Biohldg - Kejatuhan kelihatan korektifAnalisis Biohldg
Kejatuhan kelihatan sangat korektif untuk Biohldg. Admin menjangkakan ada lagi satu gelombang ke atas untuk gelombang 5.
Paras hubungan W = Y dan fibo 50% menjadi kawasan yang baik untuk gelombang korektif berakhir.
Konfirmasi adalah sekiranya Biohldg memecahkan aliran menurun dengan impulsif (Marubozu dalam daily chart).
Sekiranya pecah paras invalidasi, kenaikan hanya membentuk 3 gelombang korektif. Kejatuhan yang lebih besar akan menanti.
Perhatikan sentimen semasa Bursa untuk menilai kekuatan konter ini.
Abang Doji.
Gelombang Elliott
Asiaply - Segitiga yang menanti tujahanAnalisis Asiaply
Corak segitiga yang jelas buat Asiaply.
Secara amnya, corak segitiga (dalam analisis corak carta, corak segitiga ini dipanggil corak bendera penan / "pennant") adalah corak korektif yang menyambungkan tren sebelumnya.
Kita menantikan satu tujahan ke atas dan mensasarkan minimum kawasan 0.8 sebagai matlamat.
Sekiranya paras invalidasi dibolosi, maka kita tidak memanggil ini sebagai sebuah segitiga, namun dia adalah permulaan untuk gerakkan 5 gelombang ke bawah untuk 3 atau C.
Abang Doji.
KLCI - Potensi membuat lantunanKemaskini KLCI
Admin melihat KLCI mempunyai katalis yang baik, iaitu posisi konter konter getah yang menyumbang kepada kenaikan indeks.
Buat masa sekarang, KLCI masih bearish, namun sekiranya berjaya memecahkan aliran menurun dan paras invalidasi, kemungkinan KLCI akan membuat lantunan yang proportional dengan kejatuhannya sejak awal September.
Cadangan : Mula cari konter konter yang menarik untuk kita swing buat masa sekarang, terutama yang baru ingin memecahkan garisan aliran menurun. (Downtrendline)
Abang Doji.
IJM - Mencari akar paling bawahAnalisis IJM.
IJM kelihatan membuat satu koreksi yang kompleks (gelombang WXY) di dalam Elliott Wave. Kini hampir menamatkan 5 gelombang ke bawah, bermaksud kita menantikan satu rally yang signifikan untuk IJM.
Situasinya, samaada
i) IJM telah menyiapkan gelombang terakhir dan bersedia untuk kenaikan 300-400%'
ii) IJM perlukan satu kerendahan yang lebih rendah (Lower Low) untuk melengkapkan cycle kejatuhan seterusnya naik dari harga sekarang.
A good stock to invest big.
Abang Doji.
Greatech - Tunggu lebih bawah untuk gelombang 4Analisis Greatech
Admin suka Greatech sebab stock ni selamat. Nak pam 50k pun inilah stok yang sesuai.
Fundamental yang baik + Kenaikan impulsif yang jelas.
Greatech telah menyiapkan Baji Menaik dan kini turun untuk gelombang keempat.
Kita menantikan 5 gelombang kejatuhan untuk C dari 4 sebelum bermulanya kenaikan seterusnya.
Stok yang patut labur!
Abang Doji
KLCI - Masih menanti bullish confirmationAnalisis KLCI
Setiap yang naik pasti akan turun. Yang turun pasti ada naik.
Namun bagaimana kita mahu mengatakan bahawa tiada lagi kejatuhan dan tren sudah berubah?
Selagi belum memecahkan paras konfirmasi, admin masih bearish dengan KLCI.
Kita menunggu apa jalan seterusnya.
Abang Doji.
S&P - Masih bermain di rangeAnalisis S&P
S&P sudah kelihatan membuat 5 gelombang kejatuhan. Kini S&P bermain sekitar range yang sama untuk beberapa minggu.
Sekiranya pecah ke atas, admin lebih cenderung untuk melabel bahawa kejatuhan sudahpun tamat dan kita bakal menyaksikan satu lagi gelombang kenaikan.
Sekiranya pecah ke bawah, maka admin mengjangkakan bahawa satu lagi gelombang jualan yang besar akan bermula.
Kita nantikan ia pecah ke mana.
Abang Doji.
Minyak Mentah - Tambah Lauk Posisi JualAnalisis EW Minyak Mentah
Kelihatan minyak mentah telah membuat 5 gelombang kejatuhan dan kini membuat lantunan berbentuk 3 gelombang.
Sekiranya minyak mentah memecahkan aliran menaik, itu sedikit sebanyak memberi hint bahawa kemungkinan tren menurun bakal bersambung.
Bacaan oscillator RSI, Macd dan AO masih tidak menunjukkan sebarang bacaan menyapah (divergence), jadi admin masih menantikan satu lagi high untuk gelombang 5 dari C.
Admin telah menambah posisi jualan sekalipun menantikan satu lagi high untuk 5 gelombang C.
Abang Doji./
Ekovest - Di penentuan Bull atau Bear RunAnalisis Ekovest
Sedikit analisis Elliott Wave untuk Ekovest.
Admin merasakan ada lagi new low untuk Ekovest, namun sekiranya Ekovest berjaya memecahkan level kotak merah ini, kemungkinan kita akan menyaksikan satu rally yang lebih panjang untuk Ekovest.
Abang Doji.
Nasdaq - 0.618 Fibo Top?Kemaskini Nasdaq -
Nasdaq sudah berada di paras 0.618 carta mingguan.
Untuk darjah yang lebih kecil, kelihatan ada kemungkinan bahawa Nasdaq telah menyiapkan 5 dari 5 gelombang kenaikan. Kejatuhan tempohari adalah lebih besar dari puncak Mid February sebelum kejatuhan Corona Virus.
Admin lukiskan 3 channel menaik Nasdaq yang semakin lama semakin tinggi darjah kenaikan. Ini berpotensi untuk menjadi Klimaks Belian untuk Gelombang 5 dalam Elliott Wave.
Mari kita ikuti seterusnya.
Abang Doji.
KCLI - PersimpanganKemaskini Analisis KLCI -
KLCI seperti projection sebelum ini, telah menembusi paras sokongan dan kini sudah mulai bearish. kita menantikan 5 gelombang kejatuhan untuk menyiapkan gelombang C.
Paras bullish adalah 1585. Sekiranya menembusi paras ini, kemungkinan untuk kita melihat satu rally panjang adalah lebih cerah.
Sokongan seterusnya adalah 1460 di paras Golden Ratio.
Abang Doji