GDB Dalam Usaha Mencari dan Menguji Aras ATHGDB pada hari ini dibuka gap up dan ditutup di atas middle Bollinger Band (BB). Secara teorinya boleh jadikan middle BB iaitu 0.950 sebagai strong support. EMA4 telahpun bersilang dengan EMA9 mengasilkan anak panah hijau ke atas. Potensi untuk GDB mendaki ke atas untuk menguji sekali lagi aras tertinggi sepanjang hayat (all time high, ATH) iaitu di 1.08. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Emacross
SLVEST (Permulaan Kenaikan?)Sektor:
- Industrial Products & Services, Green Tech.
- IPO (26 November 2019)
Idea analisis:
- Dah complete double GC (EMA 7 cross up EMA 21 + MACD) sejak 2 minggu.
- Break short down trend line.
- Tutup di atas EMA 7.
- MACD mendaki ke atas paras 0.
- Adakah SLVEST dikira permulaan uptrend?
Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line dan 'ride the trend' atau;
- Tunggu MACD cross up kali kedua untuk entry.
- CL jika candle close di bawah trend line atau;
- MACD cross down.
GKENT Menanti Golden CrossGKENT menarik untuk diperhatirapatkan kerana baru sahaja melintasi garisan EMA50 dan aras target adalah di aras EMA200 (line gold). Jika berjaya, EMA50 akan membuat persilangan emas (golden cross) dengan EMA200 dan menjadi petanda kepada signal strong bullish. Sama-sama kita perhati rapat & sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
DBHD mampu untuk teruskan kenaikan ?DBHD seolah telahpun habis melakukan pullback setelah berlaku kenaikan semasa rebounce (rujuk chart pada volume). Jika diperhatikan pada EMA20, pergerakannya seolah akan mencari EMA50 yg membawa maksud perubahan positif. Secara amnya, DBHD sudah cukup kuat untuk meneruskan kenaikan ke paras kejatuhan sebelum ini ketika 1st wave covid.
LAYHONG: Kaunter ayam berpotensi lagiii...Analisa ringkas bagi kaunter ni..corak carta yang telah dibentuk adalah 'Triple Bottom'. Harga jangkaan pula boleh mencapai sehingga 0.620. Indikator MACD positif manakala harga dah berada di atas awan ichimoku.
Pergerakan harga melebihi 0.475 diikuti volume dagangan yang tinggi merupakan tanda harga akan menaik lagi.
Selamat berdagang!