CCK
Ayam CCK membentuk Regular Bearish Divergence?Apa itu (Regular) Bearish Divergence ?
Pergerakan trend sesuatu saham yang membentuk Regular Bearish Divergence dijangka akan berlakunya perubahan trend. Hal ini demikian disebabkan keadaan sesuatu saham itu dilihat kehilangan momentum untuk meneruskan pergerakan uptrend.
Walaupun berlakunya kenaikan harha yang lebih tinggi dalam sesuatu saham, namun minat belian semakin kehilangan momentum. Ini ditunjukkan melalui oscillator.
Kita akan melihat saham CCK daripada beberapa perkara:
1. Pembentukan pada chart apabila higher high terbentuk.
Harga CCK dijangka akan berpotensi untuk bergerak ke bawah disebabkan momentum belian yang semakin lemah telah berlaku. Saham CCK bergerak ke atas sehingga membentuk higher high namun sebaliknya pula berlaku di oscillator.
2. Indicator RSI dan MACD yang membentuk higher low telah menunjukkan momentum belian yang semakin lemah telah berlaku. Walaupun berlaku kenaikan harga pada carta namun momentum tersebut dilihat tidak mampu menolak indicator RSI dan MACD untuk menaik melebihi paras sebelum ini.
3. MACD setelah melakukan dead cross dan kini berada di paras negatif.
Berkemungkinan besar CCK akan kembali mencari garisan sokongan atau mencari tapak yang baharu untuk pergerakan selepas ini. Masa yang akan menentukan
*Fakta menarik: CCK merupakan salah satu saham yang bagus untuk dilabur kerana daripada menternak ayam sehingga ke penjualan ayam di pasaraya dilakukan oleh CCK sendiri. Mereka dapat memaksimumkan keuntungan. Ini dibuktikan dengan QR CCK sejak sebelum ini.
Apa-apa pun sekadar idea saya dengan mengaplikasikan regular bearish divergence dalam carta.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa Malaysia.
Jaga risiko, jaga support sebaiknya
CCK (Berjaya Membuat Tujahan)Sektor:
- Poultry & Eggs, Food & Beverages, Consumer Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, CCK menunjukkan peningkatan konsisten dari sudut keuntungan dan hasil (revenue) QoQ. Keuntungan YoY pula adalah positif iaitu sebanyak 6.97%. Begitu juga hasil (revenue) yang menunjukkan peningkatan sebanyak 2.35% YoY.
- Dari sudut teknikal, CCK dilihat telah breakout 52 Week High dan Cup and Handle pattern dengan volume signifikan.
- Harga berpotensi ke RM 1 mengikut strategi Cup and Handle pattern dan ia juga merupakan 'psychological price'.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over quarter.
* YoY = Year over Year.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
CCK (22/02/21): Pandangan Mata Kasar Pendatang Baru Dalam Saham CCK ni Company telur ni memandangkan bulan 4 Puasa dan Bulan 5 Raya, Demand untuk Telur adalah tinggi dan boleh di perhatikan
Pandangan Chart:
Menghasilkan Cup & Handle.
0.650 Bibir Cup.
Trading Idea:
S: 0.580 (Dah buat tapak) / 0.575 (Ema 50)
TP: 0.690.
Breakout Cup. Jadikan 0.650 RBS,
TP Kaya: 1.00 (Kalau BO C&H)
Long Term Counter.
Sekain Pandangan Mata Kasar Newbie.
CCK Cubaan Melengkapkan Pattern MangkukCCK pada hari ini ditutup cantik dengan candle solid disokong oleh volume. CCK juga sudah melintasi aras EMA50 dan ini salah satu daripada signal bullish. Aras rintangan kuat adalah di 0.645 dan jika berjaya dipecahkan, CCK akan perlahan-lahan mendaki mencari aras bibir mangkuk pada harga 1.00. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
CCKSektor consumer menerima impak yang negatif atas sentimen Pandemic Covid 19. Namun, perlu diingat bahawa sesetengah subsektor menerima impak yang positif dan tidak menerima kesan yang teruk semasa pandemic ini. CCK adalah salah satu syarikat yang mampu bertahan semasa pandemik. Upcoming CNY mungkinkah permintaan telur akan meningkat?
Secara technical, trend melantun atas RBS.
Fundamental yang baik.
Support - 545
CL - Below 495
CCK (7035) : BERTAHAN ATAU MENERUSKAN PENURUNAN?Sektor: Consumer Products, Poultry & Eggs, Food & Beverages, Consumer Products & Services
1. Kaunter dengan FA yang baik.
2. Dalam fasa retracement menguji EMA90 dan ada Gap Up pada 8 Dis 2020 perlu tutup.
3. Jangkaan akan menguji aras sokongan 0.560 (tutup gap) dan melakukan fasa pengumpulan (accumulation) sebelum terus naik.
4. Cadangan belian apabila wujud petanda reversal candle dengan volume atau belian pada harga berhampiran aras sokongan.
#sekadarpandanganperibadi
#TAYOR
SEMINGGU LAGI NAK RAYA, ADAKAH TELUR DAN AYAM MENDAPAT SAMBUTAN?+++++++++++++
Sektor
+++++++++++++
- Ia dalam sektor Consumer Products & Services
- Sub sektornya Food & Beverages
.
+++++++++++++
FA
+++++++++++++
Market Capital (RM): 324.82m
EPS (cent): 5.44 *
P/E Ratio: 9.47
ROE (%): 12.09
Profit Margin (%): 5.1
CAGR - Revenue (%): 7.1
CAGR - PAT (%): 26.4
Number of Share: 630.72m
Dividend (cent): 1.750 ^
Dividend Yield (%): 3.40
Dividend Policy (%): 0
NTA (RM): 0.450
P/B Ratio: 1.14
YoY Score: 4
.
+++++++++++++
TECHNICAL
+++++++++++++
1. SOKONGAN DI 0.500
2. HALANGAN PERTAMA DI 0.560
3. HALANGAN KEDUA adalah RM0.600
4. MIDTERM HALANGAN di RM0.700
.
+++++++++++++
CHART PATTERN
+++++++++++++
- NONE
.
+++++++++++++
ULASAN
+++++++++++++
- Masih dalam mood sideway
- LOW RISK sebab belum breakout
- Memang best kalau dapat sebab dalam keadaan pullback
- FA pun bagus sebab PE < ROE. Masih undervalue
- Boleh consider untuk mid term kerana patternnya yang agak menarik dan FA pun okay
- Entry? Cari best entry dalam kotak di highlightkan tersebut. TRADE AT YOUR OWN RISK.
==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari MAHERSAHAM.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing. Trade what you see not what you want to see.
CCK Nampak Kuat dan MenarikCCK hari ini telahpun memecahkan garisan menurun setahun (1yr DTL : garisan biru) dan juga EMA200 disokong oleh volume yang kuat. CCK juga telahpun memecahkan aras rintangan yang kuat di 0.525 dan aras rintangan yang seterusnya adalah di 0.580. CCK juga menawarkan dividen sebanyak 1.25 sen dimana ex date pada 30 May 2020 yang akan datang. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
CCK : Menunggu sesuatuHarga bermain di dalam kotak utk 2-3 bulan kebelakangan ini. Adakah ada petanda baik dari QR?
BB dalam keadaan mengecil dan sekata. EMA50 menjadi penghalang buat masa ini.
Kebiasaannya, bila harga bermain pada suatu area yang lama.. bakal berlaku pergerakan yang lebih besar di masa akan datang.
Persoalannya.. bakal turun atau naik :)
Flag CCK juga breakCCK telah mementuk Flag pattern dan kini telah melepasi channel tersebut.
-Terdapat minit terakhir volume masuk
-Stoch telah cross dan RSI kini menghala ke atas
-Harga masih berjaya untuk mengekalkan atas EMA sejak bulan Febuary lalu
-R1/TP1 berada pada 0.69 dan R2 pada 0.715
-S1 berada pada aras 0.60
-Bersama dengan sektor poultry, rata2 semuanya telah rally sejak 2 hari lalu
*monitor untuk momentum pembelian seterusnya untuk perubahan trend
7035 CCK : Telur Goreng?CCK berkemungkinan akan meneruskan kenaikan hari ni.
Jika mampu naik 0.645 dan ke atas, besar kemungkinan momentum akan mula masuk.
Masa untuk menggoreng telur2 di bursa.
Kekuatan BULL masih lemah di dalam CCK.
Tetapi kelihatan peningkatan kekuatan BULL di dalam CCK.
Happy Trading
CCK dan QRWalaupun keputusan kewangan sukuan keempat CCK tahun ini dinisbahkan dengan tahun 2017 (YoY) mencatatkan penurunan sebanyak -55.1%, harga CCK kelihatan tidak terjejas kerana masih mampu bertahan di atas "trendband" hijau lagi. Selepas pengumuman dibuat pada 25 Februari, berlaku sedikit penjualan panik pada pada 26 Februari menyebabkan berlaku "gap down" pada harga 0.605 sebelum jatuh ke paras terendah 0.575. Namun kaunter ini berjaya naik semula bermula jam 9:30 pagi sehingga dapat tutup semula "gap" pada jam 10:30 pagi. Akhirnya ia dapat kembali semula ke paras tertinggi 0.665 semasa tutup pada hari tersebut. Walaupun keputusan sukuan tahun ke tahun YoY mencatatkan penurunan yang banyak, keputusan sukuan QoQ masih berada di paras yang sama. Hasil jualan juga masih berada di atas 151 juta ringgit.
CCK melepasi awan ichimoku namun rintangan 0.600 perlu dilepasiCCK telah pun membuat minor uptrend dengan jelas kelihatan pattern HH HL, namun untuk mengesahkan perubahan trend, terdapat satu lagi rintangan yang perlu dilepasi dan duduk diatasnya untuk mengesahkan perubahan tersebut iaitu awan ichimoku. Jelas kelihatan bahasa kauter CCK ini baru sahaja melepasi awan ichimoku, namun terdapat satu rintangan yang perlu dilepasi dan ketika ini harga CCK telah pun berada pada rintangan iaitu pada harga 0.600, boleh beri perhatian lagi kepada kaunter ini sekiranya dapat bermain diatas awan tersebut.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
CCK minat belian munculCCK telah melepasi resistance 0.410 seterusnya menjadi Resistance Become Support untuk kaunter ini. CCK juga telah keluar kolam Banker Share. Resistance kuat bagi kaunter ini ialah pada harga 0.440.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!