shahidah_sf

Meridian Bermain Dalam "Trading Box"

MYX:MERIDIAN   MERIDIAN BERHAD
Kuanter: Meridian
Sektor: Hartanah
Jenis saham: Super penny (Fintech- perlu berhati-hati)


Peluang trade dalam trading box
1. Pada 23 Ogos berlakunya lonjakan volum, candle mengatasi candle sebelumnya (bullish engulfing)
kita tandakan sebagai t0. Kenaikan mencapai aras harga 0.185

2. Berdasarkan carta kita boleh lihat harga membuat penarikan balik(penurunan) sehingga 3/4 dari candle t0 sehingga ke harga 0.165 pada t6
3. Pada t7 bullish morubozu terbentuk. Kenaikan harga berlaku dari 0.165 ke harga 0.175
4. Pada t8 harga meneruskan kenaikan ke harga 0.185 (paras tertinggi t0) sebelum membuat penarikan balik dan berehat di harga 0.170 (support gann)
dan tutup pada harga 0.180.
5. Selalunya teknik berdagang secara "trading box" berlaku antara t0 hingga t3 atau boleh berlanjutan hingga t10...namun sekiranya melepasi t11 keberangkalian
fasa sideways berlaku (harga bermain dalam ranging pada tempoh yang panjang) jika ya sebaiknya boleh elakkan kaunter seperti ini

Dijangkakan harga mampu membuat kenaikan pada sekitar t9 atau t10.

Aras sokongan EMA 10, 21, 50 : 0.17
Aras sokongan 1 box: 0.165
Aras sokongan 2 box: 0.160 (sekiranya bocor perlu cutloss)
Aras rintangan 1 box: 0.185
Aras rintangan gann & EMA 100: 0.190
Aras rintangan line TAD: 0.195
Aras rintangan terkuat sebelumnya:0.205
Aras rintangan SMA 200 : 0.26

Sila rujuk panel GBS Trade details

Analisis indikator yang lain:
1. RSI 59.07 (bullish)
2. MACD persilangan emas (line macd biru atas line merah) bullish, good momentum
3. Stochrsi bullish (line biru atas line merah) bullish, good momentum
4. Susunan EMA cantik bullish dari atas ema 5, ema 7, ema 10, ema 21, sma 20-mid bb (merah, biru, kuning, oren, hijau) momentum yang kuat.
5. ADX 26.78 (strong momentum) nilai adx 25 ke atas menunjukkan kenaikan momentum yang kuat

Hanyalah sekadar kajian. Bukan buycall. Tayor

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.