Dpharma
DPHARMA (Suntikan Picagari Berjaya Menembusi Garisan Penurunan)Sektor :
- Consumer Products, Healthcare, Pharmaceuticals, Technology, Vaccine.
Idea analisis :
~ Teknikal ~
- DPHARMA setelah beberapa lama berada dalam fasa downtrend line, kini telah menunjukkan tanda akan reversal.
- Baru² ini, DPHARMA telah berjaya breakout downtrend line dengan volume signifikan.
- MACD juga dilihat telah berjaya naik ke atas paras sifar setelah beberapa kali mencuba dan gagal melepasinya.
- Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi resistance dinamik yang perlu dilepasi oleh DPHARMA iaitu MA 200 untuk memastikan DPHARMA uptrend untuk long term.
- DPHARMA dilihat bermain² di sekitar garisan MA 200. Harga berjaya melepasi MA 200 tetapi masih tidak mampu tutup di atas MA 200.
- Setelah breakout downtrend line, keesokannya momentum penjualan yang berlaku adalah sangat kuat tetapi tidak menurunkan harga dengan drastik.
- Jika DPHARMA mampu tutup di atas MA 200 dan bertahan di atas MA 200, harga mampu menuju ke paras harga RM 4.380.
~ Fundamental ~
- Keuntungan DPHARMA YoY adalah meningkat sebanyak 15.26% manakala perolehan DPHARMA pula menyusut YoY sebanyak -1.22%.
- DPHARMA juga memberikan dividen pada setiap tahun. Dividen terbaru adalah pada 21 Mei 2021 sebanyak 6.5 sen bersamaan 1.98% dividend yield.
- DPHARMA juga merupakan saham pegangan jerung² dan institusi² besar seperti:
1) PNB (pegangan sebanyak RM 1041.47 juta).
2) EPF (pegangan sebanyak RM 187.45 juta).
3) ASB (pegangan sebanyak RM 98.4 juta).
4) KWAP (pegangan sebanyak RM 16.76 juta).
5) Lembaga Tabung Haji (pegangan sebanyak RM 13.19 juta).
Nota kaki :
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'resistance dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
DPHARMA masih menguji DowntrendlineSektor:
- Consumer Products, Healthcare, Pharmaceuticals, Technology, Vaccine,
Technical Analysis
Antara yang boleh diperhatikan
1. Terdapat beberapa cubaan untuk memecahkan garisan halangan downtrend. DPHARMA mula melakukan penurunan sejak November 2020. Beberapa kali cubaan memecahkan garisan halangan namun masih belum berjaya.
2. Harga didagangkan di bawah MA200. Menunjukkan masih di fasa downtrend
3. Harga sedang melakukan cubaan untuk bertahan di paras MA50.
4. MACD mula menghampiri paras positif.
Carta DPHARMA akan menarik menjadi menarik untuk diperhatikan sekiranya telah berjaya memecahkan halangan garisan penurunan. Kebiasaan sesuatu saham akan mulakan pergerakan baharu setelah memecahkan garisan halangan downtrend.
Jika DPHARMA berada dalam watchlist anda, anda perlu tahu fakta ini.
Apa dia?
Fundamental Analysis
1. Insitusi dan jerung yang memegang saham DPHARMA
* PNB = RM 898.59 juta.
* EPF = RM 161.73 juta.
* KWSP = RM 14.46 juta.
* ASB= RM 84.9
2. DPHARMA mencatatkan kenaikan yang memberangsangkan year-on-year (YoY) suku tahun pertama 2021.
- Kenaikan 30% untung bersih kepada RM17.614 juta
- Kenaikan revenue kepada RM166.45 juta berbanding RM134.086 juta suku sebelumnya.
Apakah faktor kenaikan ini?
Ini didorong oleh penjualan yang lebih tinggi dalam sektor penjagaan kesihatan awam dan tiada kerugian dalam traksaksi pertukaran wang asing berbanding tahun sebelumnya.
What's next untuk DPHARMA ?
1. Bonus Issue (1:3), 1 saham bonus untuk setiap 3 saham yang dipegang.
2. Belanjawan 2021 sebanyak 4.2% dalam peruntukan untuk sektor kesihatan awam kepada RM31.9 bilion, yang merupakan yang tertinggi dalam sejarah.
3. DPHARMA antara pembekal produk insulin untuk penyakit diabetis. Tempoh kontraknya untuk pembekalan dan penghantaran produk insulin kepada kerajaan telah dipanjangkan sehingga 1 Dis 2021, dengan nilai kontrak tambahan bernilai RM19.63 juta.
4. Tempoh kontrak untuk pembekalan produk farmaseutikal dan bukan farmasi ke hospital, klinik dan lain-lain kepada kerajaan juga telah dipanjangkan selama 25 bulan hingga 31 Disember 2021.
5. Perjanjian yang baru ditandatangani dengan Rusia untuk mendapatkan 6.4 juta dos vaksin "Sputnik V".
Dijangka perkara ini akan membawa kesan yang positif kepada Laporan Tahunan berakhir 31 December 2021.
Antara syarikat di Malaysia yang membekalkan produk insulin untuk penyakit diabetis. Kadar sesuatu negara yang memliki rakyat yang mempunyai penyakit diabetis juga akan mempengaruhi harga syarikat ini.
Sedikit analisa TA dan FA untuk tujuan pendidikan.
Sediakan Trading Plan anda selengkapnya.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di dalam bursa.
#TAYOR #BAYOR
Nota tambahan:
* Breakout = Naik ke atas jika berjaya memecahkan garisan halangan.
* TA= Analisis Teknikal dengan melihat pergerakan harga di dalam carta
* FA= Analisa Fundamental dengan melihat syarikat tersebut.
* MA= Moving Average
DPHARMA (Berubah Arah)Sektor:
- Consumer Products, Healthcare, Pharmaceuticals, Technology, Vaccine.
Idea analisis:
- DPHARMA merupakan salah satu saham pegangan PNB, EPF dan KWSP.
- DPHARMA membentuk head and shoulders pattern lalu breakdown dan jatuh dibawah MA 200.
- Kejatuhan ini menjadikan DPHARMA berubah arah kepada downtrend.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Breakdown = Jatuh dibawah bentuk head and shoulders.
* PNB = Permodalan Nasional Berhad memegang saham DPHARMA sebanyak RM 904.94 juta.
* EPF = Employees Provident Fund memegang saham DPHARMA sebanyak RM 162.87 juta.
* KWSP = Kumpulan Wang Persaraan memegang saham DPHARMA sebanyak RM 14.56 juta.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
DPHARMASupport 1 - 3360, Last Support - 3060
Prospek:
- Mendapat kelebihan dari Pelan Vaksin Kebangsaan
- Membekalkan 6.4 billion dos Vaksin Covid19 dari Rusia (Sputnik V)
- Invest dalam "vaccine fill", finish facilities" dan "cold chain distribution" yang memberi kelebihan untuk jangka panjang dimana negara tidak
perlu bergantung sepenuhnya kepada negara luar.
- EPF adalah salah satu shareholder Dpharma
TAYOR