlaku seterusnya, kita perlu lihat kembali apa yang pernah berlaku sebelumnya.
(To understand the future, we have to go back in time.)
Kita ambil contoh krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 2008.
Kalau dilihat daripada relationship daripada market yang lain;
6 bulan sebelum masuk tahun 2008. Gold & komoditi yang bullish memberi kesan bearish kepada USD.
Serta mengakhirkan US stock market yang telah lama berada dalam keadaan bullish & sentiasa melakukan new high.
KLCI juga kalau dilihat boleh dikatakan terkena tempias(dalam tempoh 6bulan sebelum 2008) dengan melakukan terjunan melebihi 200pts diikuti last momentum bullish sebelum melakukan correction almost 700pts sepanjang 2008.
Kalau dilihat daripada keadaan market semasa, seperti ada sign yang sama.
6 bulan sebelum tahun 2008, market dah start react memberikan sign dengan lebih awal.
Ofcourse pada masa tu yang paling terkesan adalah mereka yang gagal mengawal risiko.
Prestasi masa lalu tidak semestinya menentukan prestasi akan datang. Tapi… history juga selalunya akan repeat itself.
Hati2 ketika trade.
EPMB Menunjukkan Momentum Kenaikan Yang KuatKaunter: EPMB
Sektor: Industri Produk
-EPMB kaunter yang berada pada fasa trend kenaikan yang kuat (strong uptrend)
yakni candle/harga berada di atas EMA 50(biru), EMA 100(oren), SMA 200 (ungu)
-Kaunter membuat persilangan emas MACD
-Stochrsi line biru bersilang di atas line merah
-ADX momentum kuat di atas 25
- RSI bullish momentum di atas 50
-Candle telah membuat validation di area 1.11
Secara keseluruhan kaunter sangat positif "Strong Bullish"
S1: 1.16
S2: 1.11
R1: 1.21
R2: 1.27
Sekadar kajian ringkas sahaja. Bukan nasihat jual-beli. Sila kaji dan kira rsik & reward sebelum memasuki sesuatu kaunter. #tayor
Qes Membuat Momentum Kenaikan Yang MenarikKaunter : Qes
Sektor: Semi Konduktor
Kaunter Qes antara kaunter yang termasuk dalam screener GBS momentum, membuat kenaikan yang menarik pada harini.
- Signal GC (golden cross) menandakan kaunter sudah mula menunjukkan momentum kenaikan yang positif
- Kolam Hijau GBS SMI sudah siap (fasa accumulation/collection) line biru bersilang ke atas line merah, petanda kaunter sudah mula membuat kenaikan (tolakkan harga ke atas) dilihat seolah sudah tamat fasa pengumpulan perubahan ke fasa kenaikan yang baru (new uptrend)
- Stochrsi line biru bersilang ke atas line merah di atas 20 (sesuai untuk BOD-belian harga lantai)
- ADX menunjukkan momentum kuat di atas nilai 25
- Candle validation - candle bullish berjaya mengatasi dua candle sebelum sesuai untuk cari harga masuk (EP)
- Cari EP berdekatan dengan support gann 0.65
S1 0.65
S2 0.61
R1 0.69
R2 0.73
Sekadar kajian ringkas sahaja, bukan buycall. Sila buat kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli dan menjual sesuatu kaunter.
-
Carepls Betul-betul Ikhlas Membuat Kenaikan?Kaunter: Carepls
Sektor: Sarung Tangan , Penjagaan Kesihatan
Seperti yang kita sedia maklum indek mengalami kejatuhan teruk minggu ini dan pada hari Jumaat 26.11.21 sektor sarung tangan & penjagaan kesihatan
mendominasi pasaran bursa.
Carepls di lihat membuat reversal up dan percubaan ke fasa "uptrend'
-RSI atas 50 bullish
-ADX masih di bawah 20 (masih ada ruang momentum kenaikan di paras ADX atas 20)
-Stochrsi cross up di atas 50 (strong bullish)
-Super bullish morubozu candle hari jumaat, di jangka pada hari Isnin akan naik terbelih dahulu sebelum retrace pada aras golden fibo
atau 1/4 candle atau maximum 3/4 candle
*kajatuhan harga di bawah golden fibo 78.60 di anggap kaunter berada fasa sideways atau mula downtrend (aras cutloss)
*kejatuahan harga di bawah harga open candle Jumaat 26.11.21 juga boleh diambil sebagai aras cutloss kerana dibimbangi
kaunter mula sideways atau downtrend
*sekiranya di analisis berdasar GBS SMI kolam telah sempurna (fasa long accumulation-kolam smi hijau) line biru cross up line merah, dijangka untuk swing sekiranya harga tidak turun bawah harga open candle Jumaat lepas, dijangka boleh melonjak jauh ....lagi besar kolam lagi jauh harga akan bergerak ke atas (lagi lama fasa pengumpulan lagi tinggi harga dijangkakan naik)
Gann Support: 1.21/1.16 | Resistance: 1.27/1.33
Walaubagaimanapun ini hanyalah sekadar kajian & pandangan saya semata-mata. Sila teliti chart & buat trading plan sebelum masuk sesuatu kaunter. #tayor
GBGAQRS Tampak Membuat Peralihan Arah Ke AtasKaunter Kajian: GBGAQRS
Sektor: Pembinaan
Paparan Masa Seminggu (kaunter swing)
1.Secara keseluruhan dilihat keluar dari fasa pengumpulan yang cantik (rujuk GBS SMI-kolam hijau), dan percubaan untuk ke fasa kenaikan yang baru.
2. MACD membuat persilangan emas ke atas petanda momentum permulaan kenaikan yang positif.
3. RSI menghampiri 50. RSI 50 petanda kaunter dalam keadaan 'bullish'
4. Stochrsi line biru atas signal merah petanda 'uptrend' positif momentum
5. Candle melepasi middle BB (ma 20). Kaunter-kaunter yang melepasi MA 20 mempunyai momentum kenaikan yang positif & di jangkakan
akan meneruskan mencari upper BB di area 0.70 sen.
Gann Support: 0.53/0.49 | Resistance: 0.61/0.65
EMA 50 : 0.63
EMA 100: 0.66
Sekadar kajian. Tayor.
Meridian Bermain Dalam "Trading Box"Kuanter: Meridian
Sektor: Hartanah
Jenis saham: Super penny (Fintech- perlu berhati-hati)
Peluang trade dalam trading box
1. Pada 23 Ogos berlakunya lonjakan volum, candle mengatasi candle sebelumnya (bullish engulfing)
kita tandakan sebagai t0. Kenaikan mencapai aras harga 0.185
2. Berdasarkan carta kita boleh lihat harga membuat penarikan balik(penurunan) sehingga 3/4 dari candle t0 sehingga ke harga 0.165 pada t6
3. Pada t7 bullish morubozu terbentuk. Kenaikan harga berlaku dari 0.165 ke harga 0.175
4. Pada t8 harga meneruskan kenaikan ke harga 0.185 (paras tertinggi t0) sebelum membuat penarikan balik dan berehat di harga 0.170 (support gann)
dan tutup pada harga 0.180.
5. Selalunya teknik berdagang secara "trading box" berlaku antara t0 hingga t3 atau boleh berlanjutan hingga t10...namun sekiranya melepasi t11 keberangkalian
fasa sideways berlaku (harga bermain dalam ranging pada tempoh yang panjang) jika ya sebaiknya boleh elakkan kaunter seperti ini
Dijangkakan harga mampu membuat kenaikan pada sekitar t9 atau t10.
Aras sokongan EMA 10, 21, 50 : 0.17
Aras sokongan 1 box: 0.165
Aras sokongan 2 box: 0.160 (sekiranya bocor perlu cutloss)
Aras rintangan 1 box: 0.185
Aras rintangan gann & EMA 100: 0.190
Aras rintangan line TAD: 0.195
Aras rintangan terkuat sebelumnya:0.205
Aras rintangan SMA 200 : 0.26
Sila rujuk panel GBS Trade details
Analisis indikator yang lain:
1. RSI 59.07 (bullish)
2. MACD persilangan emas (line macd biru atas line merah) bullish, good momentum
3. Stochrsi bullish (line biru atas line merah) bullish, good momentum
4. Susunan EMA cantik bullish dari atas ema 5, ema 7, ema 10, ema 21, sma 20-mid bb (merah, biru, kuning, oren, hijau) momentum yang kuat.
5. ADX 26.78 (strong momentum) nilai adx 25 ke atas menunjukkan kenaikan momentum yang kuat
Hanyalah sekadar kajian. Bukan buycall. Tayor
Teknikal Analisis Usdjpy 12 November 2018Usdjpy dalam analisis ini menunjukkan pasangan ini dalam mod menurun. Garis rintangan dapat dilihat pada graf yang ditandakan pada kotak berwarna seperti di carta pada titik 113.91-114.08 garis sokongan pertama dapat dilihat pada titik 113.63 Jika pasaran mampu menembusi titik tersebut, maka pasangan ini bakal menjunam sekurang kurangnya mencari TP pada garis 113.00 Namun jika pasangan ini mampu melewati kotak rintangan berwarna tersebut maka ia akan mencari rintangan pada titik 114.51
Teknikal Analisis Usdcad 5 November 2018 Jika dilihat pada garis masa yang besar, tentulah dapat dipastikan bahawa pasangan ini dilihat dalam keadaan menaik. Namun setiap kenaikan akan ada penarikan balik sebelum membuat tujahan yang lebih besar. Seperti yang ditandakan pada kotak berwarna di atas merupakan rintangan besar yang berada pada julat 1.3128-1.3168 Kami menjangkakan pasangan ini akan turun dan mencuba untuk melepasi garis sokongan yang ditandakan pada titik 1.3060 sebelum menyasar dan menyentuh TP pada garis 1.3005 Namun jika pasangan ini mampu melewati kotak rintangan berwarna tersebut, maka pasaran akan menguji untuk menuju hinggalah ke garis 1.3241
Teknikal Analisis Gold 5 November 2018Emas yang ditunjukkan seperti graf di atas kini berada di bawah rintangan besar. Kotak berwarna di antara julat 1235-1243 merupakan rintangan besar yang perlu ditembusi sekiranya ingin menyasar ke atas. Kami mengandaikan emas bakal jatuh menuju titik sokongan sekurang kurangnya menjejak pada titik 1214. Sekiranya emas berjaya menembusi garis sokongan besar kotak berwarna di atas, maka analisis ini terbatal dan emas bakal mencapai titik tertinggi pada 1258.00
Teknikal Analisis Gbpusd 5 November 2018Gbpusd dilihat bakal membuat penarikan koreksi ke bawah setelah memecut ke atas hingga mencipta garis rintangan berwarna yang ditandakan antara titik 1.3030-1.3040 Dijangkakan pasaran yang kini di 1.2962 akan cuba menguji garis putus rintangan merah pada 1.3005 yang sebelum ini bertindak sebagai garis sokongan. Setelah itu pasaran akan terus menjunam sebagai koreksi sekurang kurangnya menjejak pada titik 1.2844. Jualan hanya dapat dipastikan sekiranya garis putus putus biru yang terletak pada titik 1.2957 itu pecah sebelum menuju ke titik TP 1.2844
Teknikal Analisis Usdjpy 2 November 2018Semasa saya menulis analisis ini harga pasaran terletak betul betul di tengah tengah rintangan dan sokongan. Ini berikutan ketidaktentuan pasaran akibat dari unjuran kemaskini NFP dan 'Unemployment rate' kira kira sejam dari sekarang. Kami menyarankan agar pemain pemain baru melihat dahulu arah tuju pasaran ini. Jika pasaran bertindak memecahkan rintangan kecil garis merah putus yang saya tandakan pada carta, maka pasaran akan menguji untuk memecahkan garis rintangan besar merah yang saya tandakan di 113.23. Dan jika rintangan itu pecah maka pasaran bakal memecut mencari TP pada garis 113.85. Namun jika berlaku tujahan menembusi garis sokongan kecil putus putus biru dan berjaya menembusi garis sokongan besar biru pada titik 112.62, maka pasaran bakal menjunam mencari TP pada garis biru 111.74 Semoga berjaya!
Teknikal analisis Gbpjpy 31 Oktober 2018Gbpjpy semalam telah memecahkan garis sokongan biru pertama pada garisan 144.00 setelah berjaya membina konformasi rintangan baru pada garis merah yang berada pada titik 144.31 Kami menjangkakan Gbpjpy untuk intraday ini akan terus memusatkan kejatuhannya hinggalah sekurang kurangnya menjejak pada harga 143.30 pada garis biru kedua. Selamat berjaya!
Teknikal Analisis Gold 29 Oktober 2018Gold pada jumaat lalu telah memecahkan rintangan yang terdapat pada 1238.00 kemudian kembali membuat tarikan semula hinggalah tutup pada harga 1233.06 Berdasarkan analisis, selagi pasaran bergerak di atas sokongan (biru) yang terdapat pada titik 1229.00 maka ianya relevan untuk terus mengukuhkan posisi kenaikan. Kami menjangkakan ianya akan cuba mencapai sehinggalah berjaya mencecah garis rintangan yang terhampir iaitu di 1260. 00 Namun sekiranya pasaran beralih arah dan bertindak memecahkan garis sokongan 1229.00 maka pasaran bakal turun sekurang kurangnya menjejak harga 1225.00 Semoga berjaya!
Teknikal analisis Usdchf 29 Oktober 2018Pada jumaat lepas Usdchf telah membuat rintangan yang besar pada zon kotak berwarna di antara julat 1.0006-1.0025 Matawang ini juga berjaya menembusi garis sokongan pada garis biru yang ditandakan pada titik 0.9990 dan dijangka ia bakal turun sehinggalah ia menemui titik sokongan kedua pada titik 0.9948
Analisis teknikal intraday Gold 26 Oktober 2018Gold pada hari ini telahpun membuat rintangan pada garis 1233.00 Pasaran dijangka bergerak ke bawah kerana dilihat tidak mampu memecahkan rintangan tersebut. Ini akan membawa gold kembali ke titik asal 1228.00 Dan sekiranya gold berjaya memecah garis rintangan 1233, maka seterusnya ia akan mencari rintangan pada titik 1237. 00 Selamat berjaya!
Teknikal analisis Eurusd 25 Oktober 2018Semasa saya menulis analisis ini eurusd berada pada titik 1.1410 dan telahpun membuat sokongan pada kotak berwarna seperti carta di atas. Pasaran bakal mengalami kenaikan hingga ke garis rintangan merah 1.1470 Jika pasaran beralih arah menembusi kotak berwarna sebagai sokongan seperti di atas 1.1390-1.1380 maka analisis ini terbatal untuk hari ini.
Teknikal analisis Usdcad 22 Oktober 2018Usdcad pada waktu ini adalah pada 1.3105 Terdapat rintangan yang ditandakan kotak berwarna di dalam graf yang saya tandakan. Stochastic oscillator pada H1 telahpun mencapai 100. Ini menandakan pasaran belian sudah lemah untuk naik ke atas. Apa jua kenaikan yang melebihi kotak berwarna di atas adalah tidak lagi relevan apabila melebihi 1.3131 Malah kami positif ia akan menjunam menemui garis sokongan di 1.3045 Semoga berjaya!
Teknikal analisis Eurjpy 22 Okt 2018Eurjpy pada masa saya menulis sekarang berada pada titik 129.74 Ia dikatakan sedang mengalami penarikan balik ke arah rintangan merah 130.00 yang sebelum ini bertindak sebagai garis sokongan. Potensi amat baik untuk para pemain pasaran untuk menjual dan mengambil keuntungan pada titik 128.50 Sekiranya berlaku timbal balas ke atas dan memecah rintangan merah di 130.00 maka pasaran akan menuju hingga ke 131.00