Sejarah Dagangan Bitcoin Yang TerlengkapTaip INDEX: BTCUSD di dalam kotak carian dan anda akan dapat mengakses sejarah perdagangan Bitcoin dengan serta-merta. Indeks BTCUSD kami baru bermula pada tahun 2010. Ini bererti bahawa anda akan dapat mengkaji harga Bitcoin pada waktu ianya masih tidak popular dan hanya beberapa orang saja yang mengetahuinya..
Adakah anda masih ingat ketika Bitcoin didagangkan di bawah nilai 10 sen? Atau breakout terbesar pertama pada tahun Oktober 2010? Analisa pada hari-hari awal adalah perkara asas dan penting untuk crypto dan bagaimana ianya dikembangkan dan mencapai tahap harga seperti sekarang.
Memulakan perdagangan dengan INDEX: BTCUSD adalah mudah:
Langkah 1: Taip INDEX: BTCUSD ke dalam kotak carian.
Langkah 2: Pilih INDEX: BTCUSD dan anda sudah boleh bermula untuk melukis carta. 🙌
Dalam pasaran kewangan, nilai harga adalah satu peta. Ini ditafsirkan bagaimana pedagang dan pelabur boleh mengkaji, menganalisis, dan meneliti landskap kewangan serta mencari idea baru. Untuk membuat keputusan yang terbaik, sudah tentu anda memerlukan data yang lengkap. Untuk Bitcoin secara khusus, ianya sukar untuk mencari carta yang bermula dari nilai awal. Justeru, itulah sebabnya kenapa pihak kami menerbitkan INDEX: BTCUSD. Kami ingin menyediakan data yang diperlukan untuk semua ahli.
Sila tinggalkan sebarang pertanyaan atau komen anda di bawah. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca! 📈
Idea komuniti
MI 2 April – Cubaan Pecahkan Garisan Downtrend?> Saham MI tutup pada harga 4.16.
> Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya bertahan di atas paras sokongan 3.93 dengan jumlah dagangan yang besar berbanding hari sebelumnya.
> MACD telah bersilang menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> RSI berada di atas paras 50 menunjukkan ada kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga telah bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 4.31, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 4.73.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
Muzik untuk Perdagangan dan PelaburanKami bekerja dengan pakar tingkah laku untuk mempelajari sains di belakang pilihan lagu terbaik untuk perdagangan dan pelaburan. Kami mengenalpasti formula ini berdasarkan lima komponen utama muzik - Tempo (BPM), Nada (T), Panjang dan Volum (LV), Lirik (L) dan Mood(M). Kemudian, kami menggunakan formula ini untuk membuat dua playlist khusus:
Playlist #1 : Zero In - Lagu-lagu yang membantu konsentrasi dan dapat digunakan semasa mengkaji langkah yang seterusnya.
Playlist #2: All Out - Lagu-lagu yang membantu anda menjadi lebih tegas dan yakin untuk mengambil tindakan.
Playlist ini adalah percuma dan terbuka untuk semua orang di Spotify. Kami akan sentiasa mengemaskinikan playlist ini. Sila berkongsi dengan kami lagu-lagu kegemaran anda untuk perdagangan di ruang komen.
Mari kita mendalami pengiraan di belakang setiap playlist. Anda mungkin mendapati bahagian ini menarik jika anda menyukai musik atau ingin mempelajari tentang topik ini dengan lebih lanjut. Anda mungkin juga menyedari pasaran dan muzik memiliki banyak persamaan.
🎯 Zero In — Masa Untuk Fokus dan Memberi Tumpuan
Berfokus = “BPM (50 – 65) +TM +LVL (+ or -) -LN +M”
BPM: mencari lagu-lagu dengan tempoh antara 50-65 beat setiap minit.
TM: pilih nada lembut yang menenangkan emosi
LVL: lagu yang lebih panjang untuk konsentrasi yang lebih baik
LN: pilih track dengan lirik yang sedikit atau tiada sama sekali.
M: lambat, mood yang tidak terlalu melodik akan membantu otak anda fokus pada tugas anda, dan bukan pada muziknya.
💥 All Out — Membina Keyakinan untuk Membuat Keputusan
Aksi = “BPM (65 – 85) +TU +LVS (+ or -) -LS +M”
BPM: Mencari lagu dengan tempo 65-85 beat setiap minit.
TU: memilih nada derap atas boleh meningkatkan fungsi kognitif
LVS: lagu yang lebih pendek dengan tempo yang lebih cepat akan memberi anda motivasi semasa bekerja
LS: Semasa bekerja, memiliki lirik dalam playlist anda , tidak terlalu penting, jadi pilihlah lagu dengan beberapa lirik untuk dapatkan motivasi
M: mood yang berderap atas,berlirik akan memberi anda dopamine tambahan, membantu anda berasa lebih berani dan yakin
Terima kasih kerana membaca dan kami menanti maklum balas anda. Cubalah playlist di atas. Beritahu kami bagaimana ia dapat membantu anda membuat persediaan dan mengambil tindakan. Sila juga berkongsi lagu-lagu kegemaran anda untuk perdagangan di ruang komen.
AUPE [S] MEMBUAT BREAKOUT PATTERN C&HAUPE MEMBUAT BREAKOUT PATTERN C&H
1. AUPE sebuah syarikat dari sektor properties telah membuat breakkout 52-week high
2. Disamping itu, pattern cup & handle juga telah sempurna terbentuk
3. Indikator momentum (RSI) juga menaik & kini melebihi paras 70
4. Hari ini AUPE telah membuat sedikit pullback mungkin disebabkan aktiviti pengambilan untung oleh para pedagang
5. Secara teknikal AUPE berpotensi untuk meneruskan kenaikan RM 1.53
6. Adakah AUPE akan berjaya mencapainya? Sama-sama kita saksikan
7. Ini bukan saranan untuk beli , tetapi saranan untuk sama-sama kita kaji!
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview hanya untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
MFLOUR melawat kawasan1) MFLOUR tidak berjaya mengekal kan harga di atas kawasan rintangan
2) Harga telah menguji beberapa kali yang kini menjadi kawasan sokongan
3) berhati hati sekiranya harga mampu untuk terus membuat kejatuhan dari kawasan sokongan
corak carta : garis selari, rintangan dan sokongan
status : syariah
tempoh masa : harian
Sektor : Produk Pengguna, Gula & Tepung, Makanan & Minuman, Produk & Perkhidmatan Pengguna
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
HIAPTEK (Apakah Perancangan Seterusnya?)Sektor:
- Steel, Metals, Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) HIAPTEK meningkat QoQ masing² sebanyak 492.48% dan 32.71%. Untuk YoY pula hasil (revenue) menurun manakala keuntungan meningkat sebanyak 451.98%.
- Dari sudut Teknikal, kelihatan HIAPTEK bertukar arah kepada uptrend setelah BDTL dengan volume yang sangat signifikan. Garisan downtrend line ini diambil daripada Februari 2018.
- HIAPTEK meneruskan kenaikan dengan drastik kemudian pullback sehingga ke paras fibo 0.382 sebelum rebound semula ke atas.
- HIAPTEK rebound tetapi tidak mampu melepasi resistance RM 0.510.
- Kemungkinan HIAPTEK ingin melengkapkan bentuk cup and handle atau turun sehingga ke paras fibo 0.382 untuk membuat bentuk double bottom.
- Jika harga tidak mampu bertahan di atas fibo 0.382, kemungkinan HIAPTEK ingin bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* BDTL = Break DownTrend Line.
* Pullback = Harga menurun seketika sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas selepas melakukan penurunan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
ASIAPLY: hari ni boleh beli dok agi 1. TO merujuk pada hari pertama dimana volume yang banyak .tinggi dikesan...
2. Hari seterusnya T1-T4 Volume berkurangan gradually (bukan dengan drastik)
3. Perhatikan harga support..
4. Beli pada harga yang terendag di T4
5. Jika harga jatuh lebih dari paras P1 pada T4 abaikan.. jangan beli pulak..
6. Jika telah beli di T4 dan pada T5 atau T seterusnya harga jatuh dari paras P2 Cutloss
Tiga Cara Untuk Membuat Keputusan Yang Lebih Baik dalam PasaranSebelum kita pergi dengan lebih dalam, adalah penting untuk berkongsi beberapa perkara mengenai siapa diri kami. Kami memberikan kuasa kepada pedagang dan pelabur dengan memberikan penggunaan alatan, carta, berita dan data global profesional yang sebelum ini hanya tersedia untuk beberapa kumpulan tertentu sahaja. Alatan kami adalah tersedia untuk semua orang samada pada peranti atas meja atau mudah alih. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan keupayaan pedagang dan pelabur untuk berkembang dalam jangka masa panjang. 💪
Maksud utama di sebalik catatan ini ialah anda tidak perlu terburu-buru membuat sesuatu sebelum anda memahami semua risiko, matlamat dan rancangan jangka panjang anda. Kami menyedari bahawa di sebalik usaha dan niat kami, kadang-kadang orang akan terpengaruh oleh catatan yang tidak bertanggungjawab di media sosial, yang akhirnya membawa kepada harapan yang musnah. Kami ingin menolong orang ramai untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi. Oleh itu, mari kita bincangkan tiga cara untuk membuat keputusan yang lebih baik di pasaran. Ingat, catatan ini adalah khusus untuk pendidikan, yang mana kita sedang berada di dalam masa yang sangat menarik dalam sejarah pasaran! Teruskan membaca ... 👇
1) Jangan mengikuti pendapat orang lain secara membabi buta tanpa membuat kajian anda sendiri. Gunakan alatan yang ada untuk anda belajar dan menganalisa pasaran.
Jaringan sosial kami adalah besar dan semakin berkembang. Kami saling memberikan dorongan kepada semua orang untuk menerbitkan idea pertama mereka, mencuba laman sembang dan mengikuti pedagang-pedagang yang lain. Ini adalah masa yang terbaik untuk bertemu sesama pedagang, belajar dengan mereka dan berkembang bersama-sama. Tetapi apabila media sosial bergabung dengan pasaran, ada beberapa risiko penting yang perlu untuk dibincangkan. Elakkan daripada mengambil tabiat buruk, terpengaruh oleh pendapat-pendapat popular dan menyerah kepada tekanan teman sebaya. Elakkan melakukan sesuatu yang belum anda fikirkan secara kritis, menganalisa secara objektif atau menilai dengan sendiri. Risiko ini boleh merangkumi perdagangan sebelum anda bersedia, berdagang terlalu kerap kerana anda mempunyai idea, meletakkan diri anda pada kedudukan yang lebih besar daripada yang akaun anda mampu tangani dan mengubah fikiran anda di tengah-tengah sesi dagangan. Tetap tenang dan fikirkan semasak-masanya dahulu. Manfaatkan alatan yang ada untuk anda membuat ujian semula, menggunakan dagangan kertas atau mencari pendapat lain mencabar fikiran anda.
2) Jangan mengharapkan keuntungan yang mudah hanya kerana semua orang bercakap mengenainya. Sebaliknya cari tinjauan rakan sebaya, perhubungan yang bermakna dan cara untuk menguji idea anda sendiri.
Tidak kira berapa banyak suka yang diterima untuk sesuatu idea, tidak kira seyakin mana pengarangnya kelihatan atau berapa banyak mesej sembang yang dikongsikan, tidak ada jaminan pasaran akan berjalan seperti yang yang kita rancang. Adalah lebih baik memulakan dengan mengkaji dan meneliti idea anda terlebih dahulu untuk melihat apakah ia sesuai dengan rancangan jangka panjang anda. Inti patinya adalah: pandangan orang lain tidak boleh digunakan sebagai pengganti diri anda dalam melakukan analisisa sebelum membuat keputusan di dalam perdagangan sebenar. Rangkaian sosial kami paling baik digunakan untuk tinjauan rakan sebaya, membuat perhubungan baru dan memberikan maklum balas kritikal untuk membantu anda dalam mengembangkan strategi dan pemahaman tentang pasaran. Kami mempunyai bahagian pendidikan khusus untuk perkara ini. Kami juga mempunyai komuniti Pengekod Pine yang melakukan pengkodan pasar. Komuniti di sini diadakan untuk membantu anda mendapatkan maklum balas, idea dan konsep baru.
3) Jangan meminta isyarat masa nyata buta dalam laman sembang atau memberikan komen-komen yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang mudah. Sebaliknya fokus pada membina strategi jangka panjang anda dan mengekalkan pendekatan yang realistik.
Apabila media sosial dan pasaran kewangan bergabung, semakin banyak orang mengharapkan jawapan yang mudah mengenai bilakah waktu untuk membeli atau menjual. Dalam laman sembang umum kami (anda boleh mencarinya di sebelah kanan platform) kami menggalakkan orang ramai untuk tidak berfikiran begini dan berusaha untuk menggali dengan lebih mendalam. Anda tidak akan belajar apa-apa daripada mengemukakan soalan mengenai jual dan beli. Anda harus mengkaji, meneliti dan memeriksa pergerakan harga terlebih dahulu. Alatan rangkaian sosial kami menawarkan peluang besar untuk bercakap di dalam masa nyata dan bertukar-tukar pendapat, pandangan dan penyelidikan. Menggunakan mereka dengan cara yang betul akan membantu anda berkembang sebagai pedagang dan bersama belajar dari orang lain dalam jangka masa panjang. Tetapi membuat keputusan perdagangan tergesa-gesa berdasarkan panggilan perdagangan semata-mata merupakan idea yang tidak baik. Jangan buat!
Tidak ada cara yang lebih baik untuk belajar selain daripada melibatkan diri dalam lingkungan ahli-ahli yang mendedahkan anda kepada banyak idea, perbualan dan strategi yang berbeza. Kami berharap platform kami dapat meningkatkan pengetahuan anda tentang pasaran sambil membolehkan anda menyempurnakan bakat anda. Pandangan dari orang lain juga dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih baik, tetapi hanya jika ianya digunakan dengan cara yang bijaksana dengan berfokuskan pada kesabaran, proses dan pendidikan. Selain itu, selalu ingat bahawa anda mempunyai alatan yang berkesan di hadapan anda untuk melakukan penyelidikan terbaik anda.
Terima kasih kerana membaca! Kami berharap untuk mendengar pandangan anda di bawah. 🙏
5 Petua Untuk Pencartaan Yang Lebih CepatBerikut merupakan 5 petua yang boleh mempercepatkan pencartaan anda. Setiap petua dalam idea ini mengandungi kekunci pintas yang mudah: tekan kunci command di Mac atau Ctrl di PC anda. Menguasai kekunci pintas ini akan memudahkan anda memilih beberapa lukisan , membuat edit secara pukal, and meningkatkan proses kajian anda.
1. Pilih beberapa lukisan di sesuatu kawasan dengan menekan kunci command di Mac atau Ctrl di PC, kemudian menarik tetikus di kawasan dipilih. Ini merupakan cara terpantas untuk memilih beberapa lukisan sekaligus. Tekan command/Ctrl dan tarik tetikus anda ke kawasan tertentu.
2. Anda juga boleh memilih beberapa lukisan pada masa yang sama. Untuk bermula, anda boleh menekan kunci command(Mac) atau Ctrl(PC) dan klik pada setiap lukisan satu per satu. Ini berguna jika anda perlu memilih lukisan-lukisan tertentu yang terletak jauh antara satu sama lain di carta.
3. Selepas mempelajari cara memilih beberapa lukisan di carta anda, tahukah anda boleh mengedit mereka secara pukal? Contohnya, anda boleh memilih beberapa lukisan di carta anda dan menukarkan warna setiap lukisan dengan hanya satu klik. Tekan command/Ctrl , pilih setiap lukisan , dan tukar warnanya dalam bar alat terapung yang muncul.
4.Anda boleh menukar lebih daripada warna… Anda juga boleh mengedit ketebalan garisan, sempadan, order visual , warna fon secara pukal. Pilih setiap lukisan menggunakan command/Ctrl dan gunakan bar alat terapung untuk membuat perubahan yang sewajarnya.
5. Kunci command dan Ctrl juga boleh digunakan untuk menduplikasikan sebuah lukisan. Tekan command di Mac atau Ctrl di PC, kemudian menarik lukisan terplih tersebut. Klon yang baru akan muncul.
Kami berharap anda menikmati lima petua ini. Petua ini bertujuan untuk menguasai kekuatan kunci command dan Ctrl. Dengan kekunci pintas ini, anda boleh memilih beberapa lukisan, membuat perubahan pukal, dan menduplikasikan lukisan dengan cepat.
Sila hubungi kami jika anda mempunyai soalan tentang petua ini! Pasukan kami akan membaca komen dan akan cuba membantu anda sebaik boleh. Anda boleh menulis maklum balas dan cadangan anda.
P.S. Kami menggunakan hashtag #TradingViewTips untuk berkongsi petua-petua berguna yang lain tentang platform ini.
WIDAD (Menuju Kegemilangan Sebelum Ini - Part 2)Sektor:
- Trading & Services, Industrials Products, Integrated Facilities Management, Construction, Vaccine.
Idea analisis:
- Kelihatan WIDAD meneruskan kenaikan dan berjaya menutup gap down sebelum ini.
- Fibo telah disetting semula dengan dinaikkan sedikit nilai 1 ke atas highest terbaru.
- Harga berpotensi ke 0.810 iaitu paras resistance WIDAD sebelum penurunan berlaku.
- Berkemungkinan harga akan terus menaik atau membuat pullback dahulu.
- Maksimum pullback yang boleh dilakukan adalah tidak turun melebihi paras support 3 iaitu 0.545.
- MACD mula mendaki ke atas paras 0 menandakan WIDAD telah berada di dalam fasa uptrend.
Nota kaki:
* Sudut Fundamental telah dimuatkan dalam idea sebelum ini.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
KPOWER 15 Mac – Cubaan Pecahkan Garisan Downtrend?> Saham KPOWER tutup pada harga 2.22.
> Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya pecahkan rintangan 2.19 dan tidak berjaya melepasi garisan downtrend.
> MACD telah bersilang menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> RSI berada di atas paras 50 menunjukkan ada kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga telah bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 2.35, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 2.47.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
NZDCAD [14.03.21]-Harga sekarang telah memecahkan 2 perkara penting iaitu support semasa dan trendline besar
-harga telah membuat retest semasa ia memecahkan trendline dan membuat trending iaitu pada sbr
-harga berhenti pada kawasan RBS iaitu antara kunci utama untuk harga terus ke bawah
-tengok perjalanan harga adakah turun secara impulse ataupun corrective
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Trade At Your Own Risk.
BURSA SEKTOR HARTANAH- breakoutINDEX- PROPERTIES(hartanah)
Idea
- Index Bursa Hartanah jelas menampakkan kekuatan untuk naik apabila berjaya melepasi paras rintangan 757.46
- Berjaya memecahkan garisan downtrend (BDTL) juga salah satu tanda permulaan uptrend.
- Jangkaan index bursa hartanah akan mencapai rintangan 782.01 dan akan melakukan correction pada paras RBS 757.46( setelah rintangan dicapai.
Nota
-TA Securities berpendapat sektor hartanah sebagai salah satu sektor utama yang akan menyerlah selepas pandemik.
Pendapat ini disandarkan pada kadar faedah rekod terendah, kecairan dalam pasaran dan langkah sokongan kerajaan.
-Maybank Investment Bank Research juga telah menyatakan beberapa minggu lalu mereka telah memulakan belian teknikal pada saham hartanah seperti SP Setia, Eco World Development Group, UOA Development dan MRCB.
sumber - The Edge
www.theedgemarkets.com
Kesimpulan pemerhatian - Dijangka akan menjadi HIGH HIGH lagi.Kajian Analisa.
HEXTAR GLOBAL BHD. – Industrial Product.
Pendakian yang sihat, telah menjadi HIGH HIGH yang terbaru.
Untuk meneruskan pendakian harga bergerak secara zig zag, maka terjadilah retracement.
Terdapat pula reversal candle, point yang kukuh untuk EP.
Bergerak mendaki keatas. Masih dalam trendline uptrend.
Ringkasan yang sedang berlaku.
1. Harga berada di area MID BB menuju ke TOP BB.
2. Harga berada di atas MA200,MA50.
3. Volume Belian – Ada sedikit.
4. SmartMCDX indi merah – Pembeli korporat telah berada didalam.
5. BBD Signal – Kurang momentum lagi.
6. Stoch RSI –Sedang bersilang untuk menuju ke atas.
Tindakan Trader:
Kesimpulan dari pemerhatian - Retracment sedang berlaku.
Jika anda kental untuk EP, masuk di TF Kecil .
Sila perhatikan dengan teliti jika berminat untuk masuk.
Adakan akan terjadi High High yang terbaru?
Mari saksikan kajian ini bersama.
# Bukan Buy Call hanya kajian Analisa sahaja.
# TAYOR.
7246 SIGN : VOLUME SEMAKIN BERKURANGVolatility : Tinggi (Harga mudah berubah)
Trend : Uptrend
Ruang pelaburan sebelum breakout : 3%
Volume tertinggi pernah dicapai : 45.44 Juta
Harga Tertinggi 30 Hari : 1.130
Harga Terendah 30 Hari : 0.460
Ditutup pada 1.100 pada 5 Mac. Buy rate sekitar 55%. Terdapat pengurangan volume daripada 25 Feb~5 Mac. Minat pelabur terhadap stock menurun.
Harga dilihat tidak dapat melepasi R2 pada 1.150.
Jika mampu melepasi 1.150 dengan volume tinggi, Resistance seterusnya berada di sekitar 1.250
Jika terdapat volume melepasi 1 Juta pada hari pembukaan seterusnya beserta buyrate 55% ke atas, berkemungkinan harga akan terus naik.
TOPGLOV (Percubaan Membuat Pembalikan)Sektor:
- Rubber Gloves, Industrial Products, Exports, Healthcare.
Idea analisis:
- Dari sudut fundamental, TOPGLOV sangat cemerlang. Buktinya, TOPGLOV menunjukkan peningkatan yang sangat cemerlang dari sudut keuntungan selama 7 bulan QR berturut² (Jun 2019 - Disember 2020). Bulan² sebelumnya juga TOPGLOV membuat keuntungan secara konsisten.
- Dari sudut teknikal, TOPGLOV telah berada dalam keadaan downtrend sejak Oktober 2020 hingga hari ini.
- MACD juga berada di bawah paras kosong menunjukkan kurangnya momentum pembelian.
- Sebelum ini, TOPGLOV membuat reversal dengan pembentukan candlestick Bullish Harami tetapi kenaikan selepas itu hanya sementara.
- Kali ini, muncul satu lagi bentuk candlestick reversal iaitu Bullish Engulfing.
- Adakah TOPGLOV akan membuat reversal?
- Jika membuat reversal, adakah TOPGLOV mampu melepasi downtrend line?
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Bullish Harami = 'Body' candle hijau lebih kecil dan ditelan 'body' candle merah sebelumnya.
* Bullish Engulfing = 'Body' candle hijau lebih besar dan menelan 'body' candle merah sebelumnya.
* Reversal = Pembalikan harga daripada uptrend kepada downtrend atau daripada downtrend kepada uptrend.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Masih dalam trendline, bergerak mendaki ke atas.Kajian Analisa.
HIBISCUS PETROLEUM BERHAD. Oil and Gas.
Selepas pendakian yang sihat sehingga menjadi HIGH HIGH pada 18.FEB.21.
Untuk meneruskan pendakian harga bergerak secara zig zag, maka terjadilah retracement.
Berlaku retracement di fibo 0.5 dan terdapat pula reversal candle, point yang kukuh untuk EP.
Masih dalam trendline, bergerak mendaki ke atas.
Ringkasan yang sedang berlaku.
1. Harga berada di area MID BB menuju ke TOP BB.
2. Harga berada di atas MA200,MA50.
3. Volume Belian – Ada.
4. SmartMCDX indi merah – Pembeli korporat telah mula masuk.
5. BBD Signal – Dot Hijau menghala ke atas.
6. Stoch RSI – Bersilang dan menuju ke atas.
Tindakan Trader:
Kesimpulan dari pemerhatian - Retracment sedang berlaku.
Jika anda kental untuk EP, masuk di TF Kecil .
Sila perhatikan dengan teliti jika berminat untuk masuk.
Adakan akan terjadi High High yang terbaru?
Mari saksikan kajian ini bersama.
# Bukan Buy Call hanya kajian Analisa sahaja.
# TAYOR.
IRIS cuba untuk membuat mark-downPenafian: Ini adalah idea semata-mata bertujuan untuk pembelajaran, bukan BUY atau SELL call. Jika ingin memiliki saham ini, sila dapatkan rujukan daripada pakar. Saya tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan capital anda.
Latar belakang:
1. Wyckoff Analysis
Tempoh Accumulation yang terlalu lama, kira-kira 3 tahun lebih.
Fasa Distribution (kotak merah) adalah berdasarkan tempoh Accumulation dan volume profile.
LER (Law of Effort vs Results) menunjukkan anak panah merah, di mana terdapat volume yang sangat besar tetapi jarak harga tidak bergerak.
2. Volume Profile (bar biru melintang)
Paling banyak pada harga 0.380 - 0.400, iaitu Gann merah.
Supply/demand (kotak ungu) pada harga 0.305 - 0.320 (Gann biru) dan 0.255 - 0.270 (Gann merah)
3. Point and Figure
Berdasarkan tempoh pengumpulan stock pada fasa Accumulation, harga boleh mencapai sehingga 0.540 - 0.560.
4. Moving Average
Momentum harga berada di atas MA50 dan MA200.
Mungkin terdapat cubaan test support pada MA50 harga 0.255 - 0.270 (Gann merah).
FPI 4 Mac – Cubaan Pecahkan Garisan Downtrend?> Saham FPI tutup pada harga 3.10.
> Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya bertahan di atas paras sokongan 2.60.
> MACD hampir bersilang menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> RSI berada di sekitar paras 50 menunjukkan sedang mengumpul kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga hampir bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 2.84, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 3.03.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
JHM Akan Bangun Pada Bulan Mac?JHM salah satu saham dalam sektor kuat pada ketika ini iaitu semikonduktor. JHM berada dalam semikonduktor LED. Namun sejak kebelakangan ini, JHM telah cuba mempelbagaikan lapangan bisnes mereka dan adakah ia merupakan satu perkembangan ke arah yang lebih baik?
ANALISA FUNDAMENTAL
1. JHM dalam sektor semikonduktor dan berfokuskan kepada sub sektor automotif. Walaubagaimanapun, pada 2019 dilaporkan bahawa JHM telah mula mempelbagaikan lapangan bisnes mereka dengan menyertai sektor Industrial dan Aerospace.
2. Pada 2019, JHM mula menceburkan diri dalam sektor Aerospace dan menandatangani perjanjian MoU bersama UACE, Universal Alloy Corp Europe, yang berpengkalan di eropah dalam metal machining dan sub assembling. Ini membuka era baru kepada JHM.
3. Dalam laporan tahunan kewangan 2019, sektor Aerospace telah menyumbang sebanyak 1% dalam perolehan mereka sebagai permulaan terbaik pada tahun pertama.
4. Sebagai langkah awal, mereka berjaya mendapatkan tugasan daripada UACE untuk membekal 72 bahagian mesin aerospace.
5. Walaubagaimanapun, dengan kehadiran pandemik Covid-19, ia agak memberi kesan kepada sektor Aerospace kepada seluruh dunia sepanjang tahun 2020 yang lepas. Namun, dikatakan tiada tempahan yang telah dibatalkan oleh klien mereka, tempahan yang ada hanya ditangguhkan dan bakal dianjak kebelakang.
6. Setelah menyambung semula operasi selepas daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tempahan yang ada semakin bertambah. Ini memberikan gambaran oleh beberapa Analisis Bank Pelaburan bahawa 'waktu sibuk' telah tiba kepada JHM. 'Sibuk' dalam bisnes memberi tanda positif bahawa kerja sedang rancak dan dikatakan bakal memberikan pulangan yang baik sepanjang 2021 ini.
7. Dilaporkan bahawa pada May 2020, dua pengeluar kapal terbang utama di dunia iaitu Airbus dan Boeing mempunyai tunggakan menyiapkan tempahan kapal terbang mereka sebanyak 7621 and 5301 unit masing-masing.
8. JHM juga dilihat mahu memperluaskan lapangan bisnes mereka ke lapangan semikonduktor Telekomunikasi 5G dan Electric Vehicles, yang mana bakal menjadi sektor yang panas dalam tahun 2021 ini.
9. Dalam lapangan Electric Vehicles, JHM sedang membangun sistem pengecas Kereta Elektrik dalam sistem yang dinamakan CDS, bukan akaun CDS saham anda, tetapi Charging Discovery System. Iaitu satu sistem yang direka untuk versetaliti dalam penyesuaian sistem pengecas antara Kereta Elektrik yang berlainan jenis dengan sistem pengecas yang berlainan jenis.
10. Pada 11 Dec 2020, JHM dilaporkan membeli sebidang tanah secara tunai di Pulau Pinang untuk memperluaskan kilang untuk sektor Telekomunikasi. Ini seolah-olah menunjukkan kesungguhan mereka dalam meneroka sektor semionduktor Telekomunikasi 5G.
11. Pada Nov yang lepas juga, JHM telah berjaya menaiktaraf saham mereka untuk tersenarai dalam Pasaran Bursa Utama daripada Pasaran Saham Ace sebelum ini. Untuk menaiktaraf ke pasaran saham utama, beberapa syarat ketat diperlukan termasuk berjaya mengekalkan keuntungan bersih setahun lebih daripada 30juta setahun selama 3 tahun berturut-turut, dan JHM telah berjaya melepasi syarat itu.
12. Pada minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat telah menandatangani satu Arahan Eksekutif untuk memberi penekanan dan menilai semula kebimbangan terhadap kekurangan semikonduktor termasuk 100 sektor industri yang terjejas termasuk sektor automotif.
13. Dari segi 3 QR terakhir, JHM mencatat 3 peningkatan QR berturut-turut iaitu:
Q2 20, mencatat keuntungan 2.7juta, 5.7% daripada 48.1juta pendapatan
Q3 20, mencatat keuntungan 5.3juta, 6.8% daripada 78.1juta pendapatan
Q4 20, mencatat keuntungan 8.0juta, 10.5% daripada 76.2juta pendapatan
14. Setelah sektor semikonduktor berehat panjang sepanjang Febuari yang lepas, adakah kaunter saham semikonduktor akan bangun semula pada bulan Mac ini?
ANALISA TEKNIKAL
1. Daripada carta, harga kini berada pada 2.32, sebanyak -7.6% daripada paras support, dan berjarak +14.2% pada paras rintangan tertinggi ATH di 2.67
2. Harga juga telah kelihatan membuat lonjakan setelah mencecah MA 50 beberapa hari yang lalu.
3. RSI berada pada paras 50 sekiranya pergerkan harga bersedia membuat momentum larian harga.
4. RSI Stoch juga baru sahaja membuat persilangan pada bahagian Lebihan Jualan beberapa hari yang lepas, seperti bersedia membuat momentum larian.
5. Dari segi Price Earning Ratio, kini JHM mencatat PE 60.48, sedikit melebihi PE median sektor semikonduktor iaitu 56.11 boleh dikatakan pada kedudukan purata.
Adakah sektor semikonduktor berjaya bangun untuk bulan Mac ini dan menolak JHM untuk turut serta dalam larian, dan adakah JHM berjaya menarik pelabur setelah menunjukkan peningkatan yang baik dalam QR terbaru mereka?
Khairul Hafiz
Nasihat dari guru-guru saham saya yang mungkin boleh dikongsikan:
- "Pasaran saham adalah tempat memberi pulangan kepada yang sabar, dan menghukum kepada yang gelojoh"
- "Bila berdagang hanya dengan TA, ia seperti bertarung dengan sebelah tangan. Berdagang dengan TA dan FA, ia seperti bertarung dengan kedua belah tangan."
Berjaga di Fibo retracement petak kuning untuk EP.Kajian Analisa.
GE SHEN CORPORATION BERHAD. – Industrial Products & Services.
Pendakian yang sihat bermula awal JAN 2021 sehingga menjadi HIGH HIGH.
Bergerak mendaki diatas trendline tanpa pecah trend.
1. Harga berada di atas BB dijangka akan turun ke MID BB.
2. Harga berada di atas MA200,50
3. SmartMCDX indi merah – Pembeli korporat telah masuk.
4. BBD Signal – Dot Hijau, menuju ke atas.
5. Stoch RSI – Berada di oversold.
Tindakan Trader :
Harga dijangka akan turun ke MID BB dahulu
Berjaga di Fibo retracement petak kuning untuk EP sebelum bermula pendakian ke puncak.
Sila perhatikan dengan teliti jika berminat untuk masuk.
Boleh EP di TF yg kecil untuk bersama mendaki ke puncak semula.
Adakan akan terjadi High High yang terbaru.
Mari saksikan kajian ini bersama.
# Bukan Buy Call hanya kajian Analisa sahaja.
# TAYOR.
Gap up pada 26 FEB dan Triangle telah pecah keatas.Kajian Analisa.
PUNCAK NIAGA HOLDING BERHAD. – Water Utilities.
Pendakian yang sihat sehingga menjadi HIGH HIGH.
Gap up pada 26 FEB dan Triangle telah pecah keatas
Bergerak mendaki diatas trendline tanpa pecah trend.
1. Harga berada di atas BB dijangka akan turun ke MID BB.
2. Harga berada di atas MA200,50
3. SmartMCDX indi merah – Pembeli korporat telah masuk.
4. BBD Signal – Dot Hijau, menuju ke atas.
5. Stoch RSI – Menuju keatas.
Tindakan Trader :
Harga dijangka akan turun ke MID BB dahulu
Sila perhatikan dengan teliti jika berminat untuk masuk.
Boleh EP di TF yg kecil untuk bersama mendaki ke puncak semula.
Adakan akan terjadi High High yang terbaru.
Mari saksikan kajian ini bersama.
# Bukan Buy Call hanya kajian Analisa sahaja.
# TAYOR.