TECHNAX : Jangkaan Elliott Wave 1. Berada dalam keadaan uptrend kerana harga berada atas MA200,MA50 dan MA20.
2. Harga telah breakout range sideways dengan candle yang panjang disertai volume yang besar melebihi volume sebelum ini.
3. Dengan kemasukan pelabur baru dengan jumlah volume yang besar ini akan membentuk wave untuk kaunter Technax
4. Bullish divergence yang berlaku pada indikator RSI menunjukkan permulaan wave.
5. Wave 1 telah terbentuk dengan sempurna.Kebiasaannya kita akan terlepas untuk trade dalam wave 1.
6. Kemudian retracement abcde hampir siap untuk wave 2.Ini merupakan complex correction. Jadi correction wave 4 nanti akan jadi simple abc
7. Boleh ready untuk masuk dalam wave 3, boleh buat pembelian pada harga support 0.140 atau tinggi sedikit drp harga support
8. Target price iaitu pada harga 0.30 iaitu pada level resistence atau rendah sedikit.
Gelombang Elliott
Artroniq - Masih ada ruang kenaikanAnalisis Artroniq
Kelihatan Artroniq ingin menyiapkan gelombang kelima untuk rally 5 gelombang.
Admin merasakan ada lagi ruang kenaikan buat Artroniq, dengan sasaran RM0.55.
Sekiranya berjaya bermain atas RM0.55, Rm0.58 dan seterusnya RM0.64 sebagai TP terakhir.
Abang Doji.
CCM - Konter Pelaburan yang KukuhCCM kelihatan sedang dalam Wave 3, gelombang kenaikan terpanjang dan terkuat.
Untuk pelaburan dengan modal besar, admin rasakan CCM adalah konter berfundamental baik yang sesuai untuk dijadikan konter pelaburan pilihan.
Cadangan harga masuk adalah di kawasan kotak oren, di paras 0.236% dan 0.382% retracement.
Potensi keuntungan dari kawasan itu adalah kira kira 40%.
Abang Doji.
Parlo - Escobar yang bakal melaju.Analisis Parlo
Parlo masih di fasa pembetulan. Kini berada di paras sokongan Fibonacci 0.380%.
Harga entry adalah di paras paras sokongan Fibonacci, paras henti rugi adalah di garisan merah.
Admin letakkan Parlo dalam Watchlist tapi secara peribadi harga Parlo masih belum menarik bagi admin.
Abang Doji.
RL - Bagaimana mencari EntryAnalisis RL
RL adalah konter bertemakan IPO untuk tahun ini.
Besar kemungkinan konter seperti RL akan memulakan harga dengan 5 waves move, bukan 3.
Jadi admin berpendapat masih ada potensi kenaikan RL untuk Gelombang 5.
Harga RL sekarang masih bermain sekitar channel yang mendatar, menunjukkan RL berkemungkinan masih dalam fasa pembetulan.
Secara idealnya, RL harus memecahkan saluran ini ke bawah untuk menyiapkan kitaran pembetulannya.
Cara entry terbaik pada pendapat Admin:
1. Sabar menunggu di kawasan RM0.42 - RM0.45. Kawasan ini berisiko rendah dan mempunyai potensi ganjaran yang lebih besar.
2. Beli sekiranya harga memecahkan kawasan RM0.530. Cara ini sangat berisiko kerana berkemungkinan harga membuat Fake Out untuk melepaskan pegangan saham.
Admin akan menunggu di kawasan lebih bawah, dan menjadikan garisan merah RM0.415 (Wave 1 - Wave 4 Overlap) sebagai paras henti rugi.
Abang Doji.
Hwgb - Tiada lagi ketinggian baruAnalisis Hwgb
Hwgb telah membuat satu segitiga besar selama 44 hari, namun hanya memerlukan 1 hari untuk pump dan dump semua pegangan selepas "Triangle Thrust Breakout".
Satu praktis jahat dan pasti membuatkan para pedagang ketakutan dengan konter sebegini.
Pada analisis admin, Hwgb telah mencapai paras sokongan Fibo Extension 1.618%, dan admin menantikan sedikit lantunan teknikal sebelum menyambung kejatuhan.
Ada banyak pengumpulan berlaku pada harga RM0.645 pada Jumaat lepas, namun kiraan admin Hwgb perlu mempunyai satu kejatuhan lagi sekitar RM0.62 - RM0.635 untuk melengkapkan kitaran kejatuhan.
Admin akan ambil trade ini dengan menjadikan paras Saluran Menurun merah sebagai Harga Masuk dan kerendahan terakhir (RM0.62 - RM0.635) sebagai paras henti rugi.
Abang Doji.
Cscstel - Baji Menaik?Analisis Cscstel
Kelihatan Cscstel ingin membuat corak Baji Menaik (Ascending Wedge) sebagai corak Ending Diagonal dalam gelombang 5 analisis Gelombang Elliott.
Sekiranya paras invalidasi tidak dibolosi, maka corak masih valid.
Jadikan paras invalidasi sebagai paras henti rugi.
Abang Doji.
Teoseng - Menunggu tujahan ke atasAnalisis Teoseng
Kelihatan Teoseng ingin menyiapkan gelombang ketiga dengan sasaran paras Fibonacci 1.618% (Gelombang 3 = 1.618% Gelombang 1).
Sasaran untuk Gelombang 3 ini adalah pada RM0.97.
Paras invalidasi adalah pada RM0.895, iaitu sekitar 3-4% risiko.
Risiko yang sangat kecil bagi admin. Kelihatan struktur harga Teoseng kelihatan sangat korektif, dan berkemungkinan untuk menunggu satu lagi rally.
Abang Doji.
UMW - Berkemungkinan untuk meneruskan kenaikanAnalisis UMW
Kelihatan UMW telah memecahkan saluran menurun korektif merah di paras sokongan Fibonacci 0.380%.
Berkemungkinan untuk UMW terus menaik mencipta ketinggian yang baru.
Paras invalidasi senario ini adalah di garisan merah, dengan risiko yang agak tinggi melebihi 8%.
Abang Doji.
MESTRON BERJUANG UNTUK WAVE KE 5 Seperti yang saya kongsikan sebelum ini.. MESTRON TF DAILY yang telah melakukan wave 3 dan telah menamatkan wave 4 iaitu Fasa pembetulan. Kini MESTRON telah memulakan langkah wave ke 5 nya.. adakah MESTRON mampu mencapai FIBO 61.8%..? Sama sama kita nantikan persembahan kaunter ini.
Penafian: Perkongsian ini ada bertujuan untuk pembelajaran dan kajian. Tiada signal BUYCALL diberikan.
DATAPRP BAKAL MEMULAKAN GELOMBANG KE 3 ELLIOT WAVE?Wave ke 5 terkini untuk DATAPRP Daily telah berlaku pada 3 Sep 2020 dan Wave berwarna kuning menunjukkan DATAPRP WEEKLY bakal memulakan Wave ke 5. Kini DATAPRP TF Daily ini telah menamatkan wave ke 2 (warna merah) dan bakal melangkah menuju Wave 3. Adakah ia nya benar-benar akan berlaku dan mungkin dapat mencecah FIBO 61.8% iaitu pada harga 0.330? .Sama2 kita saksikan persembahan kaunter ini. Selamat berdagang buat semua.
Penafian: Perkongsian ini adalah untuk kajian dan pembelajaran. Tiada signal BUYCALL diberikan.
Tchong - Menemui DasarAnalisis Tchong
Tchong kelihatan telah memecahkan garisan menurun yang menjadi rintangannya.
Kelihatan Tchong telah berjaya menyiapkan 5 gelombang jualan.
Admin beranggapan paras fibo 23.6% adalah paras yang minimum untuk rebound Tchong dalam jangka masa panjang.
Risiko pelaburan ini adalah sekiranya Tchong membuat kerendahan yang baru, dengan nilai lebih kurang 15%.
Selamat melabur.
NIHSIN - Correction PhaseNIHSIN 7/12/2020
1. NIHSIN masih berada dalam correction phase (extended).
2. Membuat kenaikan dgn volume melebihi average volume pada hari ini.
3. Jika dapat memecahkan paras harga upper box 0.255 dan juga resistance 0.265, menandakan ia berjaya break daripada correction dan consolidation phase.
4. Berkemungkinan juga ia akan meneruskan kenaikan untuk mencari upper resistance dan seterusnya.
Menarik untuk diperhatikan!
// Kajian peribadi sahaja. TAYOR //
TDM - Uptrend Phase TDM 7/12/2020
Menarik untuk diperhatikan!
1. Berjaya brekout keluar daripada consolidation phase (kotak merah) pada 1/12/2020.
2. Membuat minor uptrend dalam cubaan untuk menuju ke 52w resistance pada paras 0.445.
3. Jika berjaya breakout dan bertahan di atas paras itu. berkemungkinan akan meneruskan kenaikan pada aras FIBO extension 1.618 atau lebih.
4. Masih berada dalam keadaan major uptrend jika berdasarkan Elliot wave pada monthly chart.
// Analisis peribadi. TAYOR //