Dnex
DNEXMYX:DNEX
Gap Dibawah harga semasa
0.09-0.095, 0.10-0.105, 0.155-0.16, 0.175-0.18, 0.225-0.23, 0.26-0.265, 0.28-0.29, 0.43-0.455, 0.54-0.55, 0.635-0.65.
Gap Di atas harga semasa
0.805-0.81, 0.82-0.84, 0.96-0.975,
Stochastic berada di kawasan oversold dan telah berlaku golden cross.
Nampak gayanya Kaunter MYX:DNEX mungkin dalam fasa melantun ke atas.
Ini adalah kajian semata-mata dan bukan BuyCall.
DNEX Melantun untuk Membuat Gelombang Ke Lima1. DNEX pada corak gelombang dilihat sedang membuat gelombang baru kelima.
2. Pada corak lilin, jambul atas yang terbentuk menandakan kemungkinan ada jualan oleh pedagang yang akan membuatkan kaunter akan alami sedikit pullback sebelum meneruskan kenaikan.
3. Mengikut indi OSEM, garis menegak ungu dan hijau telah terbentuk pada 3 & 4 Jan 2022 menandakan kemungkinan isyarat bullrun untuk kaunter.
4. Petunjuk SMI dilihat cuba melepasi kawasan overbought, jika belian mula lemah, kemungkinan akan ada sedikit pullback sepertidinyatakan pada no 2.
Kawasan masuk: 0.810 -0.825
Ambil untung: 0.89 (pendek), 1.285 (panjang)
Potong Rugi: 0.795
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
DNEX Nampak Jelas Bullish Pennat?DNEX pada corak carta nampak menarik bakal membuat bullish pennant. Apa punkene pastikan ia berjaya memecah garis trend kebawah sebagai pengesahan. Petunjuk SMI nampak menarik. Boleh perhatikan.
Kawasan masuk: 0.78 - 0.79
Ambil untung: 0.92
Potong Rugi: 0.75
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
DNEX Pengiraan Semula EW Gelombang TigaAnalisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW Gelombang TIGA
IDEA TERDAHULU :
#MOMENTUMBREAKOUT
kini berada di permulaan gelombang impulse subKecil 1 di gelombang kecil 5 dan di jangka akan memecahkan harga tertinggi 52 minggu serta seterusnya menuju ke atas dengan momentum volume yang kuat serta akan mendaki ke arah Gelombang Besar 3 di tahap Fibo Extension 1061.8% .sebagai sasaran harga tertingginya 52 minggu lagi
Nota : Sila Peratikan Volume Momentum
Unjuran Kewangan amat memberangsangkan pada suku tahun yang terbaru
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
DNEX Dalam Fasa Akhir Sebelum Pergi Jauh?DNEX melalui fasa penurunan sejak Mac dan sudah dua kali rebound pada harga 0.66 dan ini boleh dijadikan support akhir.
Volatiliti juga dilihat semakin berkurang dan kini sedang melalui fasa accumulation dengan menjadikan 0.735 sebagai support terdekat yang kuat.
Sekiranya berjaya BDTL dan juga horizontal resistant 0.87, berkemungkinan besar akan mencari harga 0.995.
S1: 0.735
S2: 0.66
R1: 0.87
R2: 0.995
*Sekadar perkongsian pendapat.
*Bukan buy call.
*Trade at your own risk #TAYOR
DNEX di Jangka akan memecahkan Harga 52 minggu Awal November Analisa Teknikal Gelombang :- (Penggiraan Semula Gelombang Elliot)
Kini sedang bergerak sedikit menurun/ mendatar di Gelombang pembetulan kecil Dua sebelum ianya akan membuat pergerakkan menaik kembali utk memecahkan harga tertinggi 52 minggu yang terdahulu serta akan meneruskan Gelombang Besar Kelima di tahap fibonacci 100%- 127.2% - corak paten yang kerap berlaku adalah Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
Tahap Prestasi Laporan Kewangan yang terbaru Amat memberangsangkan untuk pertumbuhan syarikat ini
Nota:-
Rintangan Kuat di Fibo Level 78.2% & 100%
Tahap Fibo Ext - 100%-127% ( Jangkaan Masa - 8-12 minggu - )
Peratikan Isyarat kemasukan momentum Volume besar
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
DNEX Pecah Pengumpulan SegitigaDNEX telahpun memecahkan pattern symmetrical triangle dan sedang berehat di atas segitiga. Aras sokongan boleh rujuk kepada aras EMA50 di 0.760 manakala aras rintangan adalah di aras 0.865 , 0.935 dan 1.05. Untuk meneruskan kekuatan kenaikkan, candle Dnex perlu berada di luar segitiga, jika kembali masuk ke dalam segitiga, maka akan kembali lemah. Indicator RSI juga menunjukkan kekuatan bullish. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
DNEX Jika tak Patah Garis TAD Boleh RideDNEX dilihat masih berada pada arah uptrend. Pullback yang dibuat pada jumaat lepas masih sihat dan ia berhenti pada garis TAD. Boleh jadikan garis TAD sebagai sokongan. Petunjuk SMI juga masih menarik
Kawasan masuk: 0.805 - 0.825
Ambil untung: 0.895
Potong Rugi: 0.795
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
DNEX Pelan Dagangan Corak Pepenjuru Akhir Gelombang 5Sektor : Teknologi
Analisa Teknikal Gelombang Elliot
kini berada di Gelombang besar lima & telah memulakan pergerakkan menaik ke atas serta akan membuat corak Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal ) untuk meneruskan Gelombang Kecil besar 5
bagi sasaran Gelombang 5 akan kerap berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 61.8% & 100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127.2% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Risiko Pemotong Gelombang kerap berlaku di Fibo 38.2% - 50%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
DNEX Ingin Membuat Corak W?DNEX adalah kaunter kesukaan ramai. Dengan petunjuk trend penurunan dan kenaikan yang menarik. Kaunter agak mudah untuk dijangka untuk yang swing. Menurut teori Elliot ia berada pada gelombang ketiga yang menunjukkan perjalanan yang masih jauh untuk berada pada trend kenaikan. Dari segi corak ia dilihat akan membuat bentuk W dan jika ia benar terjadi ia mampu memberi pulangan sekitar 50% dalam masa lebih kurang sebulan dari hari ini. Apapun perlu perhatikan paras sokongan pada 0.66.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
Dnex Membentuk Corak Carta Symmetrical TriangleKaunter: Dnex
Sektor: Teknologi
Dnex dilihat mampu meneruskan kenaikan minggu ini. Untuk swing trader Dnex dilihat membentuk corak carta symmetrical triangle, yakni mampu mencapai harga RM1. Sesuai untuk swing midterm trader.
Paparan masa 1 hari:
1. MACD golden cross (line biru atas merah). Momentum yang bagus untuk meneruskan kenaikan.
2. RSI positif di atas 50
3. Stochrsi masih positif namun sudah masuk ke fasa overbought
4. Susunan fast ema terbentuk susunan traffic light (signal masuk)
5. Kolam smi accumuation sudah siap dijangka akan membuat kenaikan yang tinggi (swing)
Target shortterm swing: 86 sen
Target midterm swing : RM1.30
Rintangan:0.77/0.81
Sokongan: 0.73/0.69
Mplus trading plan:
S; 66 sen
R; 81-85.5 sen
LT TP; 93.5 sen
Tayor
Ini hanyalah sekadar kajian semata-mata. Bukan buycall.#Tayor
DNEX Boleh perhati rapat Rebound yang cantik dilakukan oleh DNEX apabila harganya berjaya bangkit selepas kembali ke parasa support pada 8 Julai yang lalu. Kini kita dapat lihat DNEX ada rentak yang menarik untuk kembali mencari paras harga tinggi baharu.
Resistance : 0.750
Support : 0.710
Semasa : 0.750
Target : 0.770 - 0.790
Penafian ;
Ini hanyalah sekadar perkongsian idea secara peribadi sahaja dan bukan untuk dijadikan sebarang bentuk sahutan belian atau jualan ye. Ingat para pedagang sekalian.
Lakukan Kajian anda dengan bijak.
Melabur dengan hebat & bijak.
Dnex : adakah ikhlas kali ini?1. CS telah close atas ema50
2. Vol telah overtake vol sebelum
3. LIne ema 5 telah silang line yang lebih besar
4. Indikator lain menunjukkan mempunyai momentum
5. Boleh gunakan gann chart sebagai SnR
Ini adalah kajian semata-mata. Tiada saranan untuk membeli dan menjual.TAYOR
#DNEX kebarangkalian masih dalam Gelombang Pembetulan ABCterdapat besar kemungkinan bahawa Dnex masih dalam Gelombang Pembetulan ABC setelah menganalisa struktur pasaran harga dan terdapat beberapa tanda akan menurun sehingga
tahap Fibo 200% iaitu Gelombang 'C'
CORAK ZIGZAG ( Gelombang Pembetulan )
Garis Panduan
• Zigzag adalah struktur 3 gelombang pembetulan yang dilabelkan sebagai ABC
• Pembahagian gelombang A dan C adalah 5 gelombang, sama ada impuls atau pepenjuru
• Gelombang B boleh menjadi struktur pembetulan
• Zigzag adalah struktur 5-3-5
Hubungan Nisbah Fibonacci
• Gelombang B = 50%, 61.8%, 76.4% atau 85.4% gelombang A
• Gelombang C = 61.8%, 100%, atau 123.6% gelombang A
• Sekiranya gelombang C = 161.8% gelombang A, gelombang C boleh menjadi gelombang 3 dari gelombang 5
Oleh itu, salah satu cara untuk melabel antara ABC dan
dorongan adalah sama ada ayunan ketiga mempunyai lanjutan atau tidak
Nota:-
Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
DNEX (Waktu Rehat Berakhir?)Sektor :
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Integrated Immigration System, Semiconductors.
Idea analisis :
~ Teknikal ~
- DNEX sebelum ini membuat BB squeeze kemudiannya breakout dan membuat kenaikan parabolic dengan menjadikan mid bb sebagai dinamic support.
-Kemudian muncul signal 'weak bearish divergence' menolak harga jatuh kebawah sehingga harga jatuh di atas lower bb.
- Kemudian muncul signal 'strong bullish divergence' menaikkan semula harga ke atas.
- Harga mula rebound dan breakout mid bb dengan volume yang signifikan. MACD juga cross up sehingga naik ke atas paras 0
- Jika harga mampu bertahan di atas mid bb, DNEX berpotensi menuju ke paras harga RM 1.030.
- Signal divergence juga boleh diperhatikan kerana dua signal divergence sebelum ini memberi impak yang besar kepada pergerakan harga.
~ Fundamental ~
- iSaham mengkategorikan syarikat DNEX sebagai 'negative earnings'. Anda tidak disarankan untuk membeli saham ini jika anda belum mahir cutloss.
- Keuntungan DNEX menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -65.43% dan -111.25%.
- Perolehan DNEX juga menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -29.17% dan -22.52%.
Nota kaki :
* Bollinger Squeeze = Bollinger bands yang merapat disebabkan harga mula bergerak sideways / mendatar.
* Lower BB = Lower Bollinger Band yang merupakan garisan bawah bagi bollinger bands.
* Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands.
* Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP).
* Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI mendatar.
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi stochastic RSI menaik (higher low).
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'dinamic support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
DNex Berada dalam Fasa Mengumpul Setelah BreakoutSectors: Technology, IT Solutions/ IT Product, Small & Mid Cap, Digital Services, Integrated Immigration System, Semiconductors
Technical Analysis
1. Saham DNex telah melakukan Breakout Pattern dengan volume. Namun masih ding dong kerana sentimen semasa yang tidak menentu sekarang.
2. MACD sudah membuat golden cross di kawasan negatif menandakan berkemungkinan akan mulakan pergerakan uptrend.
3. Volume besar masih banyak di dalam. Petanda apakah ini?
4. Harga DNex Sudah jatuh hampir 40% daripada 52WH setelah melakukan kenaikan yang luar biasa apabila berita pembelian saham DNex daripada Khazanah.
Saham DNex kini dilihat akan berada dalam fasa accumulation buat sementara waktu. Sekiranya dapat mengekalkan pergerakan harga dalam box accumulation , berkemungkinan akan membuat breakout sekiranya sentimen semasa memulih.
Apa perkara yang perlu diberi perhatian jika senarai watchlist anda terdapat saham DNEX?
Fundamental Analysis
1. Antara insitusi yang memegang saham DNex adalah EPF sebanyak RM27.64 juta nilai pegangan saham.
2. Kebanyakan keuntungan pada Q1, 2021 ini diperoleh daripada segman IT (RM9.612 juta) Energy (RM3.459 juta) dan Corporate (RM1.840 juta).
3. Prospek 2021:
i. DNex merancang meneroka peluang yang akan menambah baik value dalam segmen IT (Teknologi Maklumat) dan Energy dengan melaksanakan inisiatif baru dalam rangka mengembangkan garis pendapatan yang lebih mampan.
ii. DNex merancang untuk memposisikan syarikat dalam MyDIGITAL (Malaysia Digital Economy Blueprint) dan akan membina keupayaan teras untuk menyokong program MyDIGITAL.
iii. Kenaikan harga minyak dan disokong dengan optimisme pasaran bahawa vaksin Covid-19 akan membuka kembali ekonomi global.
Ketiga-tiga faktor ini dinyatakan dalam Q1,2021 bahawa akan memberikan hasil yang positif untuk tahun ini. Quarter Report untuk bulan Mei masih belum keluar. Kita tunggu pula adakah QR menunjukkan prestasi DNex ini lebih baik atau tidak.
Sekadar kajian di hujung minggu untuk tujuan pembelajaran bersama.
Apa-apa pun keadaan pasaran saham masih volatile. Kadar kenaikan dan penurunan tidak berlaku.
Ingat frasa ini "when in doubt, stay out".
Jangan terlalu agresif pegang cash dan tunggu masa serta signal yang lebih jelas untuk kembali berdagang.
#TAYOR #BAYOR
DNEX (Terus atau Putus?)Sektor:
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Integrated Immigration System, Semiconductors.
Idea analisis:
- Sudut Fundamental DNEX telah dikupas di dalam idea sebelum ini.
- Dari sudut Teknikal, DNEX sekarang dilihat berada di atas fibo 0.382 dengan stochastic RSI menunjukkan saham berada dalam keadaan oversold.
- Boleh diperhatikan jika stochastic RSI mula cross di paras oversold, harga berkemungkinan akan rebound di atas support baru yang terkuat atau di atas MA 50.
- Jika harga mampu rebound di atas fibo 0.382 dan MA 50, harga berpotensi menuju ke RM 1.030.
- Jika harga tidak mampu bertahan di atas fibo 0.382 dan MA 50, berkemungkinan uptrend DNEX berakhir dan ingin membuat reversal. Support seterusnya adalah di RM 0.615.
Nota kaki:
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend atau sideways.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.