naimmp98

CAREPLS (Kembali Pulih)

MYX:CAREPLS   CAREPLUS GROUP BERHAD
Sektor:
- Industrial Products, Rubber Gloves, Health Care Equipment & Services.

Idea analisis:
~Fundamental~
- Hasil (revenue) CAREPLS berada dalam trend menaik dengan peningkatan QoQ dan YoY masing² sebanyak 18.95% dan 30.27%.
- Sebelum ini, CAREPLS lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. CAREPLS mula konsisten membuat keuntungan pada Q3 2020. Ini menjadikan keuntungan CAREPLS meningkat YoY sebanyak 2230.17%.
- CAREPLS juga memberikan dividen kepada para pemegang saham tetapi tidak konsisten. Walaubagaimanapun, dividen yang diberikan pada tahun in adalah tertinggi iaitu 2.5 sen sesaham.

~Teknikal~
- Pada mulanya, CAREPLS membuat kejatuhan dan membentuk descending triangle .
- CAREPLS cuba untuk BDTL tetapi tidak mampu.
- Harga meneruskan kejatuhan sehingga breakdown MA 200 menjadikan CAREPLS berubah arah kepada downtrend untuk long term.
- Kemudian, CAREPLS meneruskan lagi kejatuhan sehingga breakdown descending triangle . CAREPLS jatuh melebihi paras supportnya pada RM 1.930. Support RM 1.930 kini menjadi resistance bagi CAREPLS ( SBR ).
- CAREPLS meneruskan lagi kejatuhan lalu berjaya rebound di atas support terbarunya pada RM 1.240 dengan volume yang signifikan.
- Kemudian CAREPLS retest seketika di atas downtrend line sebelum breakout SBR setelah itu.
- Seperti biasa, CAREPLS sekali lagi retest dan kali ini di atas SBR pula.
- Setelah itu, CAREPLS meneruskan kenaikan dan terkini, CAREPLS berjaya tutup di atas MA 200. Ini menandakan CAREPLS akan berubah arah kepada uptrend untuk long term dengan disokong oleh indikator MACD .
- Jika CAREPLS mampu bertahan di atas MA 200 dan SBR , harga berpotensi menuju ke RM 4 dan seterusnya ke RM 5.830.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Q3 = Quarter ketiga. Kebiasaanya bulan Ogos. Dalam idea ini, Q3 bagi CAREPLS adalah pada bulan Julai.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'descending triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli .

Komen

bermaklumat info. terima kasih atas perkongsian tuan.
+2 Balas
@mohdsabrie85 Sama² tuan 🙂
Balas
terbaik
+2 Balas
@zaharwa Terima kasih 🙂
Balas
Analisis yang baik, terima kasih tuan
+2 Balas
@TrendTradesX Terima kasih tuan moderator 🙂
Balas
blh tolong ajar kn tuan
+1 Balas
@alep_pokwe Boleh follow channel tele saya, "Saham Sharing +" di telegram. Moga dapat manfaat
Balas
Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Mengenai Ciri-ciri Carta Harga Rujuk rakan Peraturan Dalaman Pusat Bantuan Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Blog & Berita Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Kawan-kawan yang dirujuk Coin Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar