syedasyraf

DNex Berada dalam Fasa Mengumpul Setelah Breakout

MYX:DNEX   DAGANG NEXCHANGE BERHAD
Sectors: Technology, IT Solutions/ IT Product, Small & Mid Cap, Digital Services, Integrated Immigration System, Semiconductors

Technical Analysis

1. Saham DNex telah melakukan Breakout Pattern dengan volume. Namun masih ding dong kerana sentimen semasa yang tidak menentu sekarang.

2. MACD sudah membuat golden cross di kawasan negatif menandakan berkemungkinan akan mulakan pergerakan uptrend.

3. Volume besar masih banyak di dalam. Petanda apakah ini?

4. Harga DNex Sudah jatuh hampir 40% daripada 52WH setelah melakukan kenaikan yang luar biasa apabila berita pembelian saham DNex daripada Khazanah.

Saham DNex kini dilihat akan berada dalam fasa accumulation buat sementara waktu. Sekiranya dapat mengekalkan pergerakan harga dalam box accumulation, berkemungkinan akan membuat breakout sekiranya sentimen semasa memulih.

Apa perkara yang perlu diberi perhatian jika senarai watchlist anda terdapat saham DNEX?

Fundamental Analysis

1. Antara insitusi yang memegang saham DNex adalah EPF sebanyak RM27.64 juta nilai pegangan saham.

2. Kebanyakan keuntungan pada Q1, 2021 ini diperoleh daripada segman IT (RM9.612 juta) Energy (RM3.459 juta) dan Corporate (RM1.840 juta).

3. Prospek 2021:

i. DNex merancang meneroka peluang yang akan menambah baik value dalam segmen IT (Teknologi Maklumat) dan Energy dengan melaksanakan inisiatif baru dalam rangka mengembangkan garis pendapatan yang lebih mampan.

ii. DNex merancang untuk memposisikan syarikat dalam MyDIGITAL (Malaysia Digital Economy Blueprint) dan akan membina keupayaan teras untuk menyokong program MyDIGITAL.

iii. Kenaikan harga minyak dan disokong dengan optimisme pasaran bahawa vaksin Covid-19 akan membuka kembali ekonomi global.

Ketiga-tiga faktor ini dinyatakan dalam Q1,2021 bahawa akan memberikan hasil yang positif untuk tahun ini. Quarter Report untuk bulan Mei masih belum keluar. Kita tunggu pula adakah QR menunjukkan prestasi DNex ini lebih baik atau tidak.

Sekadar kajian di hujung minggu untuk tujuan pembelajaran bersama.

Apa-apa pun keadaan pasaran saham masih volatile. Kadar kenaikan dan penurunan tidak berlaku.

Ingat frasa ini "when in doubt, stay out".

Jangan terlalu agresif pegang cash dan tunggu masa serta signal yang lebih jelas untuk kembali berdagang.

#TAYOR #BAYOR
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.