naimmp98

CENSOF (Masih di atas Landasan Kenaikan)

MYX:CENSOF   CENSOF HOLDINGS BERHAD
Sektor:
- Technology, Electronic, Software.

Idea analisis:
~Teknikal~
- CENSOF masih di atas trend line .
- Sebelum ini, muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
- Kemudian, CENSOF membentuk bullish symmetrical triangle.
- CENSOF breakout dan gap up kemudian membuat pullback sehingga ke atas trend line .
- Muncul candlestick morning star menandakan harga sedang membuat rebound di atas trend line .
- CENSOF meneruskan kenaikan dan muncul signal kedua daripada stochastic RSI iaitu 'hidden bearish divergence.
- Signal ini menandakan bahawa momentum pembelian semakin menguat tetapi tidak mampu menaikkan harga kerana ketika ini minat penjualan lebih kuat.
- Harga jatuh sedikit sebelum meneruskan kenaikan sekali lagi.
- CENSOF berpotensi menuju ke paras resistance RM 0.565 dengan berlantaikan trend line support yang agak kukuh.

~Fundamental~
- Keuntungan dan perolehan CENSOF meningkat YoY masing² sebanyak 137.87% dan 14.21%.
- CENSOF baru pertama kali memberikan dividen kepada shareholders pada tahun ini, 2021.

Nota kaki:
* Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi stochastic RSI menaik (higher high).
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance ( SnR ), boleh klik pautan di bawah:

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli .

Komen