ASIAPAC tunggu masa nak meroketHasil selidikan menunjukkan kuanter ini mempunyai potensi berdasarkan TA dan FA yang baik. Lilin dilihat sedang menguji rintangan RM0.165 yang agak kuat berdasarkan corak graf sebelum ini telah cuba menguji beberapa kali pada harga tersebut. Mungkin inilah masanya untuk breakout memandangkan tren sedang menaik dan syarikat sedang untung. Kalau lihat tren dulu-dulu, kuanter ini mendatar sahaja dan bila naik boleh capai sehingga Fib Retracement 2.618 dalam tempoh 1 tahun. Graf juga berkemungkinan sedang berada pada gelombang 3 Elliot Wave. Sasaran harga mungkin boleh mencapai lebih RM0.300 melalui Fib Extension 0.618, 1.618 dan 2.618.
Gelombang Elliott
Pestech - Masih bermain dalam saluran korektifAnalisis Pestech
Kelihatan Pestech sedang dalam fasa korektif. Ini dapat dilihat dengan kejatuhan Pestech yang perlahan, batang lilin yang pendek pendek serta saluran menurun yang jelas korektif.
Pestech kelihatan sudah menyentuh paras fibonacci 61.8%, kawasan yang sesuai untuk kembali menyambung tren menaik.
Signal pembelian adalah ketika Pestech berjaya memecahkan saluran menurun, manakala paras invalidasi adalah di paras fibonacci 0.618%.
Kawasan mengambil untung adalah sekitar ketinggian yang baru.
Abang Doji.
Jcy - Mungkinkah reversal?Analisis JCY
Jcy kelihatan sudah menyiapkan 5 gelombang kejatuhan untuk wave C dengan hubungan Wave C = 1.236 Wave A.
Admin positif dengan Jcy sekiranya Nasdaq berjaya meneruskan tren menaik dan membuat ketinggian yang baru.
Sekiranya Jcy berjaya memecahkan Saluran Menurun, kemungkinan Jcy sedang memulakan tren menaik yang baru.
Abang Doji.
Widad - Ke atas nampaknyaAnalisis Widad
Widad kelihatan telah menyiapkan 3 gelombang korektif ABC dalam bentuk Zigzag (5 - 3 - 5). Pendapat ini disokong oleh garisan Saluran Menurun yang berjaya ditembusi oleh Widad. Harga juga telah membuat korelasi A = C yang sangat sinonim dengan ratio pergerakkan korektif.
Buat masa sekarang, Admin berpendapat bahawa Widad sedang dalam Gelombang 3 dari 5 gelombang ke atas.
Pendapat ini valid sekiranya Widad berjaya membuat satu lagi ketinggian (wave 5) selepas satu Retracement (untuk Wave 4), dengan syarat retracement ini tidak membolosi kawasan Wave 1 (kotak biru).
Sekiranya retracement ini memasuki kawasan Wave 1, bermaksud Widad hanya membuat 3 gelombang kenaikan, dan admin berpendapat bahawa ada lagi kejatuhan untuk Widad.
Bagus untuk diperhatikan esok hari.
Abang Doji.
Dufu - Corak Bahu dan KepalaAnalisis Dufu -
Kelihatan Dufu telah melengkapkan tujahan segitiga untuk Gelombang 4.
Kini Dufu sedang membuat corak Bahu dan Kepala, sekaligus menandakan kemungkinan Dufu akan mencari paras harga yang lebih rendah.
Paras RM3.095 adalah penting, kerana sekiranya dibolosi, berkemungkinan Dufu sedang dalam fasa pembetulan yang lebih besar, dan kita akan menyaksikan lebih banyak risiko kejatuhan.
Abang Doji.
KLCI - Mungkinkah akan memecahkan Baji Menurun?Analisis Klci
Klci kini kelihatan sedang membuat corak baji menurun, juga dikenali sebagai Leading Diagonal dalam Elliott Wave.
Sekiranya Klci berjaya memecahkan garis tren atas, Klci mungkin akan membuat sedikit pantulan ke atas.
Sebaliknya sekiranya Klci pecah ke bawah, kemungkinan Klci akan terus menyempurnakan corak Kepala dan Bahu (Head and Shoulders).
Abang Doji.
Censof - Memecahkan SegitigaAnalisis Censof.
Kelihatan Censof telah memecahkan dua apex atas segitiga (wave B dan D) dan kita sedang menyaksikan harga Tujahan Segitiga ke atas.
Target adalah sekitar RM0.34-RM0.35.
Paras invalidasi adalah pada RM0.25
Memecahkan paras itu bermaksud tujahan segitiga telah tamat.
Abang Doji.
XAUUSD Idea perdaganganPenafian:
Ini adalah Analisa peribadi sebagai Catatan Analisa, dan Sangat bermakna bagi saya.
Mohon tidak sebagai isyarat untuk masuk perdagangan kerana Analisa yang saya posting ini boleh saja salah.
Jika dilihat analisis ini Mohon perhatikan dengan sangat hati-hati dan detail.
Dan selalu dipelajari dengan cermat.
Jftech-Wa Uptrend kaunter Sama seperti Emak dia bak kata omputih (like 'mother' like son)
-Pergerakan Wave lebih jelas kerana baru
-Tahap sokongan di Rm 0.765 sebagai paras yang perlu bagi perhatian.
-seterusnya target seperti apa yang dilukis.
-pergerakan harga akan dipengaruhi dengan emaknya.
-Simple is power-
Annjoo - Masih ada kenaikanAnalisis Annjoo
Annjoo baru sahaja memecahkan 5 gelombang ABCDE untuk sebuah segitiga. Annjoo kelihatan memecahkan segitiga ke atas, membuatkan ianya laju keluar sebagai "Triangle Thrust".
Buat masa sekarang, Annjoo masih ada kenaikan untuk 5 gelombang selepas pecahnya segitiga.
Garisan invalidasi adalah di paras RM1.63.
Target adalah sekitar RM2.20 - RM2.5
Sekiranya Saluran menaik merah itu gagal menahan harga, maka besar kemungkinan kenaikan sudah tamat.
Abang Doji.
Bitcoin - Masih ke bawahAnalisis Bitcoin
Admin melihat kenaikan Bitcoin hanyalah korektif ke atas. Masih banyak ruang ke bawah.
Untuk yang melabur dengan Bitcoin, cari entry setelah tujahan ke bawah ini selesai. Ini adalah entry agresif di mana kita membuat andaian kejatuhan Bitcoin adalah 3 gelombang korektif dan masih ada lagi ketinggian baru.
Untuk pelabur yang konservatif, perhatikan sekiranya Bitcoin membuat 5 gelombang ke bawah. Sekiranya ya, maka tunggulah 2,3 bulan untuk kejatuhan yang lebih signifikan.
Abang Doji.
Tujahan Terakhir untuk Minyak MentahAnalisis Minyak Mentah
Kelihatan minyak mentah telah membuat ketinggian baru seperti analisis admin sebelum ini.
Berhati hati kepada buyer, kerana admin merasakan ini adalah tujahan terakhir sebelum minyak mentah melunjur jatuh.
Signal awal adalah sekiranya minyak mentah memecahkan saluran menaik dalam carta.
Abang Doji.
Jcy - Penilaian SemulaAnalisis Jcy
Admin menilai semula cara kenaikan Jcy dan mengambil keputusan untuk menukar kiraan gelombang setakat ini.
Jcy kelihatan telah menemukan paras sokongan tepat di paras 1.618% Fibonacci (kotak hijau). Ini adalah paras Fibonacci Ratio Emas yang sangat sinonim untuk gelombang ketiga (atau C).
Kenaikan Jcy dari paras itu kelihatan impulsif dan berserta volume, yang merupakan kenaikan sihat. Namun retracement yang datang selepas kenaikan itu agak drastik.
Jcy kini dipersimpangan.
Sekiranya Jcy memecahkan paras 0.480, maka kenaikan Jcy baru baru ini adalah gelombang keempat, dan Jcy masih mempunyai ruang untuk turun bagi melengkapi Gelombang 5.
Namun sekiranya Jcy berjaya memecahkan ketinggian baru di paras RM0.590, maka admin cenderung meletakkan Jcy telah menemui dasarnya di paras RM0.48 dan Jcy akan rally membuat ketinggian yang baru.
Buat yang belum masuk, cadangan harga masuk adalah bila Jcy berjaya memecahkan paras RM0.590.
No Breakout, No Entry.
Abang Doji.
Pmhldg - Potensi kenaikan yang jelas, namun bersabarkah kita?Analisis Pmhldg
Kelihatan Pmhldg sudah membuat 5 gelombang kejatuhan, dan kini menanti pantulan sekurang kurangnya dalam bentuk ABC.
Pmhldg telah membuat sideways ranging dalam masa kira kira 2 bulan, dan analisis Elliott Wave ini tidak meletakkan apa apa had masa untuk gelombang harga bergerak.
Harga kini telah berada di atas MA20 dan MA50, satu indikator biasa yang digunakan untuk melihat mid term dan short term trend.
Pendapat admin, Pmhldg sesuai untuk mereka yang mempunyai kesabaran yang tinggi.
Abang Doji.
Ecoworld - 1 lagi Higher High sebelum sambung Major TrendAnalisis Ecoworld
Ecoworld kelihatan sedang membuat kenaikan dalam gelombang C untuk 4.
Kelihatan telah menemui sokongan di paras fibonacci 0.618%, dan bersedia untuk membuat kenaikan yang baru.
Target minimum adalah RM0.525, target Bonus adalah kawasan RM0.545.
Secara umumnya, Ecoworld mempunyai setup bullish yang agak kuat dan selamat.
Abang Doji.