Gelombang Elliott
FCPO - Setup Swing Jual Analisis FCPO
Admin nampak seperti 5 gelombang ke bawah telah siap sepanjang awal tahun 2020. Kini menantikan sama ada rebound dari kejatuhan itu membentuk 3 gelombang atau 5 gelombang.
Setakat ini, 3 gelombang ABC telah jelas kelihatan.
Rebound FCPO ini kemungkinan hanya korektif, kerana:
1. Pergerakkan rally jelas hanya bermain di dalam aliran menaik (ascending channel)
2. Gelombang ketiga (C atau 3) tidak begitu kuat dan seakan terhenti di paras ekuilibrium A = C (Hubungkait gelombang A = C)
Entry adalah sekiranya aliran menaik itu dibolosi. Paras henti rugi adalah sekiranya harga membuat ketinggian yang baru setelah membolosi aliran menurun.
Abang tak trade CPO ye. Belum sempat lagi haha
Abang Doji
Greatech - Baji MenaikKemaskini Greatech
Greatech kini kelihatan telah menyiapkan corak Baji Menaik ataupun Diagonal Pengakhiran (Ending Diagonal) dalam jargon Elliottician.
Untuk corak kini kekal valid, gelombang kelima tidak boleh lebih panjang dari gelombang ketiga.
Maka dengan itu, ketinggian gelombang kelima mestilah tidak lebih dari fibo 1 (seperti dalam carta).
Paras konfirmasi adalah di paras gelombang keempat.
Abang Doji
Emas - Terpaksa Recount. Kenaikan sudah tamat!Kemaskini Emas:
Dengan penguatan US Dollar, kenaikan Emas mungkin bakal terhenti.
Admin telah menukar kiraan gelombang kerana kiraan sebegini lebih tepat.
Wujud corak 'pennant' / 'triangle' dan ada pendapat dalam analisis Elliott Wave bahawa 'triangle' tidak berada di posisi gelombang kedua.
Sekiranya kemungkinan ini diambil kira, Emas sudah menyiapkan 3 gelombang korektif dan kita bakal menyaksikan penurunan harga yang lebih banyak.
Abang Doji.
Nasdaq : Gelombang Kelima yang mungkin MemanjangKemaskini Nasdaq:
Nasdaq kini sedang diniagakan di gelombang kelima, gelombang terakhir sebelum satu pembetulan.
Kelihatan seller sedang cuba membuat volume berhenti (Stopping Volume) di paras fibo 1.618%, seiring dengan hubungan biasa gelombang 3 = 1.618% gelombang 1.
Sekiranya gelombang ketiga berhenti di paras ini, maka gelombang kelima boleh jadi memanjang sehingga 4.618% paras fibo 1.
Nasdaq berada di paras rintangan bulanan yang kuat. Admin secara peribadi tidak menjangkakan bahawa Nasdaq boleh menutup harga di paras ini untuk bulan Ogos.
Abang Doji.
Dow Jones - Masih mendakiKemaskini Dow Jones :
Dow Jones masih mempunyai potensi menaik sebelum melakukan pembetulan (atau meneruskan perjalanan).
Dalam semua keadaan gelombang jualan bermula, volatiliti Dow Jones akan menurun, yang juga satu indikator biasa menandakan satu gerakkan besar akan bermula.
Abang Doji
KLCI - Bocor Paras Ini, Lari!Kemaskini KLCI -
Klci kini sudah menyiapkan 5 gelombang impulsif 12345. Kini menanti satu paras konfirmasi untuk meneruskan gelombang jualan.
Berbanding dengan indeks serantau, Nikkei kelihatan mempunyai gelombang yang sama, namun HSI kelihatan lebih kuat untuk terus naik diambang risiko ekonomi yang semakin merudum.
Sekiranya paras 1549 ini bocor, admin berpendapat gelombang jualan akan mula menguasai KLCI.
Abang Doji
Greatech - Beli jika BreakoutKemaskini Greatech
Susulan idea minggu lepas, Greatech kelihatan sudah menemui puncak selepas membuat satu lagi high melepasi paras fibo 4.618%.
Kelihatan kejatuhan samada korektif atau membentuk 1 leading diagonal sebagai wave pertama kejatuhan.
Untuk yang berminat dengan saham ini, cadangan admin adalah untuk beli sekiranya ia melepasi paras RM5.545.
Abang Doji.