naimmp98

DPHARMA (Suntikan Picagari Berjaya Menembusi Garisan Penurunan)

MYX:DPHARMA   DUOPHARMA BIOTECH BERHAD
Sektor:
- Consumer Products, Healthcare, Pharmaceuticals, Technology, Vaccine.

Idea analisis:
~Teknikal~
- DPHARMA setelah beberapa lama berada dalam fasa downtrend line, kini telah menunjukkan tanda akan reversal.
- Baru² ini, DPHARMA telah berjaya breakout downtrend line dengan volume signifikan.
- MACD juga dilihat telah berjaya naik ke atas paras sifar setelah beberapa kali mencuba dan gagal melepasinya.
- Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi resistance dinamik yang perlu dilepasi oleh DPHARMA iaitu MA 200 untuk memastikan DPHARMA uptrend untuk long term.
- DPHARMA dilihat bermain² di sekitar garisan MA 200. Harga berjaya melepasi MA 200 tetapi masih tidak mampu tutup di atas MA 200.
- Setelah breakout downtrend line, keesokannya momentum penjualan yang berlaku adalah sangat kuat tetapi tidak menurunkan harga dengan drastik.
- Jika DPHARMA mampu tutup di atas MA 200 dan bertahan di atas MA 200, harga mampu menuju ke paras harga RM 4.380.

~Fundamental~
- Keuntungan DPHARMA YoY adalah meningkat sebanyak 15.26% manakala perolehan DPHARMA pula menyusut YoY sebanyak -1.22%.
- DPHARMA juga memberikan dividen pada setiap tahun. Dividen terbaru adalah pada 21 Mei 2021 sebanyak 6.5 sen bersamaan 1.98% dividend yield.
- DPHARMA juga merupakan saham pegangan jerung² dan institusi² besar seperti:
1) PNB (pegangan sebanyak RM 1041.47 juta).
2) EPF (pegangan sebanyak RM 187.45 juta).
3) ASB (pegangan sebanyak RM 98.4 juta).
4) KWAP (pegangan sebanyak RM 16.76 juta).
5) Lembaga Tabung Haji (pegangan sebanyak RM 13.19 juta).

Nota kaki:
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'resistance dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.