Analisis Candlestick
TRENDBAND GUIDE - kemaskini terbaru FEB 2020 (bahagian akhir)Penamat kepada siri kemaskini trendband guide.
Saya cerita pasal kemaskini inside bar, breakout candle, alert + contoh hasil webhook ke telegram.
Kalau ada sebarang kesalahan atau ada yang tak berfungsi, boleh mesej saya dan saya cuba kemaskini semula.
Appasia isi minyak sebelum berjalan jauh?Appasia pada carta harian membuat correction. Namun jika lihat pada carta mingguan, sebenarnya ia cuba membuat tapak di EMA 200 (weekly).
Adalah menjadi tradisi Appasia untuk singgah mengisi minyak dahulu di EMA 200 weekly sebelum meneruskan perjalanan jauh.
Selagi mana harga weekly berjaya tutup di 0.180 ke atas, ia ada potensi besar untuk berjalan jauh ke arah utara.
Kesimpulan mudah ialah, 0.180 adalah support/sokongan penting appasia bagi menentukan arah perjalanan dia.
VIS Piercing LineVIS berjaya membuat piercing line apabila ia menembusi separuh candle merah sebelumnya 0.650 dan tutup pada harga 0.655.
Candle ini sekali gus mengesahkan 0.570 adalah sokongan kuat.
Untuk harga terus membuat reversal ke atas, candle hari berikutnya perlu berada atas dari 0.650 (paras sokongan pertama).
Penembusan rintangan candle 0.720 bakal menyaksikan harga meneruskan uptrend.
Namun sekiranya harga turun bawah dari 0.650, ia berkemungkinan mendatar dulu di atas paras 0.570 (paras sokongan kedua).
Harga tadi juga melantun di EMA 50, dan juga downtrendline. Ia menunjukkan isyarat yang kuat, penerusan uptrend itu berkebarangkalian tinggi akan berlaku.