MIECO (Memecahkan Bumbung dengan Momentum)Sektor:
Industrial Products & Services, Wooden Products, Exports
Idea analisis:
- Kaunter dalam keadaan HH HL. (Penerangan ada di dalam kajian saya pada kaunter MENANG)
- Breakout jangka masa pendek.
- STOCH RSI dalam keadaan menaik.
- Volume melebihi VOL MA.
- EMA 7 berada di atas EMA 21 sejak awal Jun.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran kawasan RBS 0.695 atau;
- Entry ketika STOCH RSI menaik.
- CL jika harga tutup dibawah RBS 0.695 atau;
- STOCH RSI mula menunduk atau;
- Tunggu STOCH RSI menunduk berhampiran kawasan tengah (50%) atau;
- CL jika EMA 7 cross down EMA 21.
Crossup
IRIS (Menunggu Peluang untuk Sejarah Berulang Kembali)Sektor:
Industrial Products, Electronic, Software, Integrated Immigration System.
Idea analisis:
- Breakout setelah sebulan tidak berjaya memecahkan resistance.
- Dua hari berturut² volume spike (melebihi vol MA).
- Sebelum ini, sejarah menunjukkan harga akan naik setelah volume melebihi vol MA dan MACD cross up di atas paras 0.
- Adakah sejarah akan berulang kembali?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran paras RBS (resistance become support) pada 0.340.
- CL jika harga jatuh di bawah RBS atau;
- MACD cross down.
MENANG (Kalah atau Menang untuk Melawan Arus?)Sektor:
Property
Idea analisis:
- Merupakan kaunter higher high higher low (HH HL) yang cantik.
- Apakah HH HL? Bahasa mudah adalah harga pada paras tinggi terkini lebih tinggi daripada paras tinggi sebelum. Harga pada paras rendah terkini lebih tinggi daripada paras rendah sebelum. Kaunter yang sentiasa mencipta 'new high'. Boleh lihat pada line yang berwarna oren pada carta (penurunan yang berlaku tidak teruk sehingga jatuh ke bawah line oren sebelumnya).
- MACD berada di atas paras 0 dan hampir melakukan cross up.
- Walaubagaimanapun, uptrend line bertukar menjadi semakin landai.
- MACD juga memberi petunjuk bahawa harga akan jatuh kerana berlaku bearish divergence (MACD menurun, harga meningkat).
- Harga cuba berkali² untuk memecahkan resistance tetapi belum berjaya.
- Adakah kekuatan uptrend MENANG ini dapat melawan bearish divergence?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line dan 'ride the trend' atau;
- Breakout entry diatas 0.625.
- CL apabila harga menjejak ke bawah paras trend line kerana mungkin akan jatuh dengan lajunya atau;
- CL jika turun di bawah paras support 0.565.
UZMA (Baru Bangun daripada Tidur atau Hanya Mengigau?)Sektor:
- Energy
- Oil & Gas
- Trading Service
Idea analisis:
- Breakout dua down trend line dengan volume (long down trend line yang bermula Julai 2014 dan short down trend line yang bermula Ogos 2020).
- MACD cross up sehari sebelum breakout short down trend line.
- EMA 7 cross up EMA 21 sehari selepas breakout short down trend line.
- MACD mendaki ke atas paras 0.
- Baru melepasi MA50 setelah break short down trend line.
- Ekor candle terakhir telah melepasi MA 200 walaubagaimanapun badan candle masih belum melepasinya.
- Breakout long down trend line dengan volume melebihi vol MA, complete double cross up (EMA & MACD), MACD di atas paras 0, telah melepasi MA 50 dan cuba melepasi MA 200.
- Adakah uptrend ini akan bertahan dan UZMA akan meneruskan kenaikan???
Idea trading plan:
- Entry selepas retracement dan 'ride the trend line'.
- Cutloss jika harga jatuh di bawah uptrend line yang terbaru.
TRIMODE (Menunggu Peluang Ke-6)Pengenalan ringkas:
TRIMODE melaksanakan penyediaan perkhidmatan pengangkutan laut, perkhidmatan pengangkutan kontena, perkhidmatan pengangkutan udara, perkhidmatan penghantaran barang, perkhidmatan pergudangan dan perkhidmatan insurans laut terutama di pintu masuk pengangkutan utama di Semenanjung Malaysia, iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pada tahun 2019, TRIMODE juga terlibat dalam perniagaan logistik di Vietnam yang telah mula beroperasi pada bulan Mac 2019 yang terdiri daripada syarikat tempatan dan multinasional, pengimport dan pengeksport dari pelbagai industri yang merangkumi tekstil, bahan penebat, produk kertas, sarung tangan, bahan bangunan, produk plastik, bahagian automotif, bahan pembungkusan, produk getah, perabot, peralatan rumah dan elektronik, produk kimia dan minyak yang boleh dimakan. Sektor: Transportation & Logistics
Idea analisis:
- Berada atas dua uptrend line (hitam dan biru).
- Trend line hitam (trend panjang) bermula pada bulan Mac.
- Trend line biru (trend pendek) baru muncul pada awal bulan Oktober.
- Telah melepasi Double Golden Cross (EMA 7 cross up EMA 21 + MACD) sejak 29 Mei.
- MACD retrace sebanyak 5 kali.
- Adakah peluang untuk MACD retrace sekali lagi? Kami menunggu untuk entry di Golden Cross ke-6.
Idea trading plan:
- Tunggu golden cross di MACD untuk entry atau:
- Pullback entry 0.475 - 0.490 (Smart Robie).
- Cutloss jika pecah support 0.475.