Gelombang Elliott
Tesla - Lebih kejatuhan di hadapan?Analisis Tesla
Kelihatan Tesla telah membuat 3 gelombang korektif di paras fibo 0.618%. Admin tidak menolak kemungkinan yang Tesla mungkin berisiko untuk turun semula selepas correction ini, memandangkan Tesla telah membuat 5 gelombang kejatuhan yang jelas sebelum ini.
Sila berhati hati.
Abang Doji.
JETSON : dalam radar gelombang !!
Boleh lihat pada carta...
>
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
Saudee - lantunan sementaraanalisis Saudee
Saudee kelihatan sudah menyiapkan 5 gelombang kejatuhan. kini kita menanti lantunan sementara sebelum kembali meneruskan tren jatuh.
Sekiranya Saudee berjaya memecahkan saluran menurun, maka target awal untuk Saudee adalah RM0.46.
Abang Doji.
Msm - Menyambung Tren MenaikAnalisis MSM
Msm kelihatan sudah berjaya keluar dari fasa pengumpulan (accumulation) dengan notasi wave ABC (korektif).
Msm memecahkan saluran menurun menandakan sudah bersedia untuk gelombang kenaikan yang seterusnya.
Target MSM adalah untuk membuat 5 gelombang kenaikan 12345 dengan target minimum adalah RM2.
Abang Doji.
RESERVOIR LINK ENERGY BHD - Kajian Analisa.
RL – RESERVOIR LINK ENERGY – Khidmat Industrial Minyak dan gas.
Harga membuat pendakian yang kemas secara zig zag.
Harga tertinggi terbaru adalah 0.725 (R1) dan telah membuat penurunan .
Harga membuat pembalikan semula pada trendline sokongan di 0.620.
Sekarang harga bergerak diatas trendline Pendakian .
StochRSI bersilang keatas dijangka harga akan bergerak atas.
Ringkasan yg sedang berlaku.
1. Harga berada di kawasan MID BB.
2. Harga berada di atas awan KUMO.
3. Harga berada di atas MA200,MA50.
4. Vol Belian – Minat belian Kurang!
5. StochRSI– Bersilang menghala keatas.
Tindakan Pedagang.
Kesimpulan dari pemerhatian - Pendakian sedang berlaku.
Jika anda kental untuk EP, masuk di TF Kecil sekarang.
Harga berada dikawasan sokongan yang ditandakan.
Sila perhatikan dengan teliti jika berminat untuk masuk.
Adakan akan terjadi HH yg terbaru?
Saksikan kajian ini bersama.
# Bukan saranan untuk BELI .
# Hanya KAJIAN Analisa dari Nubies sahaja.
# TAYOR.
Sealink masih ada momentum uptrend !!Boleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
Ulicorp - Nampak Corrective dan Berpeluang NaikAnalisis Syarikat Uli Ulicorp
Kelihatan Ulicorp telah menyiapkan 3 gelombang Corrective ABC dan tamat betul betul di garisan bawah Corrective Channel dengan corak Ending Diagonal (Baji Menurun).
Ulicorp kelihatan membuat rejection dengan lower wick dan terus melantun naik dengan kuat, mungkin memberi signal perubahan tren.
Sekiranya paras RM0.88 berjaya bertahan, ada kemungkinan Ulicorp untuk terus naik membuat ketinggian yang baru.
Jadikan paras RM0.88 sebagai cutloss, dan masuk bila harga retrace.
Abang Doji.
Widad - Pewaris Dataprp?Analisis Widad
Widad telah terbukti membuat gerakkan impulsif ke atas dengan tujahan kuat sejak beberapa hari yang lalu.
Kini pada pendapat Admin, Widad mungkin sebab membuat Extended 3rd Wave rally.
Sekiranya Widad memecahkan paras RM0.545 ini dipecahkan, maka senario 3rd wave extension ini terbatal, namun begitu Widad masih bull cuma perlukan lebih banyak retracement.
Melihat struktur dan volum, besar kemungkinan Widad adalah Dataprp seterusnya.
Abang Doji.
SCOMI: Kenaikan luar biasa!Berdasarkan struktur harga, operator berjaya mengerakkan harga dengan begitu teratur. Jika diperhatikan, pergerakan harga memenuhi sifat-sifat gelombang elliot. Setiap kali harga memecahkan paras tertinggi sebelumnya, ia akan turun untuk menguji paras tersebut sebelum meneruskan kenaikan dan membuat paras tertinggi. Namun terdapat halangan seperti di garisan merah. Jika harga hendak naik lebih tinggi, halangan ini perlu ditembusi dan harga perlu ditutup di atas halangan ini. TAyOR
Emas - Menanti Konfirmasi MenaikAnalisis Emas
Emas mempunyai kiraan gelombang yang agak cantik, yang berakhir di paras fibonacci 0.382%.
Sekiranya kerendahan ini berjaya bertahan, admin merasakan bahawa Emas mempunyai peluang untuk naik.
Senario Kes yang terbaik adalah Emas berjaya membuat ketinggian yang baru untuk Gelombang 5.
Abang Doji.
KLCI - Lantunan Setelah Baji Menurun Sudah Selesai?Analisis KLCI
KLCI telah memecahkan corak baji menurun seperti analisis sebelumnya.
Kelihatan corak Baji Menurun ini adalah Leading Diagonal untuk Wave A atau 1, dan lantunan setelah itu adalah wave B atau 2.
Kini kita masih menantikan kejatuhan seterusnya.
Paras konfirmasi kejatuhan ini adalah sekiranya harga memecahkan 1557. Selagi harga di atas paras itu, bermaksud KLCI masih mempunyai potensi ke atas.
Abang Doji.
T7Global - Segitiga yang BesarAnalisis T7Global
Konter T7 Global adalah antara kaunter yang sekian lama senyap.
Paras ketinggian terakhir adalah pada 3 September 2020. Sejak itu, T7 Global hanya main dalam segitiga tanpa membuat apa apa ketinggian atau kerendahan yang baru.
T7Global kelihatan menghampiri bucunya.
Admin rasa boleh perhatikan sekiranya T7 Global berjaya memecahkan dua apex segitiga atas, yang bakal menandakan T7 Global sudah berjaya breakout dan membuat tujahan setelah fasa konsolidasi.
Abang Doji.