Carepls Betul-betul Ikhlas Membuat Kenaikan?Kaunter: Carepls
Sektor: Sarung Tangan , Penjagaan Kesihatan
Seperti yang kita sedia maklum indek mengalami kejatuhan teruk minggu ini dan pada hari Jumaat 26.11.21 sektor sarung tangan & penjagaan kesihatan
mendominasi pasaran bursa.
Carepls di lihat membuat reversal up dan percubaan ke fasa "uptrend'
-RSI atas 50 bullish
-ADX masih di bawah 20 (masih ada ruang momentum kenaikan di paras ADX atas 20)
-Stochrsi cross up di atas 50 (strong bullish)
-Super bullish morubozu candle hari jumaat, di jangka pada hari Isnin akan naik terbelih dahulu sebelum retrace pada aras golden fibo
atau 1/4 candle atau maximum 3/4 candle
*kajatuhan harga di bawah golden fibo 78.60 di anggap kaunter berada fasa sideways atau mula downtrend (aras cutloss)
*kejatuahan harga di bawah harga open candle Jumaat 26.11.21 juga boleh diambil sebagai aras cutloss kerana dibimbangi
kaunter mula sideways atau downtrend
*sekiranya di analisis berdasar GBS SMI kolam telah sempurna (fasa long accumulation-kolam smi hijau) line biru cross up line merah, dijangka untuk swing sekiranya harga tidak turun bawah harga open candle Jumaat lepas, dijangka boleh melonjak jauh ....lagi besar kolam lagi jauh harga akan bergerak ke atas (lagi lama fasa pengumpulan lagi tinggi harga dijangkakan naik)
Gann Support: 1.21/1.16 | Resistance: 1.27/1.33
Walaubagaimanapun ini hanyalah sekadar kajian & pandangan saya semata-mata. Sila teliti chart & buat trading plan sebelum masuk sesuatu kaunter. #tayor
CAREPLS
CAREPLS (Kembali Pulih)Sektor :
- Industrial Products, Rubber Gloves, Health Care Equipment & Services.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- Hasil (revenue) CAREPLS berada dalam trend menaik dengan peningkatan QoQ dan YoY masing² sebanyak 18.95% dan 30.27%.
- Sebelum ini, CAREPLS lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. CAREPLS mula konsisten membuat keuntungan pada Q3 2020. Ini menjadikan keuntungan CAREPLS meningkat YoY sebanyak 2230.17%.
- CAREPLS juga memberikan dividen kepada para pemegang saham tetapi tidak konsisten. Walaubagaimanapun, dividen yang diberikan pada tahun in adalah tertinggi iaitu 2.5 sen sesaham.
~ Teknikal ~
- Pada mulanya, CAREPLS membuat kejatuhan dan membentuk descending triangle.
- CAREPLS cuba untuk BDTL tetapi tidak mampu.
- Harga meneruskan kejatuhan sehingga breakdown MA 200 menjadikan CAREPLS berubah arah kepada downtrend untuk long term.
- Kemudian, CAREPLS meneruskan lagi kejatuhan sehingga breakdown descending triangle. CAREPLS jatuh melebihi paras supportnya pada RM 1.930. Support RM 1.930 kini menjadi resistance bagi CAREPLS (SBR).
- CAREPLS meneruskan lagi kejatuhan lalu berjaya rebound di atas support terbarunya pada RM 1.240 dengan volume yang signifikan.
- Kemudian CAREPLS retest seketika di atas downtrend line sebelum breakout SBR setelah itu.
- Seperti biasa, CAREPLS sekali lagi retest dan kali ini di atas SBR pula.
- Setelah itu, CAREPLS meneruskan kenaikan dan terkini, CAREPLS berjaya tutup di atas MA 200. Ini menandakan CAREPLS akan berubah arah kepada uptrend untuk long term dengan disokong oleh indikator MACD.
- Jika CAREPLS mampu bertahan di atas MA 200 dan SBR, harga berpotensi menuju ke RM 4 dan seterusnya ke RM 5.830.
Nota kaki :
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Q3 = Quarter ketiga. Kebiasaanya bulan Ogos. Dalam idea ini, Q3 bagi CAREPLS adalah pada bulan Julai.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'descending triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
CAREPLS Adakah Sudah Betul-Betul Di Tapak Kali Ini?CAREPLS kaunter menurun buat masa ini tetapi kelihatan seperti sudah membuat tapak di 1.26. Adakah betul-betul tapak yang kuat disitu? Atau hanya persinggahan dalam perjalanan ke tapak yang lebih dalam? Sama-sama kita perhati rapat untuk kajian dan pembelajaran. Jika menggunakan strategi dagangan Ichimoku, Carepls perlu melepasi aras 1.35 untuk seterusnya menguji dua lagi aras rintangan iaitu di 1.46 dan 1.54. Jika seterusnya berjaya memecahkan 1.54 dan berjaya bertahan di atas 1.54, kemungkinan ada kekuatan untuk Carepls meneruskan perjalanan naik dan menukar trend dari menurun kepada menaik. Petunjuk RSI juga telah memecahkan trend menurun dan kelihatan baru menukar trend kekuatan menaik dari aras terlebih jual. MACD juga "bullish divergence" buat masa ini.
Rubber Gloves (Comeback)Sektor 'Rubber Gloves' dilihat telah memecahkan downtrend line dengan volume yang besar. Pergerakan ini dapat dilihat pada saham HLT, RUBEREX, CAREPLS dan TOPGLOV.
Kenaikan saham sektor 'Rubber Gloves' ini juga memperlihatkan keadaan yang sama kepada indeks KLCI (Indeks KLCI BDTL seperti sektor 'Rubber Gloves'). Adakah kaunter² 'Rubber Gloves' ini akan terus menghijaukan KLCI?
*BDTL = Break Downtrend Line.
3 LIMIT UPDISCLAIMER : Perkongsian adalah pembelajaran semata, tiada sebarang unsur xxxBUYCALLxxx
Nampaknya selepas fasa bursa Kangaroo kita masuk pula fasa bursa sold out,
hampir setiap hari ada saja dagangan yang mencapai LIMIT UP a.k.a SOLD OUT...
apa cer tu? meh nak kabar, ada 2 istilah
LIMIT UP iaitu dagangan pada hari tersebut habis di borong pada harga apa saja sampai sold out
LIMIT DOWN iaitu dagangan dijual pada harga apa saja sehingga orang sanggup lelong murah-murah
Jadi apa yang berlaku pada minggu lepas, minggu pertama OGOS 2020 ini berlakunya LIMIT UP hampir setiap hari dan berkali-kali.
CAREPLS ini antara kaunter yang aktif bergerak dan sering mencapai limit up.
FA - OK, pada quarter lepas mencatatkan best profit menunjukkan company agak kukuh memandangkan profit
quarter berkembang dengan baik berdasarkan pergerakan profit dari tahun 2019. Financial ratio juga (+ve).
TA- Ramai yang menanti untuk sambut walaupun pullback xsempat pullback lama terus naik balik harga.
Sekarang sudah rebound kembali. sediakan trading plan untuk masuk dan keluar.
CATALYST -
1- Acquiring dan disposing silih berganti
2- Acquisition of property Centro Height (7/8/20)
3- Acquire a piece of leasehold land (22/7/20)
4- JV between Ansell Service (14/5/20)
5- Private Placement utk buka kilang baru
REVIEW - (FA/)(TA/)(CA/). trade at your own risk, for invest and swing
Ride till Bend.
1 HEALTHCARE GLOVEDISCLAIMER : Perkongsian adalah pembelajaran semata, tiada sebarang unsur xxxBUYCALLxxx
Healthcare Rally tiada menunjukkan rasa penat..
FA - OK, company Carepls merupakan company yang agak suram sebelum ini.
Dengan core bussiness glove merancakkan lagi healthcare rally rata-rata kaunter
glove yang lain harga sudah setinggi langit dan Carepls antara yang termurah itupun
sekarang sudah menlepasi harga rm3.
Mula melihat profit sejak akhir tahun 2019 turn around company Financial ratio
daripada -VE terus bertukar menjadi +VE ditambahkan lagi, apabila Carepls
mendapat keuntungan besar dia membuat PRIVATE PLACEMENT untuk mengembangkan
lagi bisnes dia untuk memenuhi permintaan pelanggan (BERITA BAIK).
TA - Sudah overbought terlalu lama agak merisaukan memandangkan paras support yang agak jauh.
Menanti correction untuk healthcare namun dari hari ke hari terus melompat.
CATALYST - Mempunyai alasan yang kukuh memandangkan situasi sekarang memberikan kesan
positif kepada sektor kesihatan.
REVIEW - (FA /)(TA /)(CA /).
Mempunyai kekuatan dari semua sudut NAMUN kenaikkan yang berlaku kurang sehat, adalah
lebih baik nantikan ia di bawah pada aras sokongan agar tidak terciduk jika belaku correction.
Careplus - Tiada swing cuma fifoAnalisis gelombang Elliott buat Careplus.
Admin merasakan masih ada potensi kenaikan buat Careplus. Namun di tahap ini, admin sendiri tidak akan memilih untuk masuk. Admin lebih berminat untuk menunggu diskaun di paras yang lebih rendah.
Sekiranya paras harga RM1.54 dibolosi, admin rasakan itu adalah paras sokongan terakhir dan boleh lupakan Careplus buat seketika.
Abang Doji.