Brunei
Mencari bulltrap di Liquidiy Pool : AUDNZDHarga telah memecah Tuesday-Wednesday (P1) high. Memandangkan saya bias bearish untuk AUDNZD, maka itu adalah P1 Bearish Activation untuk saya. Harga memasuki zon liquidity pool. Saya mencari bulltrap (bearish trigger) dikawasan tersebut (dan saya terima jika ia memecah sedikit ke atas) dan akan short pair ini.
EURUSD -Tukar Bias dari "Strong Bearish" ke "Cautiously Bearish"Saya faham sangat menggoda untuk Long EURUSD pada masa ini. EURUSD di harga yang menarik dan EURUSD seolah-olah dah nampak "oversold". Dari analisa saya secara peribadi, tidak ada rationale yang kukuh untuk saya menukar bias saya kepada bullish, walaupun sekadar "cautious bullish" (maksudnya mengambil trade Long dengan sais posisi yang sangat kecil)
Dari sudut fundamental analysis, memang diakui Federal reserve telah memotong interest rate bagi Fed Funds walaubagaimanapun saya masih percaya monetary policy antara Fed Reserve dan ECB masih lagi "divergent". ECB masih di fasa QE manakala Fed Reserve tidak.
Dari sudut technical analysis, ada "tanda-tanda" EURUSD mahu naik, tetapi saya pernah melihat tanda-tanda ini sebelumnya dimana level support dipecahkan. Walaubagaimanapun, saya tidak akan ignore tanda ini, oleh itu saya menukar bias saya sekurang-kurangya dari "strong bearish" kepada "cautious bearish".
Saya akan mencari liquidity run/bull trap di level yang saya tanda di carta.
Tidak ada risk event bagi U.S dan Eurozone untuk hari Isnin.
Jika saya tidak ada open trade untuk EURUSD..Currently, I am still holding EURUSD short. Click the chart below to understand my trading plan at the time
Pada masa ini saya masih hold EURUSD short. Klik carta di bawah untuk memahami pelan saya pada masa itu
Tidak banyak yang saya dapat buat untuk EURUSD pada masa ini selagi exit indicator saya tidak memberi saya isyarat untuk menguruskan trade (pindah stops atau tutup kesemua posisi)
Analisa Teknikal saya mencadangkan EURUSD masih dalam bearish trend (Jika awda buka carta Daily, awda boleh "eyeball" sahaja and semua pasti setuju EURUSD pada masa ini di dalam bearish trend)
Saya faham bagi traders yang sekarang mahu cari jalan untuk LONG EURUSD memandangkan kelmarin harga mencapai 20-week AWR projection bawah bagi minggu lepas. Harga kadang-kadang retrace selepas perkara sebegini terjadi.
Tambahan lagi, ada option expiry di harga 1.0950 yang akan mansuh di NY Cut (10pm jam Malaysia). Kita semua maklum option expiry kadang-kadang menjadi "magnet" bagi harga. Harga perlu naik 60+ pips untuk mencapai harga disana, dan memandangkan 20-day ADR bagi EURUSD adalah 64 pips, ianya tidak mustahil sama sekali.
Saya "open" untuk intraday scalp (Long) EURUSD dengan risiko rendah walaubagaimanapun saya masih bearish bias untuk EURUSD. Saya anticipate harga dapat mencapai 1.0950 tetapi saya akan mencari trigger untuk short dari sana.
Jika ada trigger untuk short SEBELUM harga mencapai 1.0950, maka saya akan short EURUSD dari sana.
Plan GBPCHFAnalisa Teknikal masih mencadangkan saya untuk Bearish kesemua GBP pairs. Risiko besar bias ini adalah perkembangan terkini Brexit & suasana politik di United Kingdom. Berdasarkan data-data yang lepas, market seolah-olah "react" jika news tersebut berupakan news yang tidak baik bagi No Deal Brexit ataupun apa sahaja yang kena mengena dengan Boris Johnson.
Pergerakan harga kelmarin adalah yang saya suka sebab mencari bull traps di harga-harga yang "mahal" sebelum saya dapat short GBPCHF. P2 bearish telah activated (Harga Jumaat high telah pecah). Saya masih menunggu signal untuk short. Masa ini saya menunggu jika harga dapat mencecah di level atas yang saya tandakan didalam carta.
Range kelmarin telah memecah lebih kadar range 20-day ADR, maka ada kemungkinan hari ini sedikit senyap. Kemungkinan sahaja.
Kemaskini Pelan GBPJPYMedia mainstream (Bloomberg, Reuters, CNBC..) mendakwa lonjakan harga itu merupakan headline reaction (Keputusan Supreme Court). Sterling telah di BID 5 minit sebelum pengesahan mahkamah tertinggi dan ini dikatakan oleh "pakar" di media bahawa ia disebabkan "buy the rumour, sell the fact"
Saya lihat dalam sudut yang berbeza : LIQUIDITY RUN. Buy Stops ditumpuk hanya sekitar harga Monday High (paras yang jelas,oleh itu bank menggunakannya untuk stop hunt). Dari perburuan stoplossitu, kini jajarannya telah terbentuk, menimbulkan perangkap untuk breakout traders dan reversal traders.
Secara teknikal, saya masih LONG Sterling. Saya tidak mempunyai alasan untuk LONG yang kuat berdasarkan sentimen / fundamental analysis. Walau bagaimanapun, Sterling sensitif apa sahaja perkembangan yang ada kena mengena dengan Brexit dibandingkan isu-isu ekonomi seperti INterest Rate, Inflation, Retail sales, GDP dan Employment. Kelmarin, dari segi logic ianya satu berita "baik" untuk sterling memandangkan "market" seolah-olah tidak suka Hard Brexit dan Boris Johnson hehehe.
Tetapi ini semua jangkaan tanpa bukti bagi saya. Maka jika tidak ada sentimen yang jelas, saya hanya bergantung pada apa carta beritahu saya
Saya melihat liquidity run (ditandakan dalam carta) dan jika harga pergi ke sana dan Low of the week akan terbentuk, saya akan melihat kepada Long GBPJPY (dan pasangan GBP lain)
Mengelak Penipuan Aramco : BRENTSaya rasa market minggu lepas selepas harga spike ke atas pricing in dengan naratif Aramco adalah bahawa Saudi hanya akan kehilangan tidak lebih daripada 80 tong sehari dan pembaikan sedang dijalankan dan production akan balik ke tahap biasa dalam 10 minggu. Sesetengah pakar mendakwa bahawa Saudi akan kehilangan lebih daripada 80 tong sehari dan akan ada krisis bekalan pada masa akan datang.
Saya bias LONG untuk BRENT dan saya menunggu harga masuk semula ke kawasan liquidity pool.
Navigasi USDCADRange minggu lepas adalah 100 pips sementara 20-week AWR pada masa itu adalah 151 pip. Memandangkan tidak mencapai 151 pips, saya menjangkakan price expansion pada minggu ini atau minggu depan dimana mungkin mencapai 10% lebih tinggi daripada 20-week AWR dalam sekitar 160-170 pips
Bias saya untuk USDCAD adalah Bullish, maka saya akan mencari level "support" untu Long USDCAD. Jika harga masuk ke dalam "liquidity pool" di 1.31950-1.3200 dan 1.32170-1.32380, maka itu akan mengaktifkan mode Bullish saya dan saya akan trade LONG jika ada trigger.
Sasaran (TP) adalah seperti ditandakan didalam carta : liquidity pool di 1.33050-1.33200, level Boomerang ** dan anggaran 20-week ADR mingguan atasan
** anda boleh membaca di sini untuk memahami konsep Boomerang :
Tiada risk event bagi bagi U.S dan Kanada
Navigasi USDCHF 23 Sept 2019Range mingguan minggu lepas ialah 118 pips dan 20-week Average Weekly Range (20-weelk AWR) adalah 124 pips. Kurang beberapa pips tetapi saya akan terimanya sebagai "hit"
"Bias" saya untuk USDCHF adalah bullish (saya bullish USD) oleh itu saya ada rancangan untuk LONG pada dips dan / atau setelah selesai "stophunts / liquidity run" yang berpotensi menjadi "low of the week" di kawasan harga 0.98800 - 0.99000.
Jika harga memasuki liquidity pool ini, maka ia akan mengaktifkan bias bullish saya dan saya akan menunggu trigger untuk LONG. Ada laporan Option Expiry di harga 0.97800, yang mungkin akan menjadi sasaran keuntungan pertama saya. Ia bertepatan dengan liquidity pool di atas yang mana ia hanya beberapa pips dibawah level harga 20-week AWR "upside projection"
Tiada Risk Event untuk U.S dan Switzerland
Navigasi USDJPY - 23 Sep 2019Saya cenderung USDJPY bullish. Sebab saya bullish dari segi sudut sentiment analysis/fundamental analysis (secara ringkas) adalah Federal Reserve telah "cut rates" yang "hawkish" dan safe haven flow yang telah reda(atas isu Trade War antara U.S dan China & isu bomb di telaga minyak di Saudi)
Sebab teknikal saya cenderung USDJPY bullish berdasarkan faktor-faktor saya nampak dari Daily chart (setakat ini saya tidak berkongsi bagaimana saya menyimpulkan carta harian sekarang)
Range minggu lepas adalah 96 pip manakala Julat 20-week Average Weekly Range (20-week AWR) adalah 147 pip. Saya menjangkakan pengembangan harga pada minggu ini berdasarkan minggu lepas range mingguan tidak mencapai minima (96 pips vs 147 pips)
Memandangkan saya bullish USDJPY, jadi saya membuat jangkaan dimana harga terendah bagi minggu depan akan "formed" antara hari Isnin dan Rabu. Harga USDJPY bagi low of the week tersebut adalah sekitar liquidity pool di 107.350 - 107.500 dan 107.250 (ada dilaporkan sell-stop dan option expiry di sini)
Jika harga memasuki liquidity pool di 107.350-107.25, ini akan mengaktifkan bias bullish saya dan akan menunggu trigger untuk LONG pair ini.
Isnin adalah percutian bank di Jepun dan tidak ada Risk Event untuk U.S
Navigasi EURUSD - 23 Sept 2019Dari segi analisa sentimen & fundamental, saya telah establish bias pada minggu lepas dan untuk minggu yang akan datang iaitu bearish bagi Euros dan bullish bagi U.S Dollar (ECB didalam QE, Federal Reserve hawkish interest rate cut)
** Akan ada seminggu apabila saya tidak mempunyai bias berdasarkan sentiment analysis dan/atau fundamental analysis kerana pengetahuan terhad saya mengenai perkara ini tetapi. Walaubagaimanapun, apabila saya ada bias berdasarkan ini maka saya meletakkan bias ini lebih penting dari Techincal Analysis (tetapi saya masih memerlukan Technical Analysis untuk memberi saya gambaran harga mana yang baik untuk dibeli/dijual)
Dari segi Analisis Teknikal, EURUSD masih dalam mod penurunan harga (bearish). Saya melihat daily cahrt, antara kita semua, tentu ada akan menjerit "EURUSD telah turun terlalu lama", "Euro terlalu murah" dan sebagainya. Saya tidak bersetuju dengan ini sepenuhnya. Saya TIDAK mengatakan harga akan terus bergerak lagi 200-300 pips ke bawah (walaupun itu adalah apa yang saya jangkakan kerana saya cenderung penurunan harga EURUSD) tetapi average range untuk satu wave bagi EURUSD (Carta Harian) sebelum ia retrace tidak kurang dari 38% ialah 589 pip. Range pada masa ini belum menyentuh purata.
Izin kan saya buat satu analisis "hindsight-reading-the-left-side-of-the-chart" yang kilat : EURUSD telah berdagang dalam "range" sejak 5 September. Memang benar pada 12 dan ke-13 pasangan ini memecahkan di atas julat dagangan tetapi itu disebabkan oleh liquidity run yang dijalankan ("kelurusan" dengan hari ECB buat "Rate Decision)). Selepas itu, EURUSD didagangkan semula dalam lingkungan julat sehingga NY ditutup pada hari Jumaat.
Sekarang, membaca sebelah kanan carta. Kecairan yang terdekat yang saya kenal pasti antara 1.10250 dan 1.10400. Sekiranya harga memasuki zon ini saya akan menunggu untuk signal Short. Sekiranya harga saya jelaskan di atas dipecahkan, maka saya akan melihat tahap seterusnya iaitu antara 1.10750-1.0900. Ia akan memecah Jumaat Tinggi dan biasanya mengaktifkan mod penurunan harga saya.
Sila masukkan rutin awda setiap hari sebelum buka carta untuk mengetahui apakah risk event akan terjadi untuk minggu bagi mengelakkan terkena stophunt spike apabila trading.
Kemaskini Pelan GBPJPYMerujuk pada posting ini 2 hari yang lalu:
"Daily Range" untuk kemarin sekitar 100 pips sementara 20-day adalah 130. Saya akan menganggapnya sebagai hit. 20-day ADR pada ini adalah 132 pips dan saya berharap ini akan tercapai hari ini dan mudah-mudahan ke bawah. Saya masih bullish Sterling dan saya melihat kolam likuiditas di level harga 134.600-134.500 dan 134.000
Ada signal bullish yang valid pada hari Selasa tetapi saya "missed" signal tersebut. Signal itu membentuk zona akumulasi yang menciptakan "plot likuiditas" lain di sekitar 134.500-134.00.
Jika harga masuk dalam salah satu zona harga ini, itu akan mengaktifkan mode bullish saya dan akan mencari aktivasi bullish.
Ada risk event untuk U.K dan Jepun pada hari ini tetapi saya anticipate tidak ada spike yang significant.
Membaca Carta Sebelah Kanan : EURAUD 19 Sept 2019"Trading Range" kelmarin adalah 63 pips sementara 20-day ADR adalah 114 pips. Saya mengharapkan "price expansion" hari ini dan saya berharap akan terbentuk "high of the week" hari ini dan terus bergerak ke bawah menuju anggaran harga dibawah berdasarkan 20-week Weekly range (230 pips)
Saya melihat "liquidity pool" di sekitar 1.616 -1.620 dan apabila harga masuk dan / atau menerobosnya, maka itu akan mengaktifkan mode bearish saya dan akan menunggu signal bearish untuk short EURAUD. Selain itu, penutupan harga di area ini bertepatan dengan melanggar harga tinggi Tue-Wed (Phase One atau "P1).
Anda boleh dapat menemukan pos yang ditautkan untuk memahami konsep ini
Ada "Risk Event" hari ini untuk Australia, kurang dari satu jam dari masa penulisan ini.
GBPJPY - Beast Semalam range harian adalah 122 pip dan 20-day ADR adalah 142 pips. Saya memerhatikan liquidity pool di sekitar 134.00 - 134.20 dan 133.30 dan 133.50. Sekiranya harga masuk dalam zon ini, itu adalah satu "activation" saya untuk bersedia untuk LONG GBPJPY.
Hari ini tidak ada "Risk Events" untuk U.K dan Jepun
Membaca Carta di sebelah Kanan : XAUUSD 16 Sep 2019Pada hari Jumaat, "range" harian adalah 226 pips ketika "20-day Average Daily Range" (20-day ADR) adalah 226 pips.
20-day ADR untuk hari ini adalah 226 pips. Saya mengantisipasi jarak 300 pips diantara hari ini hingga hari Selasa London dibuka pukul 3 petang (waktu Singapura / Malaysia).
Saya melihat kumpulan liquidity di sekitar level harga 1510.00 - 1515.00 . Jika harga tutup di dalam zon atau di atasnya, saya akan mencari short XAUUSD .
Tidak ada Risk Events yang ada kena mengena dengan U.S dan Australia pada hari ini
Membaca Carta Sebelah Kanan : EURUSD 16 Sep 2019Pada hari Jumaat, "range" harian adalah 53 pips sedangkan "20-day Average Daily Range" (20-day ADR) adalah 57 pips. Saya akan menganggapnya sebagai "hit" dan ianya cukup mengejutkan memandangkan 20-day ADR pada hari Kamis adalah 159 pips. Walaubagaimanapun, mungkin juga ianya "skewed" dengan fakta bahwa itu adalah hari pihak ECB membuat keputusan mengenai interest rate, hari berburu bagi para pedagang institusi yang mencari liquidity.
20-day ADR untuk hari ini adalah 57 points. Saya mengantisipasi jarak 65-75 pips diantara hari ini hingga hari Selasa London dibuka pukul 3 petang (waktu Singapura / Malaysia).
Saya melihat kumpulan liquidity di sekitar level harga 1.11100 - 1.11200 (tertinggi setara dengan harga tertinggi Jumat dan harga tertinggi pada 27 dan 28 Ogos 2019). Jika harga tutup di dalam zon atau di atasnya, saya akan mencari short EURUSD.
Tidak ada Risk Events yang ada kena mengena dengan U.S dan Euro pada hari ini