Teknikal_Saham

Apakah itu RSI?

Pendidikan
MYX:EFORCE   EXCEL FORCE MSC BHD
Indeks kekuatan relatif (RSI-Relative Strength Index) adalah penunjuk teknikal yang digunakan dalam analisis pasaran kewangan. Ia bertujuan untuk mencatatkan kekuatan semasa atau sejarah atau kelemahan stok atau pasaran berdasarkan harga penutup dalam tempoh dagangan baru-baru ini. Penunjuk tidak boleh dikelirukan dengan kekuatan relatif.

RSI juga diklasifikasikan sebagai pengayum momentum (momentum oscilator), di gunakan bagi mengukur magnitud pergerakan harga. Kebiasaannya RSI di gunakan di dalam jangka masa 14 hari dan diukur pada skali 0 hingg 100.

Di dalam penggunaan RSI, kebiasaannya, apabila nilai RSI telah melepasi 30, ianya dikatakan telah memasuki zon 'Oversell'. Di sini peluang untuk para traders membeli saham pada harga rendah adalah sangat tinggi.
Sebaliknya, jika nilai RSI telah melepasi 70, kebiasaannya para traders akan bersedia untuk menjual pegangan saham mereka. Apabila nilai RSI telah melepasi 70, ianya dikatakan telah memasuki zon 'Overbought'. Ketika ini, kemungkinan untuk harga saham jatuh selepas memasuki zon overbought adalah sangat tinggi kerana para traders akan mula melepaskan pegangan saham masing-masing.


Seperti di dalam carta, kelihatan nilai RSI semakin menurun, tetapi masih di atas paras 30. Jika para traders tidak yakin untuk membeli pada ketika ini, disarankan untuk menunggu sebentar sehingga nilai RSI memasuki paras bawah 30 dan mula membeli stock EFORCE ini.

Akhir kata, selamat maju jaya.

Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisa sendiri untuk membeli sesuatu stock.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.