UPDATE: MINETECModal kasar ni dia dua je. Loss kasar, reward pun kasar. Pilih la mana satu. Sila rujuk kajian sebelum:
TAYOR
DYOR
NFA
Bursamalaysia
RGTECH - Kajian Arah Tuju 2022Dari segi QR tidak lah bagus sangat. Tapi konsisten untung walaupun tidak banyak. Yang terkini keuntungan hanya 0.5 Juta.
Dari segi EW, kalau dilihat pada time frame lebih besar iaitu carta mingguan, saya dapati ia sedang menuju ke gelombang besar ke 3.
Di time frame besar saya biasanya suka merujuk kepada carta garisan (line chart).
Pada bulan Disember 20, ia telah melengkapkan subwave daripada wave 3, lalu ia membuat pullback ke garisan resistance lama iaitu 0.405, yang mana apabila di lihat kepada line chart di Time frame mingguan, ia adalah harga penutup pada minggu pertama IPO bermula pada Julai 2018.
Kemudian ia membuat penurunan mendadak dan naik semula ke garisan resistance tersebut dan reject semula ke bawah selama beberapa kali tetapi tidak berjaya memecahkan dan tutup harga di atas garisan tersebut.
Pada Nov 21, harga berjaya memecahkan garisan resistance 0.405 dan pull back semula ke garisan itu pada Disember 21. Setelah itu harga terpantul ke atas semula . Ada kemungkinan ia telah habis wave 2, tapi ada kemungkinan juga ia masih dalam proses correction untuk membuat pattern flat, atau ia ada kemungkinan juga untuk meneruskan terus ke destinasi terakhir wave 3 pada harga 0.650, lebih kurang sama dengan harga tertinggi pada harga pertama IPO.
Kajian di carta harian saya dapati ia sudah menyiapkan satu pergerakan impulsive, ada kemungkinan sekarang ia dalam perjalanan utk membuat subwave 2 of wave 3, yang mana kita masih belum tahu correction bakal berakhir di mana. ada kemungkinan ia akan turun lagi untuk membentuk kaki C (Flat Pattern) sebelum naik ke wave 3. tapi kalau ia berjaya bertahan di line support sekarang iaitu 0.455 dan membuat lantunan harga ke atas, ada kemungkinan ia akan terus naik ke atas untuk meneruskan perjalanan ke subwave 3 of wave 3.
Sekiranya masuk di harga sekarang , CUTLOSS jika harga close di bawah 0.455, ada kemungkinan ia akan turun membentuk kaki C.
Sekadar kajian saya, bukan BUY CALL signal.
RGTBHD Carta BulananSemalam saya buat kajian RGTBHD di Carta Harian , saya rasa ia akan naik sikit saja untuk membentuk double top sebelum turun,
tapi bila lihat carta bulanan, saya nampak potensi dia utk terus ke resistance seterusnya. Atau bersamaan fibo 1.0.
Ia telah breakout resistance lama sejak 1999 dan 2013 dan sekarang melantun ke atas dari garisan itu memberi petanda yang baik untuk naik ke resistance seterusnya di 0.945
TAYOR
ELSOFT KAJIAN HARIAN ELLIOT WAVEDi entri sebelum ini saya plot EW untuk kaunter ini di carta mingguan.
Kali ini di carta harian , saya dapati sedang membuat subwave 1 of wave 3.
Sekarang saya menjangkakan ia akan membentuk reversal divergence apabila sampai ke fibo 1.618.
Kita boleh mengambil semula peluang pada ketika itu .
Dari masa sekarang saya jangka ia akan naik sekitar 20% lagi sebelum membuat pullback.
Disebabkan wave yang besar yang di plot dari carta mingguan, Saya menjangkakan kaunter ini mempunyai potensi untuk membentuk great bull run insyaAllah.
Dengan QR yang sentiasa untung, ia adalah tidak mustahil.
HPMT - QR dan Trend yang cantikKaunter yang telah lama berada dalam Watch List saya.
QR yang sentiasa meningkat .
Carta dapat dilihat sentiasa membuat trend kenaikan yang sihat.
Dari segi EW saya dapati ia sedang menuju ke wave 3 besar.
Sekarang sama ada ia sedang menyiapkan subwave 5 dari Wave 3 , atau jika ia pullback di hujung channel, kemungkinan ia baru menyiapkan subsubwave 5 dari Subwave 1 dari wave 3.
Target saya di 0.80 dulu . Jika berjaya pecah channel ia mungkin akan meneruskan kenaikan untuk menyiapkan wave 3 besar.
Hidden Bullish Divergence sudah kelihatan memberi petanda ia akan meneruskan kenaikan.
TAYOR.
SAM - Potensi Menarik Walaupun Harga TinggiSAM - QR yang sangat baik.
Walaupun harga nya sudah mencecah rm23, jika mengikut sejarah yang lepas, setiap kali ia naik peratus kenaikan sangat tinggi.
Sebelum ini pada July 21 ia pernah membuat kenaikan sebanyak 94% dalam masa 16 hari. Kemudian pada bulan September 40% dalam 15 hari.
Terkini ia kelihatan sedang membentuk cup. Jika ia berjaya memecahkan cup ia mungkin akan naik ke fibo 0.618 atau lebih dengan anggarap peratusan sekitar 30%.
Dari segi Elliot wave , pada pendapat saya ia sedang membuat wave 5. Hidden BUllish divergence juga kelihatan memberi petanda akan membuat kenaikan lagi.
Sekian TAYOR.
CHGP - Volume inSaya mempunyai kenangan manis dengan kaunter ini, yang mana saya pernah meraih keuntungan 50% dalam masa 2 minggu selepas ia break out ascending triangle pada bulan Januari yang lalu.
Walaupun QR tak berapa menarik tapi secara teknikal ia kelihatan menarik. Pada bulan 26 Oktober 2021 kelihatan candle ekor terbentuk di kawasan support, biasanya memberi petanda ia akan menuju ke situ.
Terkini ia kelihatan sudah break out garisan resistance dengan volume yang baik.
Dari segi EW, ia sedang membuat wave 5 . Jangkaan ke fibo 0.618 dengan target keuntungan 23%.
Hidden bullish divergence sudah kelihatan memberi petanda kemungkinan besar ia akan meneruskan kenaikan. AO sudah ke parah positif. Ma 20 50 dan 200 juga sudah tersusun cantik.
Adakah ia akan mengulangi sejarah yang lalu? Sama2 kita tungguu..
Hanya kajian saya , bukan Signal Pembelian.
BDB Kajian Pergerakan CartaBDB - QR tak cantik, keuntungan yang semakin menurun
Walau bagaimana pun , secara teknikal ia kelihatan dalam keadaan uptrend
Kini sedang bertahan di SBR 0.590, Sekiranya terus bertahan ia di jangka akan ke 0.70 dahulu sebelum meneruskan kenaikan atau penurunan.
EW - Sedang membuat Subwave 5 dari wave 3. Ema 20 50 200 telah tersusun cantik.
Hidden bullish divergence sudah kelihatan.
TAYOR