Corak Carta
Kepentingan garis Moving Average 200Secara umumnya, dengan melihat kedudukan harga semasa dengan garis MA 200, kita boleh sesuaikan teknik berdagang kita samada untuk berdagang secara breakout, pullback, jangka pendek atau jangka panjang..
Harga di atas MA 200 - carta dikategorikan sebagai bullish.
Harga di bawah MA 200 - carta dikategorikan sebagai bearish.
Struktur asas carta seperti HIGH, LOW, HIGHER HIGH, HIGHER LOW, LOWER HIGH dan LOWER LOW juga perlu diberikan perhatian bagi menentukan samada carta itu dalam trend menaik, menurun atau melintang.
Setiap trend pasti ada peluang untuk berdagang.
Melihat corak lilin (candlestick pattern) pada penapisPada yang mengguna pakai alat penapis (screener) di tradingview, ada satu kolum tambahan yang kita boleh letak untuk melihat corak lilin (candlestick pattern).
Ruangan kolum juga ada icon bagi menggambarkan corak yang sedang berlaku. Sangat membantu kita untuk membuat pemilihan carta dan melakukan analisis lanjut.
Berkongsi melihat cara kenaikan kaunter di bawah 20 senAda beberapa contoh yang mempunyai pattern seakan sama..menunjukkan ada minat belian masuk dan harga mula ditolak ke atas..pattern mungkin tidak 100% sama..
Mungkin, di masa akan datang, sekiranya kita berjumpa lagi pattern begini dan kena pada musimnya, kita akan lebih bersedia untuk ambil peluang dan kesempatan yang market bagi.
Bulatan Atas (Rounding Top)Salah satu pattern cart yang ada di dalam mana2 instrumen kewangan yang didagangkan..bulatan atas menunjukkan kekuatan pembeli yang semakin lemah..ianya berlawanan dengan bulatan bawah (rounding bottom).
Sentiasa perhatikan garis leher (neckline)..kerana disitu akan menunjukkan arah seterusnya pergerakan harga.
Kadangkala, bulatan atas juga boleh bertukar menjadi "double bottom"