Gelombang Elliott
HLT - Ratio Risiko dan Ganjaran yang menarikAnalisis HLT :
Kelihatan HLT telah membuat 5 gelombang kenaikan, dan menyiapkan koreksi Flat 3 gelombang ABC.
5 gelombang untuk Gelombang C sudah siap, dan kelihatan HLT juga telah memecahkan saliran menurun.
Admin akan cuba untuk masuk ke konter ini untuk swing. RRR yang sangat menarik.
Abang Doji.
Emas - Pecahan Triangle dan TargetKemaskini Analisis Emas
Emas kini telah memecahkan segitiga kedua dalam gelombang koreksinya. Harga yang jelas bermain dalam aliran menurun menunjukkan bahawa kejatuhan emas setakat ini hanyalah koreksi, dan masih ada potensi ke atas untuk jangka masa panjang.
Potensi dasar untuk emas adalah di bawah aliran menurun, bersama Fibo 1 (Hubungan Gelombang W = Gelombang Y).
Abang Doji.
KLCI - 3 Break, 3 BreakAnalisis KLCI
KLCI kelihatan masih bermain dalam range dan 3 gelombang. Kenaikan 3 gelombang, break. Kejatuhan 3 gelombang, break.
Ini sangat sinonim dengan corak triangle di wave 4 atau wave B/X.
Sekiranya ia adalah 5 gelombang segitiga, kita mesti ingat bahawa corak segitiga adalah gelombang terminal.
Ia bermaksud sekiranya ia pecah ke bawah, penurunan ini adalah gelombang terakhir sebelum rally yang signifikan bermula. Begitu juga sekiranya ia pecah ke atas, maka kita boleh jangka bahawa ada lagi gelombang penurunan di hadapan.
Abang Doji.
Crude Oil - Menantikan Sell Off Extension atau Sharp ReboundAnalisis Crude Oil
Admin kini melihat setiap kejatuhan crude oil akan diikuti dengan kenaikan yang sangat kuat. Kelihatan bull banyak menguasai market walaupun dalam rally yang korektif sebegini.
Admin masih memegang beberapa posisi short yang admin ambil di kotak biru.
Kita menantikan satu tujahan ke bawah.
Walaupun rally sejak March lepas kelihatan impusif dan 5 gelombang, namun seperti pesanan mentor admin, reversal yang terjadi untuk darjah yang besar selalunya akan menjalani gelombang koreksi yang dalam (deep retracement) .
Sl adalah di paras Invalidasi.
Buat masa sekarang sekiranya paras ini bocor, kita akan menyaksikan rebound yang sangat kuat ke atas dan admin akan bertukar posisi long.
Abang Doji.
Msm : Pasang Penggera untuk SwingAnalisis MSM
Konter MSM antara target admin untuk swing. Konter ni dah jatuh teruk sejak IPO nya. Jatuh takkanlah taknak naik kan.
Kelihatan MSM kini di paras sokongan Gelombang A = Gelombang C.
Namun untuk mengatakan Gelombang C sudah siap, kita perlukan bukti yang lebih kukuh.
Untuk swing, admin perlu lihat MSM memecahkan rintangan Gelombang 1 dan 4 Overlap di paras RM0.57.
Sekiranya berjaya, admin akan turut masuk.
Sekiranya gagal, admin melihat MSM akan membuat satu lower low lagi sebelum kembali naik.
Abang Doji.