Bandevo
Percubaan pertamaINNO telah membuat percubaan pertama untuk membuat breakout dengan volume yang agak tinggi, akan tetapi breakout tersebut fail. Jika dilihat daripada sebalik pergerakan harga, ia memberitahu bahawa percubaan pertama adalah test big player untuk melihat tindak balas pergerakan harga. Volume yang banyak pada aras breakout akan menarik minat retailer untuk membeli unit saham. Pada fasa seterusnya kita dapat melihat volume yang agak tinggi pada candle reversal. ini menunjukkan big player telah membuat sedikit jualan untuk mewujudkan ketakutan (panic sell) pada retailer untuk menjual pegangan. Pada fasa seteruskan menunjukkan harga jatuh dengan drastic menandakan big player berjaya membuat situasi panic sell. Apabila berlaku panic sell, ia adalah masa yang sangat sesuai untuk big player membeli unit secara pukal, ini telah dibuktikan apabila harga jatuh dengan mendadak, satu volume besar dengan pembentukan candle reversal terbentuk dan harga selepas itu naik dengan tinggi. Satu konklusi yang dapat dibuat adalah, big player masih mempunyai pegangan unit. Persoalannya dimanakah big player akan membuat flushing (menjual unit/ take profit) setelah harga membuat kenaikan?
Kaunter menarik mnggu iniAda beberapa pemilihan kaunter menarik minggu ini yang sedang membuat pullback atau sedang berada pada support. Kajian lebih lanjut adalah sesuai untuk kaunter yang telah disenaraikan. Semoga anda berjaya dalam membuat pemilihan kaunter.
Senarai kaunter ;-
MYX:HONGSENG
MYX:NESTCON
MYX:NGGB
MYX:KUB
MYX:UWC
MYX:GLOMAC
MYX:KERJAYA
Target maksimaAMEDIA telah membuat breakout selepas sideways dan membuat sideways lagi selepas breakout. Ini menunjukkan harga akan terus naik sekiranya berlaku breakout seterusnya. Adakah harga mempunyai kekuatan untuk naik sehingga ke target maksima?
Kaunter menarik minggu iniKaunter pemiihan minggu ini adalah berdasarkan kedudukan harga yang telah berada pada support. Kaunter seperti ini adalah mempunyai risiko yang rendah dan kadar keberjayaan adalah tinggi. Ikuti ulasan kaunter mingguan untuk melihat pergerakan harga sebelum dan selepas seminggu. sekian.
Senarai kauter menarik minggu depanBeberapa kaunter yang menarik dapat dilihat dengan menggunakan screener dan indikator Bandevo Master untuk minggu hadapan. Banyak kaunter yang berbentuk triangle dan kemungkinan harga akan melakukan breakout ke atas untuk kebanyakan kaunter. Video ini adalah sekadar perkongsian pembelajaran kajian teknikal sahaja.
Screener mudah untuk saham klik dan entryScreener mudah untuk saham klik dan entry
Screener Bandevo adalah screener yang mudah dan sangat sesuai untuk digunakan bersama indikator Bandevo. Terdapat dua jenis screener, iaitu screen untuk Normal Entry dan Breakout entry. Anda tidak perlu susah untuk membuat kajian teknikal dan ia mengambil masa yang sangat singkat untuk anda membuat pemilihan kaunter. Sebarang pertanyaan boleh dibuat pada ruang komen atau anda boleh private message saya pada personal akaun. sekian terima kasih.
Mudahnya scalping pada pasaran FCPO (Part 1)Indikator ini adalah indikator yang dilengkapi dengan beberapa ciri yang khusus untuk berdagang di dalam pasaran FCPO atau Saham. Ciri tersebut adalah
1. Dapat melihat momentum pergerakan pasaran samaada ke atas atau ke bawah.
2. Dapat menentukan entry point atau entry level yang sesuai.
3. Dapat menunjukkan confirmation entry.
Berbezanya indikator ini dengan yang lain adalah;
1. Tidak perlu melukis pada carta harga.
2. Hanya melihat pada satu timeframe.
3. Mudah dikuasai oleh newbie.
Cara kajian teknikal saham tanpa melukisVideo ini memaparkan berkenaan cara kajian teknikal saham tanpa melukis dan hanya berpandukan satu indikator. Dua kaunter saham yang dikenalpasti mempunyai potensi yang baik untuk naik iaitu kaunter DNEX dan WCT. Sila komen pada ruang komen sekiranya anda ingin bertanyakan berkenaan dengan indikator ini. Sekian terima kasih.
Faktor kenaikanMelihat keadaan harga yang mela menaik, ia berkemungkinan disebabkan oleh program vaksin yang telah dijalankan diseluruh dunia. Pelabur telah melihat keadaan ini sebagai tanda positif kepada industri pelancongan terutamanya dalam industri penerbangan. Oleh itu berkemungkinan kaunter ini akan meningkat naik untuk beberapa ketika.
Permulaan kenaikan yang baikKaunter MCT menunjukkan permulaan kenaikan yang baik. Sekiranya harga kekal di atas 0.280. kemungkinan ia boleh naik dan mencari resistance yang terdekat.