sufiansaid

Kemaskini Pelan GBPJPY

Panjang
OANDA:GBPJPY   Paun British / Yen Jepun
Media mainstream (Bloomberg, Reuters, CNBC..) mendakwa lonjakan harga itu merupakan headline reaction (Keputusan Supreme Court). Sterling telah di BID 5 minit sebelum pengesahan mahkamah tertinggi dan ini dikatakan oleh "pakar" di media bahawa ia disebabkan "buy the rumour, sell the fact"

Saya lihat dalam sudut yang berbeza : LIQUIDITY RUN. Buy Stops ditumpuk hanya sekitar harga Monday High (paras yang jelas,oleh itu bank menggunakannya untuk stop hunt). Dari perburuan stoplossitu, kini jajarannya telah terbentuk, menimbulkan perangkap untuk breakout traders dan reversal traders.

Secara teknikal, saya masih LONG Sterling. Saya tidak mempunyai alasan untuk LONG yang kuat berdasarkan sentimen / fundamental analysis. Walau bagaimanapun, Sterling sensitif apa sahaja perkembangan yang ada kena mengena dengan Brexit dibandingkan isu-isu ekonomi seperti INterest Rate, Inflation, Retail sales, GDP dan Employment. Kelmarin, dari segi logic ianya satu berita "baik" untuk sterling memandangkan "market" seolah-olah tidak suka Hard Brexit dan Boris Johnson hehehe.

Tetapi ini semua jangkaan tanpa bukti bagi saya. Maka jika tidak ada sentimen yang jelas, saya hanya bergantung pada apa carta beritahu saya

Saya melihat liquidity run (ditandakan dalam carta) dan jika harga pergi ke sana dan Low of the week akan terbentuk, saya akan melihat kepada Long GBPJPY (dan pasangan GBP lain)


Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.