Censof tampak membuat corak double bottom?Censof semalam rebound dan membuat market structure yang menarik HL,HH,HL dan seakan-akan membentuk corak double bottom
Contoh trading plan:
Ep BO neckline with volume: 285
Support: 280
Stoploss: 265
TP: 305, 325, 345 (all TP 1 bid below resistance)
Sekadar kajian bagi tujuan pembelajaran sahaja. Bukan buycall. #Tayor
CENSOF
Censof : Sudah ada sinar?1. CS telah berada di atas garisan fibo 0.382
2. Indikator lain juga menunjukkan mempunyai momentun
3. CS juga nampak masih solid dengan volume telah melepasi volume sebelum
4. Boleh menggunakan garisan fibo sebagai SnR
Ini adalah kajian semata-mata. Tiada saranan untuk membeli dan menjual. TAYOR
CENSOF akan menaik sementara ke Gelombang Pembetulan "B"Sektor : Teknologi
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Gelombang pembetulan "A" telah sempurna dengan impulse 5 gelombang kecil 12345 - dan kini sedang memulakan Gelombang pembetulan "B" menaik sehingga 40%-61.8% dari gelombang "A"
sebelum membuat penurunan kembambali ke gelombang pembetulan "C"..
Nota Teknikal Analisis : -
* Gelombang "B" akan membentuk corak - Zigzag ABC
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 23.8%%, 31.8%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Retracement - 61.8% ( Jangkaan Masa - 2 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
CENSOF : Adakah sudah berakhir?Kajian teknikal analisis
1. Kaunter ini telah mengalami penurunan yang mendadak.
2. QR yang keluar pada 13.8 menunjukkan kaunter ini telah untung sebanyak 86% bagi quater report
3. Indikator lain nampak masih melemah lagi
4. Boleh gunakan line fibo sebagai SnR.
Ini adalah kajian semata-mata. Tiada saranan untuk membeli dan menjual. TAYOR
CENSOF sedang berada pada fasa sidewayCENSOF dilihat sedang membuat sideway dan diijangka mencari rintangan pada 0.52 sebelum melantun semula kebawah. Jika ia berjaya memecah rintangan kedua pada 0.545 dan seterusnya rintangan ketiga pada 0.565 ia akan membuat 52 Minggu Tertinggi dan membuat breakout. Jika ia tidak berjaya ia akan terus membuat sideway atau membuat sedikit penurunan dan meniti pada paras garis trend sokongan (garis biru). Semoga bermanfaat.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
CENSOF: Kaunter Berpotensi Siri 2Alhamdulillah, kenaikan yang positif bagi kaunter ini. Tahniah kita ucapkan kepada semua yang hold hingga kini.
seperti dalam kajian lepas ada kita nyatakan seperti dibawah:
"Secara teknikalnya, garisan persilangan "trendline" menunjukkan resistance yang agak kuat untuk ditembusi. Namun halangan sebenar adalah untuk menembusi paras resistance fibo 0.382 pada paras harga 0.47. Sekiranya 0.47 berjaya ditembusi maka pergerakan secara positif akan cuba membentuk 52WH yang baru."
Kini paras 0.470 telah berjaya ditembusi, harga memcut naik sehingga mencapai 0.515. namun kemanakah halatuju harga selepas ini. Admin positif pergerakan harga kini akan cuba untuk membentuk 52WH yang baru jika berjaya menembusi 0.525 pada dagangan seterusnya.
SnR baru adalah seperti dibawah:
Support: 0.500
R1: 0.520
R2: 0.540
R3: 0.570
Censof Siri Ke 5 Pengkaji telah mengkaji kaunter censof ini dari permulaan kenaikan
JIka berjaya break 510 pasti akan mencuba lagi untuk blancing wick CS sehingga 545.
Support adalah pada line EMA 5 ( 495 )
Indikator lain menunjukkan kesan yang masih positif
Ini adalah kajian semata-mata. Tiada saranan untuk membeli & menjual.
Berdagang atas tanggungjawab sendiri
TAYOR
CENSOF (Masih di atas Landasan Kenaikan)Sektor :
- Technology, Electronic, Software.
Idea analisis :
~ Teknikal ~
- CENSOF masih di atas trend line.
- Sebelum ini, muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
- Kemudian, CENSOF membentuk bullish symmetrical triangle.
- CENSOF breakout dan gap up kemudian membuat pullback sehingga ke atas trend line.
- Muncul candlestick morning star menandakan harga sedang membuat rebound di atas trend line.
- CENSOF meneruskan kenaikan dan muncul signal kedua daripada stochastic RSI iaitu 'hidden bearish divergence.
- Signal ini menandakan bahawa momentum pembelian semakin menguat tetapi tidak mampu menaikkan harga kerana ketika ini minat penjualan lebih kuat.
- Harga jatuh sedikit sebelum meneruskan kenaikan sekali lagi.
- CENSOF berpotensi menuju ke paras resistance RM 0.565 dengan berlantaikan trend line support yang agak kukuh.
~ Fundamental ~
- Keuntungan dan perolehan CENSOF meningkat YoY masing² sebanyak 137.87% dan 14.21%.
- CENSOF baru pertama kali memberikan dividen kepada shareholders pada tahun ini, 2021.
Nota kaki :
* Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi stochastic RSI menaik (higher high).
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
CENSOF: Kaunter Berpotensi Siri 1Pertambahan volum dalam belian menarik perhatian admin untuk mengakji kaunter ini. Arah pergerakan yang menyokong secara positif terhadap kenaikan harga juga menarik untuk diperhatikan.
Secara teknikalnya, garisan persilangan "trendline" menunjukkan resistance yang agak kuat untuk ditembusi. Namun halangan sebenar adalah untuk menembusi paras resistance fibo 0.382 pada paras harga 0.47. Sekiranya 0.47 berjaya ditembusi maka pergerakan secara positif akan cuba membentuk 52WH yang baru.
SnR saya senaraikan seperti di bawah:
Support: 0.430
R1: 0.440
R2: 0.460
R3: 0.470
Censof siri ke 3 ( 10.6 )Tambahan untuk kajian Censof pada siri 1 dan 2
1) Pada hari ini Censof telah rebound pada harga 0.415
2) Kaunter ini juga menunjukkan perubahan uptrend dengan penjarakan sosial setiap line EMA
3) CS masih berada di atas line EMA5.
4) Vol masih lagi kurang untuk menembusi siling harga 0.460.
5) RSI masih menunjukkan momentum di atas 50
6) MACD berada di atas garisan.
7) boleh gunakan SnR di bawah sebagai panduan :
S1 : 0.435
S2: 0.425
S3: 0.415
R1 : 0.460
R2 : 0.475 ( UBB )
R3 : 0.490
Ini adalah kajian semata-mata untuk pembelajaran. TIada saranan untuk membeli dan menjual.TAYOR
Censof Dilihat Turun Sebelum Meneruskan Gelombang MenaikCENSOF
Sektor: Teknologi
TF 1 Jam (pada jam semasa 10.07 pagi 9 Jun 2021)
1. Macd bersilang ke bawah petanda awal penurunan akan berlaku, kesan jualan yang tinggi apabila harga mencecah 45 sen
2. RSI telah mencapai 83% penanda belian yang tinggi (overbought) jika menghampiri 100% akan turun semula ke zon 'oversold'( 40-30% ke bawah)
3. Storch RSI sudah mencapai tahap overbought 100% dan line biru telah bersilang ke bawah menandakan penurunan bakal berlaku
4. Kini bertahan di sokongan gann chart 43 sen sokongan gann seterusnya adalah pada harga 40 sen
5. Harga mungkin bergerak menuju ke medium donchian channel 42 sen atau sokongan EMA 20 iaitu pada harga 41.5 sen.
Walau bagaimanapun kejatuhan harga ini adalah sihat kerana sedang melakukan pembetulan sebelum meneruskan kenaikan.
Secara umumnya kaunter Censof ini berada di fasa gelombang kenaikan dan dipercayai jika benar kajian saya dia akan terus menaik membuat gelombang minor 3 menuju harga sekitar 56 sen.
Seperti sedia maklum harga bergerak secara zig zag akan berlaku kenaikan dan penurunan yang sihat sebelum mencecah harga sasaran.
Harga sokongan terdekat : 42 sen
Harga rintangan : 46 sen
Diigatkan ini hanyalah sekadar kajian saya sahaja belum tentu benar. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan tuan/puan.#TAYOR
Censof ( Update harga )
Censof telah mencapai R1 yang pertama. Jika di lihat pada weekly masih ada ruang untuk sampai ke UBB.
Censof juga dikatakan mirror kepada Dnex.
Dari segi indikator semua masih positif untuk terus mencapai harga yang tinggi.
Dengan info2 berita yang hangat, akan membolehkan kaunter ini untuk terus mendaki.
Jika tidak dapat break 0.450, di jangka kaunter ini akan turun ke harga suppport 0.430.
Boleh gunakan gann chart untuk SnR.
Ini adalah kajian semata-mata untuk tujuan pembelajaran.Tiada saranan untuk membeli dan menjual.TAYOR!!!!
CENSOF (Berjaya Memecahkan Segitiga)Sektor:
- Technology, Electronic, Software.
Idea analisis:
- Sudut Fundamental sudah dibincangkan dalam posting sebelum ini.
- Dari sudut Teknikal, CENSOF telah berjaya 'break symmetrical triangle atau BDTL' dan 'rebound di atas trend line dan MA 50' dengan harga gap up.
- Stochastic RSI juga memberikan petunjuk bahawa harga akan reversal atau rebound di atas suppport baru yang terkuat.
Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
CENSOF (Berjayakah Memecahkan Segitiga?)Sektor:
- Technology, Electronic, Software.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, CENSOF pernah mengalami kerugian terbesar dicatatkan dalam QR pada 25 Jun 2020 sebanyak RM 72,282. Walaubagaimanapun, quarter seterusnya menunjukkan keuntungan tetapi bergerak dalam keadaan downtrend. Keuntungan YoY merosot sebanyak -28,853.73%. Walaubagaimanapun, hasil (revenue) CENSOF menunjukkan peningkatan QoQ dan YoY tetapi masih tidak mampu mengatasi hasil (revenue) pada 25 Julai 2020.
- Dari sudut Teknikal, CENSOF berada di atas MA 50 menunjukkan CENSOF berada dalam keadaan uptrend untuk midterm.
- CENSOF pernah pullback dan turun di bawah MA 50 lalu bermain² di bawah MA 50 sebelum membuat rebound.
- Kemudian CENSOF membuat symmetrical triangle di atas MA 50. Berkemungkinan ini adalah 'bullish' symmetrical triangle.
- Di dalam pembentukan ini, muncul dua signal menunjukkan akan berlakunya reversal sebelum harga mula breakout bullish symmetrical triangle ini:
1) Candle bullish harami.
2) Stochastic RSI cross up di paras over sold.
- Jika harga tidak mampu breakout, harga akan breakdown dan akan turun sehingga ke classical support iaitu RM 0.290.
Nota kaki:
* QR = Quarter Report.
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Pullback = Kejatuhan sementara sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga mula melantun ke atas.
* Reversal = Perubahan arah atau trend.
* Candle bullish harami = 'Body' candle hijau ditelan oleh 'body' candle merah sebelumnya.
* Untuk info tambahan tentang pattern triangle, boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
CENSOF : Menguji EMA34 sebagai Aras Sokongan Terdekat1. Kaunter ini telah mencapai penurunan sehingga menguji EMA34 dan dalam ruang Fibo Golden Ratio.
2. Adakah akan melakukan lantunan? jika YA, belian terbaik adalah dalam ruang kuning.
3. Jika tidak, ia akan menguji EMA90 sebagai aras sokongan dinamik terakhir.
4. Jika turun lagi selepas EMA90, maka berakhirlah trend untuk kenaikan dan menguji aras EMA200..huhu..
#sekadarpandangansahaja
#TAYOR
Nota Kaki:
Garisan Merah (EMA21), Garisan Biru (EMA34), Garisan Hijau (EMA90) - Juga Mewakili Fibonacci dalam kaunter uptrend.
CENSOF (5195) : MENGUJI EMA90 DAN ARAS SOKONGANSektor: Technology, Penny Stocks, Electronic, Software
1. Dalam fasa retracement dan akan menguji EMA90
2. Jangkaan akan menguji aras Fibo Golden Ratio di antara 0.210 dan 0.190 sebelum terus naik.
3. Cadangan belian apabila wujud petanda reversal candle dengan volume atau belian pada harga berhampiran aras sokongan.
#sekadarpandanganperibadi
#TAYOR
CENSOF (5195) : Menguji paras lantai1. Secara mingguan dan harian, masih dalam trend menaik.
2. Stochastic menghampiri oversold.
3. Wujud candle shooting star pada 27 Nov 2020.
4. Pengesahan bearish trend apabila wujud candle merah pada 30 Nov 2020.
5. Jangkaan melakukan pengujian paras lantai pada 0.190.
6. EMA 7 sebagai paras lantai pantulan.