Gelombang Elliott
Ni Hsin membuat corak kenaikan Elliott Waves?Melihat pada carta, kita dapati Ni Hsin telah membuat fasa pembetulan (correction) yang lengkap (i, ii, iii, iv, v) sebelum membuat kenaikan lantas membentuk gelombang 1.
Kemudian dia menurun kembali sebanyak 61.8% ketinggian gelombang 1, dan membuat higher low. Ini mengesahkan ia membuat corak Elliott Waves gelombang ke 2.
Dari seterusnya naik melepasi 50% ketinggian gelombang 2 (0.285) serta berjaya membuat paras sokongan di situ. Ini menguatkan lagi corak Elliott Waves yang dibuat.
Dari sini kini boleh membuat anggaran dia akan naik hingga ke paras 0.41 (gelombang 3) iaitu 161.8% ketinggian gelombang 1 kemudiannya diukur dari low gelombang 2. Namun ia juga boleh pergi sekadar ke 0.350 iaitu 100% ketinggian gelombang 1 diukur dari low gelombang 2.
Dengan mengambil kira kebiasaan gelombang iaitu 161.8% kita buat andaian dia akan pergi ke 0.41 dan kemudiannya turun kembali ke 0.350 iaitu 38.2% ketinggian gelombang 3. Lantas membentuk gelombang 4.
Dari gelombang 4 ia akan meneruskan pendakian hingga ke 0.470 (61.8% ketinggian dari permulaan kenaikan hingga ke puncak gelombang 3) atau 0.505 (78.6% ketinggian dari permulaan kenaikkan hingga ke puncak gelombang 3) sebelum membuat pembetulan. Ini membentuk gelombang 5.
Bilamana kita hafal dan kenal corak-corak pada carta seperti Elliott Waves, maka mudah bagi kita untuk memasang strategi trading kita. Tidak lagi tertanya-tanya boleh naik lagi ke tidak. Kita trade dengan lebih yakin dan tidak mengikut emosi.
Setelah mengenal pasti corak, tugas kita seterusnya hanyalah melihat pada candle dan volume untuk memastikan ia mengikut pergerakan corak yang kita jangkakan. Seandainya ia menyimpang dari jangkaan kita, maka kita tahu ada sesuatu yang tidak kena maka mudah untuk kita membuat keputusan untuk keluar dari posisi.
MASTEEL - masih bearishMASTEEL secara keseluruhan masih dalam keadaan bearish. belum ada kelihatan tanda-tanda reversal, akan tetapi kiraan Elliott Wave pada carta mingguan telah cukup. kini sama ada pergerakan seterusnya akan membuat wave X dan menyambung kejatuhan, atau sebuah permulaan yang baru.. kita sama-sama saksikan..
TRC (10/03/19)TRC sedang berada di area supply/support di dalam minor wave B dan kelihatan tidak berjaya melepasi paras terendah pada harga 0.530. Justeru berkemungkinan TRC akan mula membuat kenaikan untuk menyiapkan minor wave C sekaligus melengkapkan struktur major wave E pada zon harga 0.610 atau lebih tinggi 0.650. TAYOR.
EP: 0.530-0.540
SL: 0.520
TP: 0.610/0.650
BAHVEST: Akhir gelombang 5?1) Bahvest nampaknya mampu melakukan reverse pattern daripada bearish momentum kepada bullish momentum daripada 19 december 2019 pada harga lowest 0.325 kepada harga tertinggi 0.675 dengan kenaikan harga lebih drpd 100%.
2) beberapa pullback cantik telah [un berlaku. boleh lukis gunakan gelombang elliot dan nampaknya telah berada pada hujung gelombang 5.
3) Area rintangan akan bermula pada 0.685 sehingga 0.725 berdasarkan pattern chart sebelum ini.
4) isyarat indicator menunjukkan kaunter telah overbought.
5) Sesapa ingin berdagang di kaunter ini harus berhati2. takut tersangkut je kat pucuk.
KEMASKINI FGV1) Isyarat kelemahan telahpun keluar pada 21 February dengan UPTHRUST bar volume tinggi, dimana nampak berlaku penjualan
2) Bila dilukis mengikut gelombang elliot, maka 21 February sebagai akhir daripada gelombang 5.
3) Pembetulan ABC mungkin akan berlaku, gunakan kaedah Fibonacci untuk mengetahui kemungkinan correction gelombang C. Digabungkan dengan indikator untuk mengetahui area oversold.
3) Kemungkinan akan berlaku fasa pengumpulan dengan volume yang rendah sebelum ianya naik kembali.
Hengyuan - target jangka masa pendek dah dicapaiHengyuan carta mingguan telah mencecah saran MA50. kini masa untuk pembetulan harga (correction).
Mengikut carta harian, pergerakan harga telah membentuk chart pattern ascending wedge, yang mana ia merupakan sebuah chart pattern yang bearish. kelihatan pengiraan elliot wave juga seperti telah mencapai wave 5 dan sedia untuk wave pembetulan ABC.
Short term - Bearish - target S1. Cut loss kalau harga menembusi R1
DAYANG (06/03/19)DAYANG telah berjaya memecahkan resistance weekly dengan kemasukan volume yang besar. Sekarang dalam proses melengkapkan wave B weekly dengan membuat penurunan terlebih dahulu ke paras support pada harga 0.860 sekaligus menutup gap yang berlaku sebelum kembali membuat kenaikan untuk melengkapkan wave C weekly ke paras resistance pada harga 1.760.
TAYOR.