AAPL (Antara Ambil Peluang @ Lepas)• Saham Apple (AAPL) adalah saham pendasar utama etf HLAL.
• Etf HLAL pula adalah aset utama portfolio US Stocks dan Very Aggressive (Wahed Invest).
• Pergerakan harga saham AAPL sangat memberi kesan kepada harga etf HLAL.
• Pergerakan harga etf HLAL sangat memberi kesan kepada nilai portfolio US Stocks dan Very Aggressive.
• Jadi, keputusan pelaburan dalam portfolio US Stocks dan Very Aggressive perlu diberatkan @ bias kepada saham AAPL dari sudut fundamental dan teknikal.
• Dari sudut fundamental, secara amnya syarikat Apple antara syarikat yang terbesar di dunia dari sudut perolehan (revenue).
• Permintaan kepada saham AAPL ini juga meningkat dari masa ke semasa. Kesannya, harga saham AAPL meningkat tinggi sehingga saham AAPL perlu di'split' harga sebanyak 5 kali sejak 1980 bagi membolehkan pelabur² bilis seperti kita mampu beli saham AAPL ini.
- Dari sudut teknikal, terkini harga saham AAPL dah jatuh sebanyak 30% daripada harga tertinggi (USD 182.94) dalam masa kurang 6 bulan dan sekarang masih berusaha untuk naik melebihi harga tertinggi.
• Selepas kejatuhan drastik ini, harga saham AAPL dilihat sekarang sedang membuat reversal dengan petunjuk:
i. Breakaway gap di atas dinamic SnR yang agak kuat bagi saham AAPL iaitu MA 200.
• Walaubagaimanapun, saham AAPL juga berpotensi untuk meneruskan kejatuhan lagi selepas ini dengan dua petunjuk:
i. Hidden Bearish Divergence yang berpotensi terbentuk. Ini memberi gambaran bahawa momentum pembelian yang kuat masih tidak mampu menaikkan harga kerana minat penjualan masih lebih kuat.
ii. Exhausting gap yang terbentuk setelah pembentukan leading diagonal.
• Penulis lebih memilih pendapat kedua iaitu saham AAPL masih lagi bearish dan belum tiba masa untuk reversal.
• Pendapat ini juga bersandarkan kepada bacaan² dan berita² terkini yang banyak menunjukkan bahawa pasaran saham global masih lagi dalam keadaan bearish.
Nota Kaki
• Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada bearish kepada bullish.
• Bearish = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
• Bullish = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
• Breakaway Gap = Gap permulaan trend.
• Exhausting Gap = Gap dihujung trend.
• Gap (Up) = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
• SnR = Support and Resistance.
• Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
• Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
• Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi oscillator menaik (higher high).
• Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
• Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
• Berkaitan degree (darjah) Elliott Wave yang digunakan dalam idea analisis ini:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
.
PENAFIAN / DISCLAIMER
⚠️ Penulis / penganalisis bukan 'Financial Planner', 'Investment Advisor', 'Fund Manager' atau 'Remisier' dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati aktiviti² berkaitan pelaburan.
⚠️ Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Jangan entry sebelum kaji.
📌 Pastikan yakin, baru jump in.
🛑 Tenang dengan PERLINDUNGAN | Untung dengan PELABURAN 🛑
Apple
INARI MAHU MENARI?Analisis teknikal chart INARI ringkas menggunakan support dan resistance .
Harga masih menarik kerana ketika ini masih di fasa low risk sekiranya tidak menjadi. INARI sedang berada di atas trendline dan masih dalam fasa Uptrend. Menunggu masa dan catalyst untuk Breakout (BO) dan menujah keatas atau Breakdown dan jatuh ke bawah.
Kebanyakan saham teknologi di Bursa Malaysia sudah beberapa hari berehat. INARI merupakan leader dalam sektor teknologi.
Adakah INARI akan kembali mencabar ATH pada harga Rm3.75 atau patah trendline ? Masa sahaja yang akan menentukan.
Antara fakta yang menarik yang perlu dipertimbangkan adalah ketika ini di pasaran saham US sedang berada di dalam musim Quarter Earning . Mungkin ketika ini pasaran akan sedikit volatile .
INARI merupakan antara salah satu pembekal kepada APPLE. Sebarang impak kepada Quarter Earning APPLE mungkin akan mempengaruhi pergerakan harga saham INARI .
Sifir mudahnya adalah ingat APPLE , ingat INARI .
Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.
Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk kedalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .
#TAYOR #BAYOR
Bagaimana untuk mencipta carta dengan latar belakang gradienKami telah membolehkan anda mencipta carta dengan latar belakang gradien. Ini bermakna anda boleh menggabungkan dua warna untuk mencipta carta yang menarik and unik kepada anda. Contohnya, kami telah menggabungkan biru cerah dengan putih untuk mencipta latar belakang yang mudah dilihat.
Untuk bermula, ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1 - Buka Tetapan carta anda
Langkah 2- Dalam tetingkap Tetapan, klik tab Paparan
Langkah 3 - Tukar tetapan Latar Belakang kepada Gradien
Langkah 4 - Pilih mana-mana dua warna
Carta dalam contoh ini menunjukkan harga Apple sejak IPO dengan menggunakan candlestick bulanan. Setiap candlestick menunjukkan perdagangan untuk sebulan. Kami menggunakan Apple kerana 9 tahun yang lalu, Steve Jobs meninggal dunia. Apple membuat banyak perubahan kepada sektor teknologi dan terutamanya seni pelaburan jangka panjang. Dengan melihat carta ini, anda boleh mempelajari sejarah harga lengkap bermula dari tahun IPO 1980 termasuk pelancaran produk dan peristiwa kewangan. Ia juga dipaparkan di salah satu latar belakang carta gradien baru kami.
Terima kasih kerana membaca tutorial ini dan kami berharap anda menikmati ciri gradien carta yang baru ini! Sila tinggalkan pertanyaan atau komen di bawah. Pasukan kami akan berusaha mengikuti dan membantu.
MOMENTUM BREAKAWAY GAP APPLE TERUS MENINGKATApple Inc meneruskan gerakan positif-nya selepas berjaya memecah rintangan paras atas patten “Symmetrical Triangle”. Ini menunjukan momentum pada “Breakaway Gap” berterusan dan kemungkinan besar akan mengangkat harga stok kearah rintangan kuat USD233.50. Pandangan positif ini turut disokong oleh indicator lain seperti, garisan biru atas merah pada “Moving Average” dan “MACD”. Dari segi kekuatan, sentiment pasaran juga sangat mengalakan, dimana indicator “14-day RSI” stabil atas 50 poin.
Kami meletakkan sokongan pertama pada USD198.50, diikuti sokongan pada USD187.70. Seterusnya, rintangan pertama terletak pada USD213.90, seterusnya rintangan kedua pada USD233.50.
APPLE apakah akan meneruskan tren menurun?AAPL
(Sila like sebagai tanda sokongan dengan perkongsian saya)
AAPL mengumumkan pada 2 Januari bahawa keputusan sebenar untuk suku pertama fiskal 2019 - suku yang sepatutnya menjadi puncak syarikat untuk keseluruhan tahun fiskal - akan jatuh secara material walaupun tahap rendah daripada panduan kewangannya, pelabur menerima bukti konkrit mengenai apa yang telah ditunjuk oleh semua tanda. Secara ringkasnya, barisan iPhone semasa Apple tidak menjual serta syarikat itu berharap.
Oleh kerana berita buruk untuk suku pertama sudah keluar, sesetengah pelabur mungkin percaya yang terburuk berakhir. Lagipun, Apple telah membuktikan betapa buruknya tiga bulan terakhir, jadi sudah pasti perkara-perkara tidak boleh menjadi lebih teruk, kan?
Sehubungan dengan penulisan ini, penganalisis menjangkakan Apple akan memberi petunjuk kepada $ 59.3 bilion hasil dan $ 2.66 dalam perolehan sesaham (EPS) bagi suku Mac, suku kedua fiskal 2019. Ini turun daripada $ 61.14 bilion dan $ 2.73 sesaham, masing-masing , pada suku yang sama tahun lalu.
Di hadapan EPS, Apple mungkin akan mendapat faedah pengiraan bahagian yang lebih rendah, berikutan program pembelian balik saham yang agresif. Saya mengharapkan bimbingan Apple untuk suku Mac untuk membayangkan kejatuhan pendapatan bersih tahun demi tahun lebih besar jika dibandingkan dengan EPS.
Sekiranya Apple menandingi atau melebihi jangkaan mereka, ia boleh membawa kepada peningkatan semangat pelabur dan membantu pendakian saham kembali. Walau bagaimanapun, jika Apple merindui walaupun jangkaan yang diturunkan - dan jelas, ada risiko yang sangat nyata berlaku - stok boleh jatuh lebih jauh dari sini.
INARI - hampir berada pada harga sokongan 52 minggu terendahINARI - hampir berada pada harga sokongan 52 minggu terendah
1-Monitor untuk harga pantulan dari kawasan harga sokongan, bersama volume yang lebih daripada purata hari untuk entri.
2-Telah melalui paten HNS & Fasa4 (downtrend), dan dalam Fasa1 (basing).
Info semasa (punca penurunan harga) - turut terjejas, MPI dan Globetronics
-Impak China Percukaian Cukai 50% untuk Malaysia Semicon
-kelemahan penjualan iPhone, pembekal utama Apple juga memotong ramalan keuntungan mereka, memetik "permintaan pelanggan yang tidak menentu" dan "pengurangan penghantaran kepada pelanggan utama"
Rumusan FA
-YoY FY18 menunjukkan peningkatan dari tahun sebelumnya.
-QR1 FY19 akan diumumkan tidak lama lagi. QoQ yang baik akan meyakinkan pelabur/IB, dan trader untuk kembali.