Aemulus Bakal Bukan Lagi Saham SenAemulus adalah salah satu saham dalam sektor Semiconduktor, di bawah sub-sektor Automation. Lain-lain saham yang berada dalam sub-sektor yang sama adalah Vitrox, Greatec, UWC, Penta, Mi, Elsoft, Vis dan MMSV. Ia masih dianggap saham harga mampu milik, di bawah harga RM1 bersama-sama Elsoft dan QES, jika nak dibandingkan dengan Vitrox, greatec, Penta dan Mi.
Produknya adalah tertumpu kepada RF Filter dan ATE (Automated Test Equipment) untuk mobile, tablet dan segmen automotif.
A) Dari segi Fundamental Analisis, antara sebab mengapa saya memilih saham ini adalah:
1. Saham yang berada dalam 'Sector in Play'.
Seperti diketahui, semikonduktor di seluruh dunia menghadapi keputusan bekalan setelah melalui musim pandemik Covid-19 di mana pada tahun lalu kebanyakan negara melakukan lockdown, menyebabkan operasi pengeluaran semikonduktor terganggu. Ini dijangka menjadi catalyst kepada kenaikan harga saham melibatkan semikonduktor sepanjang tahun 2021.
2. Prestasi QR yang meningkat naik
Untuk kali ke tiga berturut-turut, QR Aemulus telah menunjukkan penigkatan keuntungan sejak mengalami kerugian pada Q2 20. Prestasi adalah seperti berikut.
Q2 20 mencatatkan kerugian -2.7juta
Q3 20 mencatatkan keuntungan +0.1juta, 1.7% daripada 5.1juta pendapatan
Q4 20 mencatatkan keuntungan +1.0juta, 14.4% daripada 7.2juta pendapatan
Q1 21 mencatatkan keuntungan +1.5juta, 13.1% daripada 11.5juta pendapatan.
Kesimpulannya, ia dapat dilihat sebagai satu syarikat yang mengalami fasa turn around, dan terus mencatatkan peningkatan keuntungan.
3. Di dalam report terbarunya, dikatakan operasinya telah digandakan sebanyak tiga kali ganda dan bersedia untuk memberikan hasil yang lebih baik sepanjang 2021.
4. Kerjasama dengan TMSS Technology (Jiashan) Co., Ltd di China, memberikan ruang kepada Aemulus untuk memainkan peranan dalam revolusi industri China dalam kempen Made In China 2025. Ini boleh menjadi faktor untuk jangka masa yang panjang.
B) Dari segi Teknikal Analisis melalui chart:
Buyer (Pembeli) masih menguasai carta
-Dapat disaksikan sejak memasuki Januari 2021, Buyer telah mula menguasai volume. Ini dapat disaksikan daripada anak panah hijau pada setiap volume transaksi, menunjukkan lonjakan volume berwarna hijau sejak januari hingga ke hari ini.
-Pada anak panah berwarna merah, didapati volume jualan sedikit tinggi menunjukkan Seller sudah ada dan mula menjual, namun tekanan jualan dapat diserap pada hari berikutnya dengan volume yang rendah dalam keadaan saham melakukan pullback dan consolidating pada beberapa hari yang berikutnya dengan volume jualan yang kecil.
-Pada 5hb Feb, Aemulus mencatatkan harga tertinggi ATH mencecah harga 0.89. Namun pada hari dagangan berikutnya dari 8hb hingga 11hb Feb, harga menunjukkan tanda rehat disekitar paras Fibonachi Retracement 0.618 pada harga 0.805, dan meneruskan lonjakan selepas daripada fasa rehat itu.
- Pada hari ini 18hb Feb, Aemulus sekali lagi dalam fasa rehat setelah mencatat sekali lagi harga tertinggi ATH pada 1.01 pada 15hb Feb. Dijangka akan turun ke paras Fibonachi Retracement 0.618 pada sekitar harga 0.92 sebelum meneruskan lonjakan harga.
Adakah Aemulus berjaya memecah Rintangan paling besar untuk keluar dari senarai saham berharga sen-sen (Penny Stock), untuk menjadi sebuah saham berharga Seringgit dan ke atas dan sekaligus meneruskan larian kenaikan? Sama-sama kita nantikan.
Khairul Hafiz