zackdinz

Panduan Entry Pada Breakout

Pendidikan
zackdinz Telah dikemas kini   
MYX:TAANN   TA ANN HOLDINGS BHD
Sebelum ini saya berkongsi berkenaan dengan entry pullback, tetapi kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan entry pada breakout. Entry yang berisiko tinggi tetapi jika kita tahu caranya risiko boleh menjadi rendah. Untuk entry breakout, anda perlu mencari kaunter yang sideways, kemudian tunggu pada garisan breakout. Secara praktikalnya anda boleh meletakkan alarm pada level breakout. Ketika harga bergerak dan mencecah level breakout, dari timeframe daily, anda boleh tukar kepada timeframe 15 minit. Pada timeframe 15 minit pastikan harga berada di atas awan iaitu baru melepasi awan. Hold selagi harga berada di atas awan.Cutloss sekiranya harga melepasi bawah awan pada hari yang sama (pukul 4.50 petang). Sekiranya harga tidak melepasi bawah awan anda boleh hold sampai keesokan harinya dan cutloss anda adalah dibawah level breakout. Dan anda boleh bertukar kepada timeframe daily untuk monitor harga seterusnya. Ke unikan indikator Bandevo ini adalah support dan resistance tidak bergerak atau berubah pada mana-mana timeframe. Yang berubah hanyalah awan untuk entry breakout dan momentum harga. Rujuk pada gambar di bawah. Selamat berdagang.

Komen:
Alhamdulillah

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.