EFORCE- EP RM 0.395 (WH)JIka melihat kepada carta hari ini 7/6/23, Kaunter EFORCE telah pun berada di dalam situasi beli dalam keaddan lemah . Dari segi teknikal, harga untuk masuk kaunter ESCERAM ialah pada RM0.395
Berikut ialah idea untuk dagang kaunter ini menurut gann square of 9
Harga beli (Buy) = RM0.395
Jual sekiranya harga turun (Cut loss) = 0.365
Harga jual sekiranya untung (Target price) = RM 0.415
(Ini adalah idea dagangan sahaja. Sebarang risiko kerugian/kehilangan wang tidak di tanggung oleh penerbit idea)
Eforce
Eforce Percubaan Memecah Harga Rintangan 61 sen!Kuanter: Eforce
Sektor: Teknologi
Eforce dilihat boleh dipertimbangkan untuk swing (beberapa bulan). Kaunter berada di atas Ema 50, Ema 100 dan SMA200 seperti sedia maklum kaunter aliran kenaikan yang kuat. Sekiranya kaunter berjaya melepasi ketiga-tiga halangan ini kaunter berpotensi untuk pergi lebih jauh dan sesuai untuk swing beberapa bulan untuk menyiapkan satu kitaran aliran menaik (untuk kes Eforce bagi menyiapkan wave 3).
Lain-lain petunjuk 'bullish':
1. RSI atas 50
2. Stochrsi biru bersilang atas merah di garisan merah jambu(pertengahan) momentum yang kuat
3. Fast ema merah bersilang atas kuning (boleh masuk sekiranya ada volum yang tinggi)
4. Lilin berjaya membuat validation (mengatasi dua lilin sebelumnya) namun adalah lebih baik jika berjaya melepasi harga gann 61 sen dengan volum kuat dan harga mampu bertahan di atas 61 sen
S1 0.57
S2 0.53
R1 0.65
R2 0.69
Sekadar ringkasan kajian bukan buycall. #tayor
EFORCE masih uptrend dan sudah keluar isyarat EPEFORCE pada corak carta dilihat menarik kerana volume masuk yang tinggi. Dijangka ia boleh sampai pada garis TAD atau membuat paras 52 Minggu tertinggi. Petunjuk SMI juga menarik kerana ia mula naik dari kawasan oversold.
Kawasan masuk: 0.575 - 0.580
Ambil untung: 0.67
Potong Rugi: 0.565
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC + OSEM seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
EFORCE sedang membuat kenaikan di dalam Corak "FLAT"Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini sedang menaik di Gelombang pembetulan "B" di dalam Corak "Running Flat-ABC " subkecil Empat / Gelombang Besar 3 dan selepas itu akan membuat penurunan utk Gelombang "C"
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
EFORCE akan melangit Sektor : Teknologi
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Setelah gelombang Sub kecil 4 Pembetulan Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE ) berakhir & ketika ini sedang mula membuat kenaikan ke gelombang Subkecil lima /Gelombang Kecil 3 di tahap fibo 100%
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 38,2% & 61.8%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
EFORCE (Cawan dan Pemegang telah Berjaya Dipecahkan)Sektor :
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Software, Stock Brokers.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- Keuntungan EFORCE secara overall dilihat berada di dalam trend menaik. Keuntungan EFORCE untuk YoY meningkat sebanyak 104.86%.
- Hasil (revenue) EFORCE juga secara overall dilihat berada dalam trend menaik dan juga meningkat YoY sebanyak 50.06%.
- EFORCE memberikan pelaburnya dividen. Walaubagaimanapun, dividen yang diberikan dilihat semakin berkurang walaupun keuntungan syarikat secara overall adalah menaik. Dividen terkini pada tahun 2021 sebanyak 1 sen sesaham adalah lebih rendah berbanding tahun sebelumnya:
• 2020: 1 sen sesaham.
• 2019: 1.5 sen sesaham.
• 2018: 1.5 sen sesaham.
• 2017: 2 sen sesaham.
• 2016: 3 sen sesaham.
~ Teknikal ~
- EFORCE dilihat membentuk cup and handle pattern.
- Sebelum pembentukan 'handle', EFORCE dilihat membuat kenaikan yang ketara untuk satu hari dengan volume yang signifikan.
- Kemudian, EFORCE membuat pullback dan berjaya rebound di atas fibo 0.5 menandakan kekuatan kenaikan EFORCE ini adalah sederhana (medium uptrend).
- Pullback dan rebound ini telah berjaya melengkapkan cup and handle pattern.
- Terkini, EFORCE berjaya breakout cup n handle pattern.
- Breakout ini juga mungkin didorong oleh signal 'hidden bullish divergence' yang menunjukkan bahawa momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
- Jika EFORCE berjaya bertahan di atas paras harga RM 0.670 yang merupakan RBS dan neckline bagi EFORCE, harga berpotensi menuju ke dua paras harga:
1) RM 0.805 yang merupakan fibo 1.618.
2) RM 0.925 yang merupakan target bagi teori cup and handle pattern.
Nota kaki :
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.\
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Neckline = Paras harga yang merupakan rintangan / resistance bagi sesuatu pembentukan chart pattern. Dalam idea analisis ini, neckline adalah rintangan / resistance bagi cup and handle pattern.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
🔘 EFORCE - "May the Force be with you"Jumaat 13/11/2020
🔘 Kaunter ini mengalami penurunan yang agak lama sejak volume tertinggi pada Ogos 5
🔘 Minggu ini ada tanda-tanda ingin meneruskan kenaikan
🔘 Menunggu sekiranya EMA50 (ungu) berjaya bersilang ke atas MA200 (merah), bagi memasikan berubahan trend
bertukar ke Uptrend
🔘 Perlukan volume yang tinggi untuk meneruskan kenaikan
----------------------------------
Nota
🔘 Idea hanya untuk pembelajaran
🔘 Sila LIKE & SHARE jika bermanfaat .
🔘 Terima Kasih 😎
EFORCE DALAM KEADAAN PULLBACK NAK KE BOSUPPORT 0.535
R1 : 0.670
R2 : 0.740
RRR 1:2.9
- Entry? Cari best entry dalam kotak di highlightkan tersebut. TRADE AT YOUR OWN RISK.
=========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari MAHERSAHAM.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing. Trade what you see not what you want to see.
EFORCE Chart Pattern Yang Menarik dan BerpotensiEFORCE sebelum ini membuat pertukaran trend selepas membuat trend menurun (downtrend) selama dua tahun. Breakout dengan volume yang kuat seterusnya membuat kenaikkan seketika disokong oleh momentum yang kuat. Setelah itu, EFORCE berehat dan membuat pembetulan harga (retracement) dan mengumpul tenaga selama dua bulan. Pada Jumaat lepas, candle EFORCE telahpun melintasi ke atas aras EMA50 dan EMA200 serentak. Signal belian dan pullback yang cukup kuat untuk meneruskan pendakian ke atas mencari aras tertinggi yang baru (higher high). Aras rintangan / target harga adalah di 0.560 dan juga 0.745. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
EFORCE Melengkapkan Signal Pullback dan Bersedia Untuk MendakiEFORCE pada hari ni ditutup menarik. Ini kerana, EFORCE ditutup di atas middle bollinger dan juga garisan EMA200 dengan disokong oleh volume melebihi purata harian. EFORCE juga sebelum ini telahpun memecahkan garisan menurun 2 tahun (2yr DTL), membuat kenaikan (high, H), retracement (low, L) dan hari ini seperti sudah bersedia untuk membuat pullback mencari higher high, HH yang baru. Aras rintangan yang perlu dipecahkan adalah di 0.560 dan jika berjaya dipecahkan, aras target peraman untuk EFORCE adalah di 0.745. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajarn).
6 Jun 2020 - EFORCE perlu hati-hati untuk entry buy on dip Kaunter ini dalam sektor teknologi (technology) dengan sub-sektor perisian (software).
Dari segi analisis fundamental, rating adalah baik dengan rekod kewangan juga positif. Cuma nilai nisbah P/E agak tinggi.
Number of Share: 615.38m
P/E Ratio: 46.23
ROE (%): 6.62
Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50.
Perlu juga perhatikan pergerakan harga dan pastikan sokongan tidak pecah untuk pertimbangkan entry buy on dip.
Indikator stochastic RSI berada di paras oversold.
Sokongan: 0.480
Rintangan 1: 0.575
Rintangan 2: 0.615
Rintangan 3: 0.670
Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.
#mahersaham #eforce #FIAR #jun20
EFORCE Memecahkan Segitiga dan Aras EMA50EFORCE sangat menarik untuk diperhatirapatkan. Hari ini telah berjaya memecahkan pattern segitiga dan juga ditutup diatas aras EMA50 disokong oleh volume yang kuat. Eforce juga telah menutup gap sebelum ini dan berpotensi untuk membuat pattern surf bollinger band. Sangat menarik. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Eforce Perlukan Kekuatan Untuk Menolak Harga Ke AtasEforce kelihatan masih kuat bertahan tetapi masih belum cukup tenaga untuk menolak harga ke atas. Candle pada hari ini masih didalam kumo cloud dan kelihatan ada ruang untuk eforce memecahkan kumo cloud seterusnya keluar dari kawalan kumo cloud. Aras yang menyakinkan untuk menarik minat para trader adalah di atas 0.650 dimana di aras ini Eforce telah memecahkan kumo cloud begitu juga telah naik ke atas middle bollinger. Sama-sama kita follow rapat ya. Mana tau ada peluang untuk profit dengan kaunter eforce. (Sekadar kajin dan pembelajaran semata-mata).
EFORCE MEMBENTUK KEPALA NAGAselepas membuat kenaikan mengejut (57.65%), EFORCE membuat retracement dan dilihat membentuk triangle pada minggu ini. Ia dijangka bermain dalam kotak triangle pada minggu depan dan menentukan halatuju sebenar sama ada meneruskan lonjakan ke atas mencari resistance 0.84 atau jatuh mencari support baharu
0065 EFORCE : Mencari Support?EFORCE dalam cubaan untuk mencari support terkuat sebelum meneruskan pendakian.
Berdasarkan kiraan sy secara manual, untuk esok pergerakan harga adalah seperti berikut:-
Ratio: 2.1 (Ringan)
Jika harga kekal di atas 0.470
Resistance1 : 0.480
Resistance2 : 0.505
Jika harga kekal di bawah 0.470
Supp1 : 0.460
Supp2 : 0.435
Di bahagian support, boleh monitor sama ada akan rebounce atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Supp2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
Apakah itu RSI? Indeks kekuatan relatif (RSI-Relative Strength Index) adalah penunjuk teknikal yang digunakan dalam analisis pasaran kewangan. Ia bertujuan untuk mencatatkan kekuatan semasa atau sejarah atau kelemahan stok atau pasaran berdasarkan harga penutup dalam tempoh dagangan baru-baru ini. Penunjuk tidak boleh dikelirukan dengan kekuatan relatif.
RSI juga diklasifikasikan sebagai pengayum momentum (momentum oscilator), di gunakan bagi mengukur magnitud pergerakan harga. Kebiasaannya RSI di gunakan di dalam jangka masa 14 hari dan diukur pada skali 0 hingg 100.
Di dalam penggunaan RSI, kebiasaannya, apabila nilai RSI telah melepasi 30, ianya dikatakan telah memasuki zon 'Oversell'. Di sini peluang untuk para traders membeli saham pada harga rendah adalah sangat tinggi.
Sebaliknya, jika nilai RSI telah melepasi 70, kebiasaannya para traders akan bersedia untuk menjual pegangan saham mereka. Apabila nilai RSI telah melepasi 70, ianya dikatakan telah memasuki zon 'Overbought'. Ketika ini, kemungkinan untuk harga saham jatuh selepas memasuki zon overbought adalah sangat tinggi kerana para traders akan mula melepaskan pegangan saham masing-masing.
Seperti di dalam carta, kelihatan nilai RSI semakin menurun, tetapi masih di atas paras 30. Jika para traders tidak yakin untuk membeli pada ketika ini, disarankan untuk menunggu sebentar sehingga nilai RSI memasuki paras bawah 30 dan mula membeli stock EFORCE ini.
Akhir kata, selamat maju jaya.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisa sendiri untuk membeli sesuatu stock.