Bandevo
Sentimen minyak yang meningkatDengan keadaan harga minyak yang semakin meningkat, ia memberi impak kepada kaunter minyak terutamanya kepada kaunter SAPNRG. Ia disokong dengan berita yang positif seperti pegangan kontrak yang masih kekal. Kenaikan harga minyak dan keadaan Covid 19 yang semakin memulih dengan adanya vaksin memberi nafas baru kepada industri minyak secara global. SAPNRG juga dianggap kukuh dengan pengangan terbesar adalah dari institusi kerajaan seperti amanah saham bumiptera
Dari sudut pandang kajian teknikal, harga telah membuat kenaikan pada support, ia adalah salah satu tanda positif di mana ada institusi atau pemain saham sedang membuat pembelian. Kemungkinan sekiranya harga dapat melepasi 0.145. Ia akan meningkatkan lagi minat pembelian kepada kaunter ini.
Anda boleh memberi komen sekiranya anda mempunyai maklumat tambahan berkenaan kaunter ini untuk manfaat bersama. wallahualam
Menunggu BreakoutInta telah membentu sideway seketika semenjak awal bulan Januari. Jarak pergerakan harga yang kecil menandakan kekuatan pergerakan ke atas sekiranya berlaku breakout. Harga tutup harian perlu berada di atas 0.305 untuk pergerakan harga yang kukuh untuk mencari resistance terdekat iaitu di 0.320 atau 0.340. Sekiranya anda berminat dengan inidkator ini sila komen #nak. Selamat berdagang.
KLCI Rebound - Tanda kenaikan KLCI
Sambugan dari analisa lepas, KLCI menunjukkan telah berlaku reversal. Ini adalah tanda bahawa ia akan terus naik sehingga resistance terdekat. Kenaikan ini mungkin akan berlaku sehingga 25/01/2021. Inilah masanya untuk masuk market dan membuat keuntungan sebelum market membuat sideways menurun. Sekian
Panduan Entry Pada BreakoutSebelum ini saya berkongsi berkenaan dengan entry pullback, tetapi kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan entry pada breakout. Entry yang berisiko tinggi tetapi jika kita tahu caranya risiko boleh menjadi rendah. Untuk entry breakout, anda perlu mencari kaunter yang sideways, kemudian tunggu pada garisan breakout. Secara praktikalnya anda boleh meletakkan alarm pada level breakout. Ketika harga bergerak dan mencecah level breakout, dari timeframe daily, anda boleh tukar kepada timeframe 15 minit. Pada timeframe 15 minit pastikan harga berada di atas awan iaitu baru melepasi awan. Hold selagi harga berada di atas awan.Cutloss sekiranya harga melepasi bawah awan pada hari yang sama (pukul 4.50 petang). Sekiranya harga tidak melepasi bawah awan anda boleh hold sampai keesokan harinya dan cutloss anda adalah dibawah level breakout. Dan anda boleh bertukar kepada timeframe daily untuk monitor harga seterusnya. Ke unikan indikator Bandevo ini adalah support dan resistance tidak bergerak atau berubah pada mana-mana timeframe. Yang berubah hanyalah awan untuk entry breakout dan momentum harga. Rujuk pada gambar di bawah. Selamat berdagang.
AccumulationCensof telah membuat 3 kali sideways (accumulation). Ini menunjukkan momentum naik yang sangat kuat. Tetapi kebiasaannya harga akan membuat fake breakout (manipulation) di sebabkan oleh big player yang mengumpul order. Planning untuk masuk dengan teknik breakout dan take profit sekiranya ada signal keluar dan masuk balik menggunakan teknik pullback untuk kenaikan yang sangat kuat.
Entry dan Cutloss dalam sahamTrading adalah satu bentuk probability atau kemungkinan yang akan berlaku dari kajian yang dibuat menggunakan data yang terdahulu. Oleh itu apa yang penting adalah cara kajian, entry dan cutloss untuk mengurangkan risiko kerugian. Bila kita kata kemungkinan pastinya akan ada kaunter yang loss dan untung. Dinasihatkan kepada trader untuk membeli kaunter lebih dari satu supaya ada kaunter yang kita untung dan dapat cover kerugian. Secara ringkasnya :-
1 - Guna teknik yang telah terbukti berkesan untuk memaksimumkan keuntungan
2 - Entry perlu pada tempat yang betul supaya jika kajian tidak menjadi kita boleh cutloss pada kerugian yang sedikit
3 - Beli 3 atau 5 kaunter bagi meningkatkan peratus keuntungan. Jika beli satu kaunter ditakuti akan loss dan mengakibatkan trader patah semangat. Jika beli lebih dari 1 akan ada kaunter yang untung dan boleh cover loss. Secara purata akan untung.
Selamat berdagang