Breakout!
IBHD (4251): KELUAR DARI FASA PENGUMPULAN (25/08/2020@8:42am)I-BERHAD (4251)
SECTOR: PROPERTY
TOTAL SHARE ISSUE: 1,117,019,320
PUBLIC FLOAT %: 27.78% (806,678,961)
SYARIAH: YES
I-Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan yang terlibat dalam pembangunan harta tanah, pelaburan harta tanah, percutian dan amanah pelaburan harta tanah (REIT). Segmen Syarikat merangkumi pembangunan Hartanah, yang terlibat dalam pembangunan dan penjualan harta tanah kediaman dan komersial; Pelaburan harta tanah, yang terlibat dalam pelaburan dan pemilikan harta tanah; Leisure, yang terlibat dalam promosi, pemasaran dan pengelolaan acara, rekreasi, hotel dan kegiatan lain yang berkaitan dengan pelancongan, dan perkhidmatan ICT & Lain-lain, yang terlibat dalam penyediaan caj jaringan dan telephony yang dikendalikan, pemegangan pelaburan, agen iklan, pengiklan dan perkhidmatan kontraktor pengiklanan. Anak syarikatnya termasuk I-City Marketing Sdn. Bhd., Yang merupakan pemaju harta tanah, kontraktor untuk kerja pembinaan, pemilik tanah dan harta tanah, pengurus harta tanah dan kompleks, dan City Centrepoint Sdn. Bhd., Yang merupakan pemaju harta tanah dan kontraktor untuk kerja-kerja pembinaan, pemilik tanah dan harta tanah, antara lain.
IBHD berjaya keluar dari fasa pengumpulan dengan jumlah volume yang tinggi pada 24/08/2020 (Isnin) dan ditutup pada harga 0.210. Boleh diperhatikan dan intai peluang untuk mencari posisi jika berminat.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia
SIRI PINE SCRIPT - Label pada punca paling tinggi dan rendahSaya cuma tukar kedudukan x pada label dan pindahkan kepada punca harga tertinggi dan terendah.
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2020.
QES GROUP BHD (0196) - MONITOR FOR BREAKOUT (28/07/2020 @ 10:40)QES GROUP BHD (0196)
Sektor: Industrial Products
Total Share Issue: 758,308,000
Public Float %: 33.87%
Syariah: YES
QES ditubuhkan pada Oktober 1991. Pakar dalam pembuatan, pengedaran dan penyediaan perkhidmatan kejuruteraan untuk pemeriksaan, ujian, pengukuran, peralatan pengendalian analitik dan automatik. Kumpulan syarikat QES sejak itu telah berkembang menjadi penyedia penyelesaian bersepadu terkemuka dengan kemampuan pembuatan. Kumpulan mempunyai 2 bahagian perniagaan teras; Bahagian Pengedaran dan Bahagian Pembuatan.
Harga sudah melapasi halangan keras sebelum ini iaitu pada paras 0.250. Halangan terdekat buat masa ini ialah 0.260.... boleh monitor untuk breakout players. Sila rujuk carta untuk TP levels.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #BursaMalaysia
PREVIOUS HIGH - penerangan dan kegunaanSaya buat satu script mudah untuk tandakan aras tertinggi harga untuk harian, mingguan dan bulanan.
Penerangan dalam video di atas dan ianya open script.
Boleh cuba buat sendiri dan letak penambahan ikut selera masing-masing.
* berkenaan monthly chart, saya akan betulkan kemudian *
GHLSYS.... Mencapai paras All Time High yang baharu (23/07/2020)GHL Systems Philippines Inc. melalui anak syarikatnya GHL Philippines Financing Services berjaya mendapat kelulusan daripada kerajaan Filipina untuk menjalankan operasi. Ini antara pemangkin harga saham syarikat ini di dalam Bursa Malaysia meningkat sehingga sekali lagi mencipta paras harga tertinggi sepanjang masa (All Time High).
Harga saham GHLSYS berjaya melepasi halangan pada paras 2.09 dan melepasi harga tertinggi pernah dicapai sebelum ini (2.10) yang menjadi paras RBS (Resistance becomes support). Hala tuju harga seterusnya jika menurut Fibo Projection adalah pada 2.22 (50%) dan 2.34 (61.8%). MACD dan RSI juga menunjukkan isyarat yang baik.
Hafal pattern di timeframe berbezaSecara ringkasnya , tujuan kita melihat time frame yang berbeza adalah untuk
- melihat trend (higher timeframe)
- mencari signal entry dan exit lebih awal (lower timeframe)
Apa saja teknik yang kita belajar di carta daily, guna pakai konsep sama untuk semua timeframe.
Dah tinggi ? Cuba playback dan hafalSelalu kita dengar dah tinggi, dah tinggi,tunggu pullback, tunggu retrace, tunggu oversold..menyebabkan kita jadi takut nak layan carta yang "nampak naik tinggi"..ada mental block kat situ..
Saya cadangkan, bukak mana-mana carta dan gunakan fungsi pullback untuk kembali ke masa "dah tinggi" tu..
Ingat dan hafalkan ciri-ciri harga ketika breakout, ketika pullback, ketika breakout sekali lagi dan ketika kita kata dah tinggi sangat..
31 Mei 2020: K1-Adakah akan breakout triangle?Kaunter ini dalam sektor Teknologi dengan sub-sektor peralatan teknologi(technology equipment).
Dari segi analisis fundamental (FA), syarikat merekodkan pendapatan (revenue) dan keuntungan (profit) yang meningkat dari tahun 2018 - 2019.
Number of Share: 728.94m
P/E Ratio: 37.65
ROE (%): 5.28
Dari segi analisis teknikal (TA), corak carta seperti menunjukkan symmetrical triangle dan menunggu breakout untuk meneruskan kenaikan.
Harga juga berada di atas garisan MA20, MA50 dan MA200. Stochastic RSI berada di paras neutral dan telah golden cross.
Sokongan: 0.295
Rintangan 1: 0.360
Rintangan 2: 0.390
Rintangan 3: 0.430
Ini sekadar kajian dan bukannya buycall. Setiap keputusan untuk memasuki dagangan adalah di atas tanggungan risiko anda sendiri.
#FIAR #mahersaham #breakout #teknologi
LUXCHEM Pecah Kotak dan Bersedia Untuk Meneruskan PendakianLUXCHEM pada hari ini telahpun memecahkan kotak pengumpulan selama sebulan dengan disokong oleh volume yang kuat. Secara teorinya akan meneruskan pendakian ke atas. Ianya juga telahpun memecahkan garisan menurun (downtrendline) sebelum ni. Jika dilihat pada indicator Ichimoku, Luxchem merupakan kaunter yang sedang bullish. Aras target berdasarkan pattern kotak adalah di 0.860 dan juga di 0.980. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
TADMAX Kotak Pengumpulan Telah DipecahkanTADMAX telahpun memecahkan kotak pengumpulan disokong oleh volume yang kuat pada trading day Jumaat 22 May 2020 yang lalu. Jika berjaya bertahan diatas kotak iaitu di aras 0.225, kemungkinan besar TADMAX akan perlahan-lahan mendaki untuk memecahkan garisan menurun di aras 0.305 - 0.320. Tadmax juga telahpun memecahkan kumo cloud dan didagangkan diatas awan ichimoku. Menarik untuk diperhatikan. Sama-sama kita sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
OPCOM terus melonjakOPCOM berjaya menembusi rintangan dengan jumlah dagangan yang tinggi Jumaat lalu (Resistance Breakout). Selapas penutupan pasaran dagangan semalam, trend pembelian akan dikekalkan dan dijangka berterusan hari ini bersama stok teknologi lain.
FAJAR Sudah Pecah Kotak dan Akan Mencari EMA200FAJAR telahpun memecahkan kotak (box pattern) disokong oleh volume yang kuat pada hari Jumaat lepas. Begitu juga dengan aras EMA50, FAJAR ditutup diatas aras EMA50 dan target seterusnya adalah di aras EMA200 di 0.325. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Mampukah LKL memecahkan rekod 52weeks high ?Berdasarkan chart, jelas menunjukkan LKL sekarang telahpun berjaya memecahkan majordowntrend line dan sekarang cuba untuk menguatkan trend untuk kearah uptrend.
LKL juga cuba membentuk ascending triangle pattern dimana ia memberikan identifikasi awal bahawa ia akan mencuba untuk membuat kenaikan. Pengesahan penyambungan kenaikan berlaku setelah harga mampu mencapai dan bertahan pada 0.285 dan keatas.
Mampukah ia ? Sama2 kita nantikan....
Perlu tahu, LKL merupakan sektor Healthcare, dimana kita tahu di musim Covid, sektor ini byk menunjukkan perubahan dan kekuatan positif.
Best ep - pada @ atas 0.285
Adakah RGTECH Telah Bersedia Untuk Meneruskan Perjalanan Menaik?RGTECH telahpun berjaya memecahkan kotak pengumpulan dan dalam masa yang sama melintasi aras EMA50 disokong oleh volume yang kuat. Terdapat satu aras rintangan di 0.290 yang perlu dilepaskan. Jika berjaya dilepaskan, RGTECH mempunyai cukup kekuatan untuk mengubah trend kepada trend menaik. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar Kajian dan Pembelajaran).
GDEX Adakah Cukup Kuat Untuk Meneruskan Kenaikkan?Minggu lepas GDEX telahpun memecahkan garisan menurun (DTL) dan EMA50 disokong oleh volume yang kuat. Seterusnya berehat beberapa hari membuat retracement tetapi kuat bertahan di atas aras EMA50 dan hari Selasa 14 March 2020 telah muncul candle hijau dan siang tadi (Rabu, 15 March 2020) closed dengan candle doji. Adakah esok akan muncul sebatang candle hijau untuk membuat pengesahan kepada pullback GDEX da seterusnya meneruskan pendakian ke aras yang lebih tinggi? Sama-sama kita follow rapat ya. Sediakan trading plan siap-siap. (Sekadar kajian dan pembelajaran).