MYX:INARI   INARI AMERTRON BERHAD
Analisis teknikal chart INARI ringkas menggunakan support dan resistance.

Harga masih menarik kerana ketika ini masih di fasa low risk sekiranya tidak menjadi. INARI sedang berada di atas trendline dan masih dalam fasa Uptrend. Menunggu masa dan catalyst untuk Breakout (BO) dan menujah keatas atau Breakdown dan jatuh ke bawah.

Kebanyakan saham teknologi di Bursa Malaysia sudah beberapa hari berehat. INARI merupakan leader dalam sektor teknologi.

Adakah INARI akan kembali mencabar ATH pada harga Rm3.75 atau patah trendline? Masa sahaja yang akan menentukan.

Antara fakta yang menarik yang perlu dipertimbangkan adalah ketika ini di pasaran saham US sedang berada di dalam musim Quarter Earning. Mungkin ketika ini pasaran akan sedikit volatile.

INARI merupakan antara salah satu pembekal kepada APPLE. Sebarang impak kepada Quarter Earning APPLE mungkin akan mempengaruhi pergerakan harga saham INARI.

Sifir mudahnya adalah ingat APPLE, ingat INARI.

Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.

Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk kedalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .

#TAYOR #BAYOR
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.