DLO #NASDAQ sedang menuju ke Gelombang kecil 3 DLocal Limited (DLO)
Disenaraikan - Nasdaq, USA.
Kapital Pasaran : $ 18.489 Billion
Sektor(s): Teknologi
Info Syarikat: -
DLocal Limited mengendalikan platform pembayaran di seluruh dunia. Platformnya membolehkan peniaga perusahaan berhubung dengan pengguna di pasaran baru muncul, menerima pembayaran, mengirim pembayaran, dan menyelesaikan dana. Syarikat ini melayani pelanggan dalam pelbagai industri, seperti SaaS, ekonomi dan pasar bersama, runcit dalam talian, media digital, perkhidmatan kewangan, dan perjalanan dan pelancongan.
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini telah memulakan pergerakan di gelombang kecil 3 sedang mendaki ke arah tahap fibo 200% - 261.8% untuk sasaran Gelombang Besar satu .
Nota Teknikal Analisis : -
*Corak kerap berlaku - Pepenjuru Awal (leading Diagonal)
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 100% & 161%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 200% - 261.8% ( Jangkaan Masa - 6-10 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Idea komuniti
Lima Cara Untuk Menggunakan Susun Atur Carta BergandaAlat susun atur carta berganda kami memberikan pedagang dan pelabur cara yang mudah untuk mengkaji pelbagai simbol atau rangka masa pada masa yang sama. Dalam hantaran ini, kami akan menjelaskan lima cara untuk menggunakan ciri susun atur carta untuk mengoptimisasikan proses anda.
Membuat carta dengan rangka masa berbeza
Jika anda melihat carta di atas dengan lebih dekat, anda akan menyedari terdapat rangka masa berbeza untuk setiap carta. Satu adalah carta harian, satu lagi adalah carta mingguan dan yang lain adalah carta 30-minit. Susun atur carta berganda membolehkan anda melihat kesemua rangka masa yang berbeza pada skrin yang sama. Jika anda mencari dagangan dan membuat kajian dalam pelbagai rangka masa, ciri ini amat penting untuk dikuasai.
Menyesuaikan tampilan susun atur anda
Setiap pedagang dan pelabur memiliki pendekatan yang berbeza. Oleh sebab itu, amat penting untuk memiliki alat yang boleh disesuaikan. Setiap carta dalam contoh di atas menggunakan gradien warna berbeza sebagai latar belakang. Carta paling kanan ialah carta garisan manakala dua carta yang lain menunjukkan candlestick. Semasa menggunakan susun atur carta berganda, anda boleh mencipta ruang kerja sendiri yang memenuhi keperluan anda.
Mempelbagaikan penunjuk anda
Carta di atas menunjukkan penunjuk berbeza. Contohnya, garis kuning di paling kira ialah Purata Bergerak manakala carta di bahagian tengah menunjukkan Profil Volum dan carta di paling kanan hanya menunjukkan volum. Anda boleh menambahkan penunjuk yang berguna di carta tertentu dalam susun atur anda.
Membuat carta dengan simbol berbeza pada masa yang sama
Dalam contoh di atas, kami melihat tiga simbol yang berbeza, tetapi boleh dilihat pada skrin yang sama. Cara ini membolehkan kami mengikuti aksi harga, mengkaji persamaan, dan mencari idea antara aset berlainan. Ia juga mempercepatkan kajian kami dan merupakan cara yang berguna untuk memantau pelbagai simbol dalam pasaran.
Segerakkan carta anda
Dengan satu klik, anda boleh menyamakan simbol, crosshair, selang, masa dan lukisan untuk semua carta dalam susun atur anda. Untuk bermula, anda boleh klik pada butang susun atur di bahagian atas carta di mana ia berkata "Segerakkan Semua Carta". Dari menu ini, anda boleh memilih penyelarasan yang dikehendaki dan mereka akan dikemaskinikan dengan segera.
Terima kasih kerana membaca dan kami berharap anda menikmati hantaran ini. Jika anda mempunyai sebarang tip, cadangan atau maklum balas untuk berkongsi tentang susun atur carta berganda, sila menulis di ruang komen di bawah.
SMISCOR- Hidden Bullish DivergenceSektor:
- Industrial Product, Auto Parts
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- SMISCOR kelihatan sudah berhenti daripada kejatuhan harga apabila volume belian masuk . Keadaan ini dipanggil `stopping volume`.
- SMISCOR juga membentuk hidden bullish divergence berdasarkan hubungan pergerakan paras harga dan indikator RSI.
- SMISCOR menunggu untuk memecahkan garisan RBS. Di sarankan untuk mencari peluang entry sesudah paras RBS dipecahkan untuk validation entry bagi mengelakkan fake rebound/breakout,
- SMISCOR dilihat MASIH mempunyai momentum yang kuat apabila indikator RSI atas kawasan RSI50
Nota Kaki :
RBS- Resistance become support
SBR- Support sebagai rintangan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
ACME - Boleh diperhatikan.KAJIAN ANALISA.
ACME HOLDINGS BERHAD – Industri Product / Hartanah.
TREND UTAMA ADALAH UPTREND.
TREND Semasa –Sedang mendaki.
Data Fundamental dari iSaham:
Asas (fundamental) syarikat - 3.0 ( Merah )
Technical - 2.6 ( Merah )
Total Score - 5.6 ( Merah )
Indi Manipulasi :
"Very Easy to manipulate" - Sangat Mudah dimanipulasi.
Ringkasan yang berlaku : di TF 1D.
Setelah membuat kenaikan ke - 0.375 pada 05. 05 .2021.
Harga membuat pembalikan kebawah semula.
Harga terrendah 0.225 pada 21. 05 .2021.
Harga sedang bergerak secara zig zag untuk mendaki.
Trend yang sihat bagi sebuah syarikat yang beroperasi.
Kesimpulan dari pemerhatian - di TF 1D.
Area 0.265 adalah kawasan Resistant yang terdahulu. ( RBS )
Harga semasa - 0.265 pada 20.08.2021.
Indi " Swing" telah terbentuk di kawasan Support.
Terdapat corak segitiga - menunggu untuk pecah.
Candle Doji terhasil pada 2 hari yang terakhir.
Kebarangkalian akan membuat pembalikan keatas.
Hanya EP apabila point point berikut terjadi.
StochRSI - Valid EP bila bersilang dan bergerak keatas.
EFI - Valid EP ,Bila menujah keatas.
Accum/ Dist - Valid EP bila menghijau dan bergerak keatas.
Volume - Valid EP sekiranya volume belian meningkat.
Sekiranya point point tersebut tak berlaku.
TIDAK VALID untuk EP.
Sasaran harga ke 0.300,0.335,0.375..
Manakala CL pada bawah sokongan - 0.240 atau 0.220.
Jangkaan adalah seperti di chart yang dilukis.
PENAFIAN.
# " NOT BUY CALL".
# Saya sedang belajar - bukan pakar saham.
# Kajian hanya untuk PEMBELAJARAN Sahaja.
# Tak semestinya BERLAKU.Pasaran bukan kita punya.
# BUKAN SARANAN UNTUK MEMBUAT BELIAN.
# Tak semestinya BETUL.
# Dagangan Kertas di UTAMAKAN.
# TAYOR.
XRP sedang dlm fasa akhir gelombang pembetulan kecil 4 Wang Kripto - XRP
Kapital Pasaran : $51.44 B
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Gelombang pembetulan kecil 4 yang membentuk coak ' ZIGZAG' ( ABC ) akan berakhir sedikit masa dan kini menunggu pantulan pembalikan serta memulakan pergerakan di gelombang kecil 5
akan mendaki ke arah tahap fibo 200% - 261.8% untuk sasaran Gelombang Besar satu .
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Awal ( Leading Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 100% ,161% & 200%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 200% - 261.8% ( Jangkaan Masa - 3-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
KAJIAN PATAH TREND MENGGUNAKAN EMA-SIRI 2( DETAILS)Kajian dan analisis ini menggunakan indikator EXPONENTIAL MOVING AVERAGE iaitu EMA5/EMA20/EMA50/EMA100/200. Indikator ini lebih memberatkan data semasa dan hari sebelum serta ia lebih sensitif dengan perubahan harga. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti perubahan yang akan berlaku kepada harga dan memberi isyarat lebih awal kepada pedagang berkaitan perubahan trend yang akan berlaku.
Isyarat patah trend ini ditunjukkan oleh garisan EMA5( HITAM)/EMA20(JINGGA)/EMA50(KUNING)/EMA100( BIRU)/EMA200(UNGU) yang melibatkan perubahan dalam struktur/kitaran harga pasaran iaitu FASA DOWNTREND,ACCUMULATION,UPTREND dan DISTRIBUTION.
IDEA ANALISIS ;
A) DOWNTREND ( TREN MENURUN )
1. EMA5 berada di bawah EMA20 manakala EMA100 dan EMA200 berada jauh di atas.
2. Garisan EMA menunduk/menguncup ke bawah dan berada di atas harga.
3. Fasa ini melibatkan aktiviti penjualan oleh pedagang selepas daripada uptrend sebelum ini.
4. Pasaran kebiasaannya melibatkan pedagang short-term( analys trader).
B) ACCUMULATION ( PENGUMPULAN )
1. EMA5/EMA20 di bawah EMA50
2. Minat belian kurang ditunjukkan oleh volum yang masih kurang.
3. Garisan EMA mula mengecil/merapat. Sesetengah harga saham mengalami fasa ini dalam tempoh yang panjang.
4. Di akhir fasa accumulation = garisan EMA mula mengembang semula dan volum dikesan mulai masuk( minat belian).
5. EMA20 cross-up EMA50 menunjukkan isyarat awal perubahan yang akan berlaku kepada harga. Di sini adalah kawasan WATCHLIST untuk
pedagang ( short/mid-term)
C) UPTREND ( TREN MENAIK )
1. EMA20/EMA30 cross-up EMA100
2. Permulaan uptrend di kesan di mana garisan EMA mula mengembang ke atas dan harga berada di atas EMA.
3. Ketika ini juga harga membuat pembetulan( correction)= mengumpul kekuatan/re-accumulation
4. Volum juga meningkat dan ini merupakan kawasan WATCHLIST bagi pedagang long-term( swing ).
5. EMA50 cross-up EMA200 MERUPAKAN isyarat jelas perubahan harga yang akan berlaku=strong uptrend. Dalam carta ditunjukkan harga OWG
telah membuat kenaikan sebanyak 72% dalam tempoh 16 hari dagangan.
6. Selepas itu harga membuat pembetulan( re-accumulate) semula= pedagang mengambil untung. Kawasan ini adalah WATCHLIST kepada
pedagang short-term. Uptrend masih valid sekiranya harga berada di atas EMA100/EMA200.
D) DISTRIBUTION ( PENGEDARAN/PENJUALAN)
1. EMA5/EMA20 mula menunduk dan cross-down EMA100/EMA200. ( tiada dalam carta kerana OWG masih dalam major uptrend).
2. Dalam fasa ini harga mula menurun dan mengalami kejatuhan selepas mengalami kenaikan yang tinggi. Pedagang mula membuat
penjualan/mengambil untung. Ketika ini aktiviti dagangan melibatkan pedagang short-term.
3. Garisan EMA juga semakin ke bawah dimana EMA5/EMA20 berada di bawah garisan EMA100/200( harga semakin jauh kebawah dari garisan
EMA100/200) = rujuk semula fasa downtrend di atas.
NOTA :
1. Kajian ini menggunakan indikator Exponential Moving Average semata-mata. Perubahan trend juga boleh dikesan menggunakan instrumen lain
dalam analisis teknikal.
2. Perubahan trend boleh berlaku menyalahi analisis teknikal atas faktor-faktor tertentu selain dari faktor teknikal.
3. Corak perubahan trend juga berbeza bagi sesuatu harga saham dengan harga saham yang lain.
PENAFIAN:
CATATAN/KAJIAN INI ADALAH BUKAN BUY/SELLCALL, HANYA BERKONGSI IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PEMBELAJARAN DAN PENDIDIKAN. SEGALA AKTIVITI DAGANGAN ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO PEDAGANG SENDIRI.
JAG - POTENSI UPTREND?JAG
Ace Market : Industrial Services
Market Cap 198.6M
Shares (mil) 544.11
CIRI-CIRI:
1. Dari chart pattern, didapati HH yangterbentuk mengatasi
previous LH. Ini adalah signal awal potensi trend reversal.
2. HL yang terbentuk mengatasi previous HL
- ciri-ciri uptrend.
3. HL telah validated pada TF daily.
- candle break and close above 0.350
4. Ada ASCENDING TRIANGLE!
- potensi untuk terbang jika berjaya break harga 0.370
5. Ada gap yang perlu ditutup pada harga 0.40 - 0.415
Strategi Entry:
1. Strategi BO
- tunggu harga BO 0.370 dan jadikan 0.370
sebagai Support.
- R = 0.400 / 0.415 / 0.425 / 0.435 (TP Triangle)
2. Strategi BOD / Pullback
- Biarkan dia terbang je dulu, tunggu candle
retrace dan buat HL.
- Entry pada HL nanti.
Penafian : Ini adalah kajian semata-mata & bukanlah buycall.
Saya tidak bertanggungjawab atas keuntungan mahupun kerugian anda.
TRADE AT YOUR OWN RISK!
FITTERS PELAN DAGANGAN ALAT FIBONACCI & GELOMBANG ELLIOT Sektor : Industri perkhidmatan
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Gelombang subkecil 2 akan menghabiskan pengeunduran nya sebelum memulakan pergerakkan menaik ke atas Gelombang subkecil 3 tahap fibo 100% dan seterusnya mendaki ke arah tahap fibo 200%-261.8% sebagai sasaran Gelombang besar 3 .
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 61.8%,100%, 161.8% & 200%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 200%-261,8%
* Jangkaan Masa Fibo Time- 4 -5 minggu
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Corak Gelombang akan berlaku di Gelombang 4 di tahap Fibo 100%
PELAN DAGANGAN DENGAN MENGUNA ALAT-ALAT FIBONACCI & GELOMBANG ELLIOT
1. Alat Lanjutan Fibo Arah Aliran @ Trend based Fib Extension.
* Fibo Extension adalah mencari sasaran gelombang .
* Fibo extension ini telah di tarik utk jangka masa pendek dari Mula poin gelombang 1, puncak 1 & akhir 2.
* Setiap Tahap Fibo itu adalah sebagai Rintangan & sokongan - 61.8% , 100% ,161.8% & 200%
2. Alat Fibo Masa Arah Aliran @ Trend based Fib Time.
* Fibo Time adalah mencari tahap tempoh masa utk mencapai sasaran mengikut pergerakan gelombang.
* Fibo extension ini telah di tarik utk jangka masa pendek dari mula poin gelombang 1 , Puncak 1 & 2 berakhir.
* Setiap Tahap Fibo itu adalah sebagai Rintangan & sokongan - 61.8% , 100% ,161.8%, 261.8% & 361.8%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Sila Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
JETSON- Menanti untuk breakoutSektor:
- Industrial Product, Auto parts, Construction
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- JETSON menanti untuk breakout horizontal base / kotak sideway dan kelihatan JETSON masih major UPTREND.
- ELSOFT juga membuat breakout pada paras harga 0.415 dan menanti untuk breakout kotak sideway dimana perlu melepasi 0.46/
- Volume belian di lihat meningkat setelah volume jualan berkurangan.
- RSI atas paras 50 membawa maksud momentum kuat untuk meneruskan kenaikan.
Dari sudut fundamental
- QR 1 2021 menunjukkan kerugian yang dialami JETSON berkurangan iaitu -126.00k berbanding QR 4 yang mengalami kerugian sebanyak -5.12m.
- Revenue syarikat juga berkurang daripada 50.76m pada QR4 2020 ke 49.09m pada QR1.
Sumber Fundamental daripada isaham :
- EPS = -3.38 👎
- P/E = - 9👎
- NTA= -13👎
- ROE % = -10.68 % 👎
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
Apa Idea Pelaburan Terbaik Anda?Langkah 1 - Kongsi idea pelaburan terbaik anda di bahagian komen di bawah.
Langkah 2 - Jelaskan idea anda secara terperinci dengan menggunakan fakta atau carta. Anda juga boleh memautkan idea yang telah anda terbitkan dari akaun TradingView anda.
Langkah 3 - Kami akan memberikan 100 Syiling TradingView untuk penyampaian terbaik dan 200 Syiling TradingView untuk idea yang mendapat tanda suka yang paling banyak.
Kami berharap agar semua orang memperoleh manfaat daripada acara ini dan kami berharap dapat menganjurkan lebih banyak lagi pada masa akan datang. Pastikan juga anda menggunakan komen di bawah ini untuk bertemu dengan orang lain, berbual mengenai pasaran semasa serta mencari idea baru.
P.S.
Adalah penting supaya kita semua memberi sokongan untuk idea yang paling menarik. Ianya tidak mudah untuk berkongsi peluang pelaburan secara terbuka kerana ianya tidak semestinya berjalan seperti yang dirancang. Maka, kita perlulah memberi dorongan positif kepada mereka. Berkongsi idea dapat membantu orang lain belajar, mencari peluang baru dan memberi maklum balas. Selain itu juga, mereka yang berani berkongsi sebenarya mempunyai keberanian dalam perniagaan ini.
Kami berharap agar anda dapat membaca semua idea yang dikongsi! 📈
Penggunaan Saluran Regresi LinearSaluran Regresi Linear adalah cara yang baik untuk mengenalpasti aras utama yang berpotensi untuk aksi harga masa hadapan dengan menggambarkan distribusi normal sebuah trend.
Semasa menggunakan alat Trend Regresi(terletak di panel lukisan di bawah kumpulan "Alat Garis Trend")dua titik pada trend dipilih, biasanya pada awal dan akhir trend.
Apabila dua titik pada carta dipilih, distribusi normal data dikira antara dua titik yang dipilih dan dipaparkanda dalam bentuk saluran regresi linear.
Garis tengah dalam saluran ini ialah Garisan Regresi Linear atau Purata, dan garis atas dan bawah adalah sisihan piawai Atas dan Bawah daripada purata seperti yang ditentukan dalam tetapan alat ( tetapan lalai adalah sisihan piawai +2 dan -2 daripada purata)
Korelasi hubungan linear dipaparkan sebagai koefisien korelasi Pearson atau Pearson R. Ia boleh dipaparkan atau disembunyikan di carta dengan memilihnya di menu gaya.
Pearson R menunjukkan kekuatan korelasi dan arahnya, dengan nilai bergerak di antara -1 dan 1. Semakin jauh Pearson R bergerak dari sifar, kekuatan hubungan linear antara harga dan masa meningkat. Semasa menggunakan alat Trend Regresi, Pearson akan sentiasa ditetapkan sebagai nilai mutlak(positif), tetapi arah trendnya boleh dikenalpasti secara visual.
Pembalikan purata
Apabila trend regresi mempunyai korelasi tinggi, ini disebabkan konsistensi aksi harga berada di sepanjang purata (garis tengah), dengan lebih sedikit poin yang bergerak di atas dan di bawah garis purata ke atas dan bawah aras sisihan piawai.
Salah satu cara untuk melakukan perdagangan saluran regresi linear adalah dengan berdagang aksi harga apabila ia bergerak dari dan balik ke purata.
Semasa menggunakan alat ini, harap maklum bahawa saluran yang mempunyai lebih banyak bar dan korelasi yang tinggi akan lebih cenderung bergerak dalam trend itu berbanding saluran yang mempunyai beberapa bar dan korelasi yang tinggi.
Panjang trend ini harus dipertimbangkan semasa berdagang dengan saluran ini.
Dengan alat Trend Regresi, anda boleh mulai memanfaatkan analisis statistik dalam strategi perdagangan anda hanya dengan beberapa klik!
KAJIAN PATAH TREND DAN FALSE BREAKOUT MENGGUNAKAN EMAKajian ini menggunakan indikator EXPONENTIAL MOVING AVERAGE ( EMA ) iaitu EMA5,EMA20,EMA50,EMA100,EMA200.
Tujuannya adalah untuk mengesan trend semasa iaitu mengenalpasti permulaan patah trend dalam harga pasaran. DNONCE sebelum itu berada dalam uptrend dan membuat fasa distribution/re-distribution. Trend menurun mula dikesan apabila EMA5 cross-down EMA20 dan ia ditunjukkan oleh garisan EXPONENTIAL MOVING AVERAGE yang berselirat dan bersepah. Selepas itu DNONCE mula membuat trend menurun ( markdown ).
Selain itu, indikator EMA juga dapat mengesan FALSE BREAKOUT dimana ia berlaku ketika garisan EMA tidak selari dan tidak berada di tempat/susunan yang sepatutnya. Keadaan ini boleh berlaku dalam fasa downtrend dan sideways dan ia membantu pedagang untuk mengesan sama ada berlaku FALSE/TRUE BREAKOUT.
NOTA ;
1. Kajian ini menggunakan indikator EMA semata-mata. Terdapat instrumen lain dalam analisis teknikal yang boleh digunakan untuk mengesan
patah trend.
2. Trend pergerakan harga dalam pasaran merupakan suatu kelaziman yang dipanggil " Struktur/Fasa Harga Saham".- Rujuk rajah dalam carta.
3. Penggunaan indikator ini adalah untuk mengesan lebih awal berlakunya perubahan trend ( markdown/markup) bagi pedagang mid-term atau
long-term.
PENAFIAN :
CATATAN INI BUKAN BUY/SELLCALL, HANYA BERKONGSI IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN. TRADE AT YOUR OWN RISK.
AYS dijangka membuat Corak Pepenjuru Akhir Sektor : Produk industri & bahan binaan
Analisa Teknikal Gelombang Elliot
kini berada di Gelombang besar lima & telah memulakan pergerakkan menaik ke atas serta akan membuat corak Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal) untuk meneruskan Gelombang Kecil besar 5
bagi sasaran Gelombang 5 akan berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 61.8% & 100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127.2% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Risiko Pemotong Gelombang kerap berlaku di Fibo 38.2% - 50%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
EWINT - Boleh diperhatikan.KAJIAN ANALISA.
EWINT – Industri Hartanah.
TREND UTAMA ADALAH UPTREND.
TREND Semasa – Sedang mendaki.
Data Fundamental dari iSaham:
Asas (fundamental) syarikat - 4.1 ( Hijau )
Technical - 1.6 ( Merah )
Total Score - 5.7 ( Merah )
Indi Manipulasi :
"Very Hard to manipulate" - Sangat Sukar dimanipulasi.
Ringkasan yang berlaku : di TF 1D.
Setelah membuat kenaikan ke - 0.680 pada 15.06.2021.
Harga membuat pembalikan kebawah semula.
Harga terrendah 0.500 pada 12.06.2021.
Harga sedang bergerak secara zig zag untuk mendaki.
Trend yang sihat bagi sebuah syarikat yang beroperasi.
Kesimpulan dari pemerhatian - di TF 1D.
Harga dalam proses membuat kenaikan semula.
Harga semasa - 0.520 pada 23.07.2021.
Indi "Swing" telah terbentuk di kawasan Support - Valid EP .
Terdapat GAP diatas kawasan 0.580 hingga 0.625.
Kebarangkalian harga keatas adalah lebih kuat untuk menutup GAB diatas.
Ada 2 pilihan bagi pedagang :
1. Boleh EP sekarang untuk yang tahan risiko.
StochRSI - Bersilang dan bergerak keatas.
BB - Bergerak ke MID BB.
EFI - Valid EP ,Bila menujah keatas.
Volume - Hanya Valid EP sekiranya volume belian meningkat.
Sasaran harga ke 0.545,0.580,0.625,0.680.
Manakala CL pada bawah sokongan - 0.480.
2. Atau tunggu semula dikawasan Sokongan yang ditandakan.
Jangkaan adalah seperti di chart yang dilukis.
EP apabila terdapat candle pembalikan yang kukuh.
Boleh juga siap sedia di TF yang kecil untuk monitor.
Sila perhatikan dengan teliti jika berminat untuk masuk.
Adakan akan terjadi HH yg terbaru?
Saksikan kajian ini bersama.
PENAFIAN.
# " NOT BUY CALL".
# Saya sedang belajar - bukan pakar saham.
# Kajian hanya untuk PEMBELAJARAN Sahaja.
# Tak semestinya BERLAKU.Pasaran bukan kita punya.
# BUKAN SARANAN UNTUK MEMBUAT BELIAN.
# Tak semestinya BETUL.
# Dagangan Kertas di UTAMAKAN.
# TAYOR.
QES (Non swing failure top)Daily Timeframe
- Kaunter Qes dlm keadaan uptrend and telah break support trendline.
- Price jgk telah break previous Higher Low (Signal awl reversal)
- Price skrng membentuk Non swing Failure top (Reversal sign)
Sedikit penerangan on Non Swing Failure Top:
1) Point C lebih tinggi dr point A (Higher High)
2) Point D break point B ( break support Higher Low)
3) Price retrace menghampiri ke point C (tidak berjaye break point C - Point E) sbeleum meneruksn meneruskn perjalanan ke bwh.
**Note: Stick to trading plan masing2. Jgn lupe SL.
Penafian: Kajian hanya untuk tujuan pembelajaran sahaje. Tiada " Buy Call" diberikan.
OMESTI- Berjaya pecah garisan menurunSektor - Teknologi
Perniagaan : IT Solutions/ IT Product, Digital Services,
Idea analisis
Dari sudut teknikal
1. OMESTI membuat breakout pada garisan paras harga 0.445 lalu memecahkan garisan menurun.
2. OMESTI juga dilihat telah memecahkan garisan MA50 yang membawa maksud pergerakan tertinggi dalam tempoh 50 hari.
3. Indikator RSI juga menunjukan OMESTI mempunyai momentum yang kuat untuk meneruskan kenaikan apabila berada pada atas aras RSI 50.
4. Volume tekanan penjualan turut berkurangan dan secara keseluruhannya volume belian masih menguasai (Buyer in Control)
5. Kenaikan volume secara extrem kemungkinan akan berlakuknya profit taking berdasarkan sejarah carta OMESTI. Posisi entry boleh dicari di kawasan support GANN pada paras harga 0.43.
Dari sudut fundamental
1. Berdasarkan QR4 2021, OMESTI menunjukkan sedikit kemerosotan dalam prestasi syarikatnya apabila mengalami kerugian -3.36m berbanding QR3 2020 yang hanya sekadar kerugian -772.00k.
2. Revenue syarikat juga menurun daripada 66.78 juta pada QR3 2020 ke 56.15 juta pada QR4 2021.
Nota tambahan :
1. OMESTI sudah selesai melaksanakan Right Issue pada 05 Mar 2021.
2. OMESTI dalam proses pembicaraan mahkamah berdasarkan artikel www.klsescreener.com
3. Director OMESTI membeli saham OMESTI secara tidak henti-henti awal Jan 2021 sehingga kini.
PENAFIAN : Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
PENDIDIKAN PERATURAN & PANDUAN GELOMBANG ELLIOTPERATURAN & PANDUAN GELOMBANG ELLIOT
Gelombang Besar Satu (Impuls)
Corak Paten kekerapan :
1. Impuls -12345 - Gelombang kecil 1,3 & 5
2. impuls Pepenjuru Awal (Leading Diagonal-12345)
3. Corak Zigzag-ABC Gelombang kecil 2
4 Segi Tiga (Triangle-ABCDE) Gelombang Kecil 4
Tahap Fibonacci kekerapan sasaran
1 . 161.80% -200%
(jika di tarik dari poin gelombang Pembetulan bermula mengunakan Fibonacci Extension)
Gelombang Besar Dua (Pembetulan
( Peraturan : Gelombang dua tidak boleh mengundur melebihi tahap mula Gelombang satu )
Corak Paten kekerapan :
1. Corak Zigzag-ABC Gelombang kecil A
2. Corak Zigzag ABC / Rata (Flat ABC) Gelombang kecil B
3. Corak Zigzag ABC / Rata (Flat ABC) Gelombang kecil C.
4. Gelombang pembetulan kombo berganda WXY kerap berlaku jika terdapat ketidaktentuan pasaran
Nisbah Tahap Pengunduran Fibonacci dari Gelombang besar Satu :
1. Tahap 38.2%- 12% nisbah kebarangkalian -
2. Tahap 50%-61.8% - 75% Nisbah Kebarangkalian
3. Tahap 61.8% -88% - 13% Nisbah Kebarangkalian
Gelombang Besar Tiga (Impuls)
( Peraturan : Gelombang Besar 3 tidak akan menjadi gelombang yang terpendek )
Corak Paten kekerapan :
1. Impuls -12345 - Gelombang kecil 1,3 & 5
2. Segi Tiga (Zigzag-ABC) Gelombang kecil 2
4 Segi Tiga (Triangle-ABCDE) Gelombang Kecil 4
Tahap Fibonacci kekerapan sasaran
1 . Kurang dari 161.80%- Nisbahnya - 15%
2. Melebihi dari 161.8% -261.8%% - Nisbahnya - 75%
3. Melebihi 261.8% atau Penyambungan Gelombang Nisbah sebanyak - 10%
Panduan : *Fibonacci Extension di tarik dari
i) poin mula gelombang Satu atau Low Low
ii) Poin puncak gelombang Satu atau High High
iii) Poin Akhir Gelombang 2 atau High Low
* Gelombang besar Tiga kerap akan berakhir hingga 161.8%
Gelombang Besar Empat Pembetulan
( Peraturan : Gelombang Besar 4 tidak boleh mengundur melebihi puncak Gelombang Besar Satu )
Corak Paten kekerapan :
1. Segi Tiga penyusutan (Triangle -Gelombang ABCDE)
2. Segitiga (Zigzag ABC) / Rata (Flat ABC)
*Agak kerap berlaku segi Tiga Penyusutan di Gelombang Besar 4*
Nisbah Tahap pengunduran Fibonacci dari Gelombang besar 3 :
1. Tahap 38.2%- 15% nisbah kebarangkalian -
2. Tahap 38.8%-50% - 30% Nisbah Kebarangkalian
3. Tahap 50% -61.8% - 40% Nisbah Kebarangkalian
4. Melebihi 61.8% - 15% Nisbah kebarangkalian
Gelombang Besar Lima (Impuls)
Corak Paten kekerapan :
1. Impuls -12345 - Gelombang kecil 1,3 & 5
2. impuls Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal-12345)
Tahap Fibonacci kekerapan dari Gelombang besar Empat berakhir.
1 . Kurang dari 50% - Nisbahnya - 15% (Kes Pemotongan Gelombang Lima)
2. Melebihi 50% - 100% - Nisbahnya - 70%
3. Melebihi 100.% -127.2%- Nisbahnya – 15%
Gelombang Besar ABC Pembetulan
Corak Paten kekerapan :
1. Corak Zigzag-ABC - Gelombang besar ABC
2. Corak Pepenjuru Awal-12345 -kerap berlaku di Gelombang Besar A
3. Corak Pepenjuru Akhir -12345 -kerap berlaku di Gelombang Besar C.
4. Gelombang pembetulan kombo berganda WXY kerap berlaku jika terdapat ketidaktentuan pasaran
Nisbah Tahap Pengunduran Fibonacci dari Gelombang besar Motive :
1. Tahap 38.2%- 12% nisbah kebarangkalian -
2. Tahap 50%-61.8% - 75% Nisbah Kebarangkalian
3. Tahap 61.8% -88% - 13% Nisbah Kebarangkalian
#TECHNICAL ANALYSIS
“IF YOU ARE BUYING SIGNALS OR CLASSICAL ANALYST, HARMONICS,
SUPPLY & DEMAND OR ANY OTHERS ANALYSIS SCHOOL”,
“YOU MUST ADD ELLIOT WAVES ELEMENT & TOOL TO KNOW THE DIRECTIONS & FATE OF THE MARKET”
REMEMBER THAT ELLIOT WAVES GIVES YOU THE FULL CONFIDENCE TRUST IN YOUR TRADINGS AND INVESTMENTS.
DEAN MENTARI
GREENYB - Dalam pemerhatian.KAJIAN ANALISA.
GREENYB – Industri - Produk Pengguna - Pertanian.
TREND UTAMA ADALAH UPTREND.
TREND Semasa – Sedang mendaki.
Data Fundamental dari iSaham:
Asas (fundamental) syarikat - 4.1 ( Hijau )
Technical - 3.4 ( Merah )
Total Score - 7.5 ( Hijau )
Indi Manipulasi :
"Very Easy to manipulate" - Sangat Mudah dimanipulasi.
Ringkasan yang berlaku : di TF 1D.
Setelah membuat kenaikan ke - 0.350 pada 22. 06 .2021.
Harga membuat pembalikan kebawah semula.
Harga terrendah 0.255 pada 28. 06 .2021.
Point 0.255 adalah SUPPORT yang kuat.( RBS )
Harga sedang bergerak secara zig zag untuk mendaki.
Trend yang sihat bagi sebuah syarikat yang beroperasi.
Kesimpulan dari pemerhatian - di TF 1D.
Harga dalam proses membuat kenaikan semula.
Harga semasa - 0.290 pada 15.07.2021.
Kebarangkalian harga keatas adalah lebih kuat.
Terdapat corak Segitiga - Menunggu Pecah.
Indi "Swing" telah terbentuk - Valid EP .
Ada 2 pilihan bagi pedagang :
1. Boleh EP sekarang untuk yang tahan risiko.
StochRSI - Bersilang dari bawah ke atas.
BB - berada di MID BB.
EFI - Valid EP ,Bila menujah keatas.
Volume - Hanya Valid EP sekiranya volume belian meningkat.
Sasaran harga ke 0.310,0.350,0.385.
Manakala CL pada bawah sokongan - 0.245.
2. Atau tunggu semula dikawasan Sokongan yang ditandakan.
Jangkaan adalah seperti di chart yang dilukis.
EP apabila terdapat candle pembalikan yang kukuh.
Boleh juga siap sedia di TF yang kecil untuk monitor.
Sila perhatikan dengan teliti jika berminat untuk masuk.
Adakan akan terjadi HH yg terbaru?
Saksikan kajian ini bersama.
PENAFIAN.
# " NOT BUY CALL".
# Saya sedang belajar - bukan pakar saham.
# Kajian hanya untuk PEMBELAJARAN Sahaja.
# Tak semestinya BERLAKU.Pasaran bukan kita punya.
# BUKAN SARANAN UNTUK MEMBUAT BELIAN.
# Tak semestinya BETUL.
# Dagangan Kertas di UTAMAKAN.
# TAYOR.
PENDIDIKAN - PENGENALAN GELOMBANG ELLIOT PENGENALAN GELOMBANG ELLIOT
Teori Gelombang Elliott adalah kaedah analisis pasaran , berdasarkan idea bahawa pasaran membentuk jenis pola yang sama pada jangka waktu yang lebih kecil
(darjah lebih rendah) yang dilakukannya pada jangka waktu yang lebih panjang (darjah lebih tinggi).
Pola-pola ini memberikan petunjuk mengenai apa yang mungkin berlaku selanjutnya di pasaran.
Menurut teori itu, ia tidak bergantung pada jangka masa yang anda analisis; pergerakan
pasaran mengikut jenis corak yang sama.
Elliott Wave bukanlah teknik perdagangan.
Tidak ada peraturan khusus untuk masuk atau keluar, juga tidak ada satu cara "tepat" untuk
menggunakannya dalam perdagangan.
Apa itu Gelombang?
Gelombang adalah akibat ketidakseimbangan dipasaran yang berlaku antara bilangan pesanan
beli dan jual dengan alasan apa pun.
Setiap kali satu kekuatan (penawaran atau permintaan) berakhir berkuasa yang lain,
walaupun untuk yang terpendek jangka masa, pasaran berubah arah dan
gelombang baru dimulakan.
2 tren Gelombang
Gelombang Impuls - Corak yang berlaku di menuju arah aliran pasaran
Gelombang Pembetulan - Corak yang berlaku terhadap trend (gelombang impuls terpanjang)
Semua pergerakan gelombang tidak kira besar atau kecil baik impulsif atau pembetulan
Struktur Kitaran Asas Gelombang Elliot
Terdapat 2 Kitaran Gelombang Elliot yang di guna pakai dalam pasaran
1 . Kitaran Pasaran Gelombang Menaik (Market Bullish)
2 . Kitaran Pasaran Gelombang Menurun (Market Bearish)
Ada 8 Gelombang dalam satu Kitaran Gelombang besar.
Ianya terdiri dari :
5 no Gelombang impuls (yang Bertanda Hijau)
3 no Gelombang Pembetulan ( yang Bertanda Merah)
#TECHNICAL ANALYSIS
“IF YOU ARE BUYING SIGNALS OR CLASSICAL ANALYST, HARMONICS,
SUPPLY & DEMAND OR ANY OTHERS ANALYSIS SCHOOL”,
“YOU MUST ADD ELLIOT WAVES ELEMENT & TOOL TO KNOW THE DIRECTIONS & FATE OF THE MARKET”
REMEMBER THAT ELLIOT WAVES GIVES YOU THE FULL CONFIDENCE TRUST IN YOUR TRADINGS AND INVESTMENTS.
DEAN MENTARI
PENDIDIKAN GELOMBANG 2 ELLIOT GELOMBANG 2 ELLIOT
Gelombang 2 adalah gelombang pembetulan ABC (Zigzag @ Flat) atau ABCDE (Segi Tiga)
Gelombang 2 membetulkan Gelombang 1
Peraturan Gelombang 2 : Gelombang 2 tidak boleh mengundur kadar 100% & melampaui titik permulaan Gelombang 1.
Ia boleh menjadi sederhana (Simple@Mono) atau kompleks . Ianya berkaitan dengan corak paten dan juga kadar Perantaraan Masa (Ranging)
Kelakuan Corak Paten Gelombang 2 : Corak ABC (Zigzag atau Flat)
Corak Zigzag & Flat (ABC) – Gelombang Pengundurannya selalu berkait dengan kadar kedalaman penurunannya dan Selalunya mengundur
pada tahap 38.2% -61.8% serta terdapat beberapa risiko menurun hingga ke bawah dari 78.6% ( Topik ini akan di sambung dalam Corak Paten).
Kelakuan Corak Paten Gelombang 2 : Corak ABCDE (Segi tiga)
Corak Segi Tiga (ABCDE) - Gelombang pengundurannya juga selalu berkait dengan kadar kedalaman penurunannya dan
selalu juga memanjang kadar perantaran masa (Ranging).
Nota : Pembentukan Corak-Corak & kadar kedalaman pengunduran adalah bergantung pada momentum Volume
Kebiasaan kadar momentum Volume Gelombang mesti lebih rendah daripada semasa Gelombang 1,
Nisbah Fibonacci: Gelombang 2
Kadar Pengunduran yang paling biasa gelombang 2 adalah 50% - 61.8% dari gelombang 1 dengan Nisbah Tertinggi kebarangkalian 75%
Bagi Pengunduran tahap 38.2%, kebiasaan kebarangkaliannya adalah 12%
Dan Pengunduran tahap melebihi 61.8 % - 88%, kebiasaan kebarangkaliannya adalah 13%
Nota Strategi :
Kebiasaannya para pedagang tidak memasuki pasaran Ketika berlakunya Gelombang 2 ini, kerana amat berisiko tinggi tetapi di bolehkan berdagang jika mahir tentang Corak paten dengan memahami pola Candlestick dan mengunakan alat Fibonacci Retracement serta displin yang tinggi.
Dean Mentari
cmsb-cubalah setia bertahan di 3rd bottom itu...NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma13ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS
1.jika harga dapat bertahan di 3rd bottom itu satu petanda yang baik
tetapi jika gagal harga akan mencari 0.84 seterusnya 0.58 ?
2.jika berjaya langkah seterusnya harga harus mencabar 'rejection'
yang di buatnya pada 16 jun (carta harian) untuk stabil ke atas.
3. jika berlaku bo di 2.12 berkemungkinan besar berlaku 'trend reversal ',
stabil dan harga mungkin mencari ' LPH' yang di buat sekitar Apr 2019 ?
-apapu n klci index janganlah ragu2 ke level 16** keatas .
maklumat tambahan untuk TA ( carta daily/harian)
~macd: "lower golden cross "
`RSI :27.95
`obv:menurun
`bb:21. 05 % ( lower band-70 hari)
begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2 .
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku
-pun begitu sila kaji dengan ilmu masing
Tinggalkan komen yang membantu atau memberikan semangat. Bersama kita kuasai pasaran.
FBMKLCI MEMBUAT PENURUNAN MENYENTUH ARAS PSIKOLOGIFBMKLCI MEMBUAT PENURUNAN MENYENTUH ARAS PSIKOLOGI
1. Sebelum ini, kita pernah beri peringatan supaya semua berhati-hati memandangkan indeks FBMKLCI menunjukkan signal yang kurang memberangsangkan
2. Apa yang berlaku, penurunan indeks FBMKLCI berlaku lebih cepat daripada ramalan tersebut untuk menyentuh paras 1501 mata pada hari ini
3. Keadaan politik negara yang tidak stabil serta peningkatan kes Covid-19 menyebabkan ramai pelabur dan pedagang melepaskan pegangan mereka menyebabkan berlaku tekanan jualan di Bursa Malaysia
4. Adakah FBMKLCI mampu bertahan di atas aras psikologi 1500 mata? atau ia akan terus membuat penurunan dalam masa terdekat untuk menuju ke paras terendah 52 minggu? Sama-sama kita saksikan.
5. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
Cara Melukis Saluran FibonacciSaluran Fibonacci adalah digunakan untuk menentukan tahap sesuatu sokongan dan rintangan fibonacci dalam arah trend yang telah dikenal pasti.
Saluran ini dapat dilukis dengan mudah sama ada dalam trend manaik atau menurun untuk mencari kawasan yang berpotensi untuk perubahan harga.
Trend menaik
Semasa melukis Saluran Fibonacci pada trend menaik, trend yang dikenal pasti perlu berada pada tahap rendah yang lebih tinggi berbanding sebelum.
Untuk melukis dan menandakan saluran, pilih dua titik rendah pada trend dahulu. Kemudian pilih titik tinggi di antara mereka.
Setelah saluran dilukis, tahap Fibonacci yang dikira dapat digunakan untuk membantu membuat spekulasi tindakan harga dengan melihat kawasan tersebut sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Trend Menurun
Semasa melukis Saluran Fibonacci pada trend menurun, trend yang dikenal pasti perlu dibuat dengan tahap yang lebih tinggi dibuat.
Untuk melukis saluran, pilih dua titik tinggi pertama yang ditentukan oleh arah trend dahulu. Kemudian pilih titik rendah di antara mereka.
Adakah anda menggunakan Saluran Fib?
Sekiranya ada, kongsi idea anda dalam komen di bawah!