Gelombang Elliott
DNEX - tiba masanya untuk breakoutDNEX kelihatan telah selesaikan pattern pembetulan seperti yang dicadangkan dalam trading idea terdahulu. sedikit pembetulan telah dibuat pada carta terkini.
harga telah menembusi R2 dengan volume yang kuat, kemungkinan akan ada follow up untuk esok untuk kekalkan breakout pada hari ini. namun begitu, oleh kerana esok hari jumaat, mungkin pasaran akan jatuh untuk aktiviti pengambilan untuk jangka masa pendek.
Frontkn kini di Gelombang ke 5Semalam dengan jayanya Frontken membuat breakout untuk mencipta ketinggian baru. Tapi adakah ia akan naik tanpa had?
Jika melihat pada carta mingguan, frontken kini di Gelombang ke 5 mengikut teori Elliott Waves.
Melalui Fibonacci Projection, maka kita boleh dapat target price sekitar 1.23 dan 1.41.
Setelah capai ke puncak gelombang 5, biasanya harga akan membuat pembetulan major. Ini boleh jadi Distribution Consolidation (sesudah itu harga akan tren ke bawah) ataupun Re-Accumulation Consolidation (sesudah itu harga akan sambung kenaikan). Yang pastinya Consolidation ini makan masa panjang.
Trade Smart.
*Analisis ini sekadar untuk pembelajaran, bukan Buy Call. Anda dinasihatkan untuk melakukan analisa sendiri sebelum membuat sebarang keputusan.
VELESTO - masih uptrendVELESTO kelihatan dalan wave 3 dan mula membuat pembetulan. kemungknan menuju kearah S1 untuk wave 4 sebelum kembali mencuba paras R1 untuk wave 5. Jika S1 gagal menahan pergerakan harga dari turun, paras seterusnya ialah S2. Jika paras ini juga ditembusi, maka pengiraan elliott wave ini terbatal.
ATURMAJU bersedia untuk membuat uptrendJika dilihat pada carta mingguan Aturmaju, ianya bertepatan dengan teori atau kaedah fasa pengumpulan WYCKOFF.
FASA A : Menandakan penghentian tren menurun. Kita dapat lihat harga sebelum ini dalam tren menurun, tetapi di FASA A, berlaku kenaikan volume dan kenaikan harga yang agak tinggi. Ini menyerap momentum bearish. Kemudian ianya kembali turun dengan kadar yang lebih perlahan.
FASA B : Fasa ini adalah fasa pengumpulan minat pelabur profesional besar atau institusi berikutan harga yang murah. Di sini profesioanal mengawal kenaikan harga dengan melakukan pembelian dan penjualan. Bermula dengan volume yang besar dan juga swing yang besar, ianya beransur-ansur berkurang. Apabila volume dan swing menjadi kecil iaitu kenaikan (retailer) sudah keletihan, maka ia bersedia untuk FASA C.
FASA C : Di fasa ini ia menguji bekalan (supply/seller) dengan menjatuhkan harga dari paras terendah. Waktu ini operator "Smart Money" akan melihat dan memastikan jika saham ini bersedia untuk membuat mark up. Kejayaan ujian ini ditunjukkan apabila volume ketika kejatuhan adalah rendah dan harga kembali naik ke paras terendah sebelum ini.
FASA D : Di fasa ini harga membuat sokongan baru yang lebih tinggi selepas sedikit mark up. Dan permintaan (demand/buyer) konsisten mengatasi bekalan (supply/seller). Di fasa ini juga menunjukkan volume kembali meningkat di mana, para pelabur mula memasuki.
FASA E : Di sini lah fasa mark up atau kenaikan sebenar akan bermula di mana permintaan telah benar-benar menguasai bekalan. Atau boleh dikatakan ini adalah fasa permulaan kenaikan atau tren menaik setelah fasa pengumpulan.
Jika dilihat di FASA D, ianya membuat corak mendatar Elliott Waves abcxabc. Dan volume juga mula tinggi. Harga juga konsisten di atas awan Ichimoku. Ini memberi isyarat bahawa ianya bersedia untuk memasuki FASA E (kenaikan).
Jadi bilakah atau entry sesuai?
Entry sesuai adalah apabila harga melepasi puncak (badan candle) FASA D iaitu 0.470. Atau apabila harga melepasi Kijun Ichimoku di 0.425.
CAB - minat belian berserta kenaikan harga"Price volume action" menjelaskan kenaikan harga disertai dengan volume yang tinggi merupakan penunjuk positif pergerakan harga dijangka akan naik lagi.
Target R1
Stoploss S1
Jika berjaya tembus R1, sebahagian dari pegangan boleh di jual pada paras 25%, 50% dan 75% (full target) untuk pengurusan kewangan yang lebih baik.