Bursamalaysia
HPMT WEEKLY TF, CORAK ASCENDING TRIANGLEHPMT - QFR sangat memberangsangkan, yang mana keuntungan sentiasa bertambah setiap suku tahun.
Di carta mingguan, ia kelihatan membentuk corak segitiga yang sedang menaik (ascending triangle) yang kebiasaannya merupakan petanda awal harga saham bakal membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Harga saham telah bertahan di RBS 0.61 selama 3 bulan, di mana fasa pengumpulan sedang berlaku.
Dari segi Elliot Wave, ia dalam membuat subwave 5 of wave 3.
Wave 5 dijangka berakhir di sekitar 0.78 ke 0.80 sen, sebelum pullback untuk menhabiskan wave 3 yang utama.
Hanya sekadar kajian saya, bukan SIGNAL PEMBELIAN.
WONG telah membuat Hidden Bullish DivergenceMYX:WONG
Kaunter Wong didapati telah menghabiskan correction wave 4 dan kini sedang membuat wave 5. Ia telah membuat kenaikan harga selama beberapa hari, tahniah kepada yang telah berjaya meraih keuntungan di kaunter ini.
Ia juga kelihatan membuat hidden bullish divergence menandakan ia akan meneruskan kenaikan.
Memandangkan ia telah memecahkan down trendline dan membentuk pattern FLAG, Adakah sekarang ini masa yang terbaik untuk membeli ?
Kalau saya, memang takkan beli sekarang, sebab ia telah hampir sampai ke line SBR, saya risau harga akan pullback dahulu sebelum meneruskan kenaikan. Kalau ia terus naik, bermakna tiada rezeki saya di kaunter ini .
Untuk trader yang suka membeli di harga yang rendah, kemungkinan mereka telah membeli di sekitar RBS 0.495. Saya jangka harga akan terus naik ke SBR 0.85, PB ke RBS 0.73. pada ketika itu jika susunan Ma 20 dan 50 sudah cantik, saya akan pertimbangkan untuk membuat pembelian di kawasan tersebut.
Ini hanya lah kajian dan idea saya, bukan BUY SIGNAL.
FM @ FREIGHT - QR Terbaik Kaunter ini menunjukkan hasil QR yang sangat cemerlang.
Dari segi carta ia menunjukkan trend kenaikan yang sihat kerana sentiasa mematuhi garisan MA200 dan telah beberapa kali membuat HH baru .
Kaunter ini juga kelihatan sentiasa membuat lantunan harga di garisan RBS .
Dari segi EW saya dapati ia sedang membuat Subwave 3 of Wave 3.
Hidden Bullish Divergence juga kelihatan di AO menunjukkan ada kemungkinan besar ia meneruskan trend menaik dalam masa terdekat ini.
Terkini, harga rebound di RBS 0.83 dan kelihatan cuba menutup gap sebelumnya, jika ia berjaya, ada kemungkinan ia akan memecahkan RBS 0.90 dan boleh target untuk setup trading plan di kawasan tersebut. Pada ketika itu Ma20 telah melintasi MA50, maka ia menjadi petanda kuat bahawa kaunter ini akan meneruskan kenaikan,Buat masa sekarang Ma20 masih di bawah ma50 , jadi ia ada potensi untuk membuat penurunan lagi.
Penulisan ini hanyalah idea saya dan bukan Buy Signal.
PJBUMI - Sedang Membuat Permulaan Kenaikan?MYX:PJBUMI
Kaunter ini walaupun QR tidak berapa memberangsangkan, ia sangat jelas kelihatan sedang membuat trend kenaikan . Harga kelihatan sudah memecahkan garisan down trendline.
Pada pendapat saya ia telah menyiapkan Wave 2 besar dan sekarang sedang membuat Subwave 3 of Wave 3.
Jika melihat kepada sejarah lepas, harga kaunter ini sentiasa mengenai garisan trendline puncak ke puncak.
Setelah menarik Fibo Entracement saya dapati harga pada fibo 1.618 adalah pada 0.56 sen. Boleh target TP apabila harga mengenai garisan trendline, atau apabila ia menyentuh garisan resistance 0.55.
Garisan MA 20,50 ,200 telah tersusun dengan baik, walaubagaimanapun saya jangka harga akan turun dahulu untuk menutup gap . Boleh target untuk entry jika harga menyentuh MA20 atau 50 atau jatuh ke support 0.37. Entry dan Cut Loss terpulang pada teknik masing2.
Ini bukan lah signal pembelian, hanya kajian saya untuk rujukan saya sendiri di masa hadapan.
TIPS untuk Beli Dan JualMYX:AEMULUS
Terdapat banyak teknik untuk beli dan jual saham anda.
Di sini saya kongsi beberapa cara yang telah saya pelajari dan aplikasi di dalam aktiviti trading saya di Bursa Malaysia.
Untuk pembelian, yang pentingnya kita beli di harga support atau berhampiran harga support. Ini untuk mendapatkan harga sasaran Cut Loss yang kecil.
Ada pelbagai cara untuk menentukan di mana harga support.
Untuk peminat swing trading seperti saya, teknik Entry yang biasa di guna pakai adalah seperti berikut:
1- RBS
RBS merujuk kepada garisan yang mana garisan sebelumnya adalah resistance telah bertukar menjadi garisan support, bila mana harga membuat permulaan kenaikan daripada line resistance itu. Apabila ini berlaku, garisan tersebut dipanggil Resistance Become Support (RBS). Jika kita beli di atas RBS, Cut Loss hendaklah di bawah RBS juga.
2- Garisan trendLine
Garisan Trendline sama ada Uptrendline atau Down Trendline juga boleh menjadi garisan support. Kebiasaannya kita membeli apabila harga memecahkan (Breakout) garisan trendline dan harga close di atas garisan tersebut, maka Cut Loss juga hendaklah di tetapkan di bawah garisan tersebut.
3- Garisan Moving Average
Terdapat perbagai garisan moving average, tetapi sebagai swing trader saya biasanya menggunakan Ma20 , 50 dan 200.
Kita boleh membeli apabila harga melantun dari garisan MA tersebut, dan harga CUT LOSS harus di tetapkan di bawah garisan MA tersebut.
Teknik CL juga ada pelbagai cara lagi selain dari yang saya kongsi di atas, antaranya:
1- 10% rule - CL apabila kerugian mencapai negatif 10%.
2- CL apabila MA20 cross di bawah MA50.
Untuk scalping (day trading atau short term trading) pula, kebiasaan nya trader menggunakan GANN support atau menggunakan teknik BOX Trading , yang mana saya tidak akan ceritakan di sini kerana saya tidak minat teknik ini.
Sepanjang 2 tahun trading, saya telah melakukan aktiviti trading lebih dari 100 kali, ada 3 kesilapan besar yang saya telah lakukan:
1- Saya amat susah untuk mendisiplinkan diri untuk Cut Loss.
2- Tidak entry di support kerana sindrom FOMO - Fear Of Missing Out. Banyak kali juga saya entry apabila harga telah jauh dari garisan support dan apabila harga jatuh, saya takut untuk Cut Loss.
3- Sentiasa bertukar teknik
Seperti nasihat kebanyakan trader yang berjaya, seseorang trader tidak akan berjaya di dalam dunia trading ini jika mereka tidak ada trading plan dan tidak berdisiplin untuk Cut Loss jika setup tidak menjadi.
Fokus juga amat penting, amalan bertukar teknik sangatlah tidak bagus dalam dunia trading ini.
Untuk tahun 2022 Saya berazam untuk memperbaiki kelemahan ini terutamanya. Walau setinggi mana harga kelas yang kita hadir, pengalaman sendiri itu lebih mahal harganya.
MESTRON - BELAJAR DARI KESILAPANMYX:MESTRON
Sekitar November 2020, saya pernah membeli MESTRON di kawasan arrow hitam pertama, niat asal untuk pelaburan jangka panjang (SWING),
kemudian pada 29 Jan 2021 , ada satu berita yang menyebabkan harga MESTRON membuat GAP DOWN dan turun secara mendadak. Saya panik dan terus jual dengan sedikit kerugian.
Keesokan harinya harga MESTRON terus naik sehingga 155% dalam 89 hari.
Kesilapan saya pada ketika itu adalah tidak melukis trendline di kawasan bawah, setelah beberapa hari berlalu, saya melukis trendline dan mendapati harga jatuh betul2 di atas trendline tersebut sebelum meneruskan kenaikan. Pengajaran nya selepas ini, saya akan memastikan harga memecahkan support trendline jika ingin menjual. Pada ketika itu kaunter ini jelas sekali sedang dalam fasa accumulation, kerana harga sudah berada di atas MA200 selama 6 bulan, jadi sepatutnya tidak perlu berasa begitu panik. Kebiasaannya berita buruk sengaja di keluarkan untuk memerangkap retailers seperti saya, supaya jerung boleh beli lagi di harga yang lebih rendah.
Walaubagaimana pun, entry terbaik untuk swing trader adalah selepas harga melepasi fasa accumulation, iaitu break out fasa sideway, sekiranya tidak mahu tunggu lebih lama untuk melihat keuntungan.
Terkini, pada 31 Dec 21, kelihatan MA20 ingin menuju ke arah MA50 dan ini merupakan petanda bahawa kaunter ini ingin meneruskan kenaikan.
Dari segi kajian EW, ia baru menyiapkan w4 dan berpotensi untuk meneruskan kenaikan bagi melengkapkan wave 5.
Dari segi volume, telah ada penampakan volume spike yang kecil.
Tanda2 reversal divergence juga telah kelihatan.
Boleh masukkan dulu dalam watchlist dan tunggu MA 20 50 200 tersusun lebih cantik untuk entry yang lebih baik.
TAYOR.