CYPARK
CYPARK: Cubaan Memecahkan Halangan Dinamik MA 200CYPARK merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam Solar, Perdagangan & Perkhidmatan, Utiliti Air, Teknologi Hijau, Perkhidmatan Industri, Produk & Perkhidmatan Industri, Belanjawan 2021 dan Solar EPCC.
Mempunyai fundamental yang baik dan telah konsisten memperolehi keuntungan dalam setiap tahun namun berkurangan sedikit pada tahun 2020.
Antara jerung atau insitusi besar yang menjadi pemegang saham CYPARK antaranya:
1. Employees Provident Fund: 34.41 Juta
2. Amanah Saham Bumiputera: 31.87Juta
3. Lembaga Tabung Haji: 20.55 juta
Daripada sudut teknikal pula. Beberapa aspek yang boleh dilihat:
1. Harga masih di bawah Moving Average 200 (MA 200). Untuk melihat samada CYPARK akan meneruskan pergerakan uptrend maka perlunya untuk memecahkan halangan dinamik MA200 terlebih dahulu.
CYPARK telah melakukan lantunan apabila harga mencapai paras Resistance Become Support (RBS).
2. Oscillator menunjukkan pembelian CYPARK masih di bawah paras 50 menanadakan bahawa minat pembelian masih kurang.
3. MACD telah melakukan golden cross di paras negatif menandakan akan memulakan pergerakan baharu.
Sedikit idea ringkas daripada saya. Apa pula pendapat anda?
Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya.
Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk ke dalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .
#TAYOR #BAYOR
CYPARK (Bentuk Combo)Sektor:
- Green Tech, Industrial Products & Services, Solar, Water Utilities, Trading & Services.
Idea analisis:
- Cypark telah break 'combo pattern' iaitu ascending triangle dan inverted head and shoulder.
Idea trading plan:
- Entry berhampiran RBS @ support 1 @ support 2.
- CL jika harga 'tutup' di bawah RBS @ neckline atau;
- CL jika harga 'tutup' di bawah support 1 @ support 2.
- TP menggunakan strategi inverted head & shoulder pada 1.810.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* RBS = Resistance Become Support
#TAYOR #BAYOR
CYPARK (5184) : Petanda nak naik?1. Kaunter dengan FA yang bagus.
2. Jika candle hijau (momentum belian kuat) akan kembali ke trend menaik.
3. Pantau pada 23 Dis 2020 untuk pengesahan pembalikan trend.
Info Kaunter:-
Market Cap: 577 M.
Number of Shares: 458 M.
Float: 50.25%.
Sectors: Trading & Services, Water Utilities, Green Tech, Industrial Services, Industrial Products & Services, Solar, Budget 2021, Joe Biden
Kenyataan : Tiada 'buy call' diberikan. Kajian bertujuan untuk pembelajaran berdasarkan pandangan peribadi.
Kajian berdasarkan indikator yang bersifat laggard memerlukan backtest serta kesan daripada sentimen semasa.
Jika kajian ini memberikan manfaat, dipersilakan untuk IKUT,tanda SUKA, KONGSI dan SEBARkan kepada orang lain.
MONDAY5www.theedgemarkets.com (link berita THE EDGE)
FA : GOOD company untuk invest, memandangkan setiap quarter buat profit walaupun
baru-baru ini quarter report YoY kejatuhan 4% berbanding tahun lepas, itu dapat difahami
kerana ekonomi dunia yang berhadapan dengan covid19. Selain itu, EPS, PE ratio menunjukkan
signal company ini mempunyak prospek yang bagus.
TA : WAIT FOR SIGNAL, belum ada signal BUY memandangkan kaunter berada dalam fasa
sideways namun begitu, untuk fasa sekarang kaunter dalam keadaan UPTREND sekiranya
BO 1.050 kita masih boleh dapat lebih 50 % sehingga price 52WH. Price yang ditawarkan
untuk sebuah kaunter yang mempunyai catalyst besar adalah mampu untuk dimiliki.
CATALYST : INKS DEAL TNB SOLAR PROJECT (26/6/20), suka saya berkongsi kaunter yang ada booster
sebegini bahkan CYPARK dapat customer yang establish seperti TNB ini memungkinkan
company untuk menjana keuntungan.
REVIEW : SEkiranya berminat boleh tunggu signal BUY boleh layan Trend juga boleh simpan
untuk invest.