PA RESOURCES BHD - Boleh di perhatikan.KAJIAN ANALISA.
PA RESOURCES BERHAD – Industri Produk - Besi.
TREND UTAMA ADALAH UPTREND.
TREND Semasa –Sedang mendaki.
Data Fundamental dari iSaham:
Asas (fundamental) syarikat - 3.7 ( Merah )
Technical - 3.9 ( Merah )
Total Score - 7.6 ( Hijau )
Indi Manipulasi :
"Hard to manipulate" - Sukar dimanipulasi.
Ringkasan yang berlaku : di TF 1D.
Setelah membuat kenaikan ke - 0.590 pada 05.05 .2021.
Harga membuat pembalikan kebawah semula.
Harga terrendah 0.340 pada 19.08 .2021.
Harga sedang bergerak secara zig zag untuk mendaki.
Trend yang sihat bagi sebuah syarikat yang beroperasi.
Kesimpulan dari pemerhatian - di TF 1D.
Area 0.340 adalah kawasan Resistant yang terdahulu. ( RBS )
Harga semasa - 0.370 pada 23.08.2021.
Indi " Swing" telah terbentuk di kawasan Support.
Terdapat lilin "Doji" dikawasan support pada 20.08.21.
Berlaku minat pembelian pada 23.08.2021 dengan lilin Hijau yang kukuh.
Kebarangkalian harga membuat pembalikan keatas adalah kuat.
Hanya EP apabila point point berikut terjadi.
StochRSI - Valid EP bila bersilang dan bergerak keatas.
EFI - Valid EP ,Bila menujah keatas.
Accum/ Dist - Valid EP bila menghijau dan bergerak keatas.
Volume - Valid EP sekiranya volume belian meningkat.
Sekiranya point point tersebut tak berlaku.
TIDAK VALID untuk EP.
Sasaran harga ke 0.420,0.455,0.515,0.590
Manakala CL pada bawah sokongan - 0.305.
Jangkaan adalah seperti di chart yang dilukis.
PENAFIAN.
# " NOT BUY CALL".
# Saya sedang belajar - bukan pakar saham.
# Kajian hanya untuk PEMBELAJARAN Sahaja.
# Tak semestinya BERLAKU.Pasaran bukan kita punya.
# BUKAN SARANAN UNTUK MEMBUAT BELIAN.
# Tak semestinya BETUL.
# Dagangan Kertas di UTAMAKAN.
# TAYOR.
Doji
KEYASIC (Berehat atau Bertukar Arah?)Sektor:
- Technology, Internet of Things (IoT), Electronic.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, KEYASIC telah mencatatkan kerugian sebanyak 8 quarter berturut². Hasil (revenue) KEYASIC juga dalam trend menurun. Keuntungan dan revenue KEYASIC menunjukkan kemerosotan YoY masing² sebanyak -159.23% dan -7.78%.
- Dari sudut Teknikal, dalam time frame (tf) daily, KEYASIC menunjukkan kenaikan parabolic dengan volume yang sangat signifikan.
- Hari ini, KEYASIC membentuk candle gravestone doji pada tf daily memberikan signal reversal.
- Bagi meneliti lebih terperinci, saya gunakan tf 4 jam untuk membuat kajian.
- Setelah melakukan kenaikan parabolic, kini KEYASIC dilihat membuat pullback sehingga ke paras fibo 0.5 iaitu RM 0.210.
- KEYASIC perlu membuat rebound samada di atas fibo 0.5 atau fibo 0.382 bagi meneruskan kenaikan.
Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Gravestone Doji = Keadaan dimana harga buka sama dengan harga tutup dengan ekor panjang di atas.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
SCREENER [ MACD + DOJI ]Dah siap script untuk tandakan di carta, kali ini kita gunakan penyaring di tradingview untuk cuba cari sama seperti yanng kita tandakan.
- kita akan cuba cari carta yang memenuhi syarat MACD + DOJI
SIRI PINE SCRIPT - tandakan doji bila trend positifMenunggu kemunculan doji tak semestinya di aras support dan resistance. Sepanjang pergerakan trend menaik atau menurun, akan ada doji yang muncul dalam pelbagai bentuk.
Kali ini, kita cuba tandakan doji pada carta yang histogram macd dalam keadaan positif.
Nak buat apa selepas ada senarai lihat (watchlist) ?Proses menyaring baru langkah pertama.
Langkah kedua, perlu tunggu signal yang menunjukkan ada potensi minat belian.
Bila muncul signal, barulah buat pelan dagangan yang sesuai ikut rupa bentuk carta ketika itu.
Ulang proses yang sama.
Semoga terhibur.
Doji anak beranak - batu nisan dan tukul terbalikAda satu geng anak beranak doji yang kalau jumpa, boleh beri kan lebih tumpuan, terutama sekali pada aras tertinggi doji tersebut.
Kalau ikut bahasa buku, dipanggil doji batu nisan dan tukul terbalik.
Bagi saya , asalkan ada tanduk dan ekor, saya kumpulkan mereka dalam golongan doji. Yang membezakan adalah saiz badan lilin dan juga jarak antara harga tertinggi dan terendah doji tu.
Bagi katergori hari ini, kesemuanya tidak mempunyai ekor, mesti licin di bawahnya
Penerangan ringkas dalam video di atas.
Melihat carta yang turun sambil menantikan signalBergantung pada minat dan kemahiran kita, mencari signal tidak semestinya ketika carta sedang naik sahaja.
Setiap hari akan ada saja signal baru muncul.
Kalau market turun, kita cari signal yang sesuai ketika market turun.
Begitu juga kalau market secara keseluruhan naik, signal yang dicari sudah semestinya yang naik lah.
Kelebihan doji anak beranakDoji pada carta menggambarkan satu ketidakpastian samada pihak membeli atau pihak menjual yang lebih kuat.
Kepastian selalunya akan muncul pada hari esok atau hari-hari seterusnya.
Amatlah digalakkan untuk kita mengambil lebih tumpuan sekiranya doji muncul. Ianya akan membantu kita membuat pelan trading atau membuat anggaran ke mana arah seterusnya harga ingin pergi.
Doji yang terbaik adalah berbadan kecil dan berada di kawasan yang penting seperti aras sokongan, aras rintangan, terlebih jualan atau terlebih belian.
Amaran : Elakkan mentafsir doji untuk kaunter bawah 10 sen.