EMAS (Telah Tiba Masa untuk Berhenti Berehat)Berita baik buat pelabur emas.
Baru² ini, EMAS telah berjaya BDTL dengan jayanya selepas beberapa kali membuat rejection. Kemudian, EMAS retest di atas trend line dan classical support (RM 230 - RM 233) dahulu sebelum meneruskan kenaikan.
Ketika ini, muncul juga signal 'hidden bullish divergence' daripada indikator stochastic RSI. Signal ini menandakan bahawa momentum penjualan / penawaran sangat kuat tetapi tidak mampu untuk menjatuhkan harga ke bawah kerana ketika ini, minat pembelian / permintaan terhadap EMAS adalah lebih kuat.
Mengikut MA 200 (rujuk garisan hitam), EMAS masih downtrend untuk long term. Terkini, EMAS dilihat cuba melepasi MA 200 dan berpotensi menuju ke paras harga RM 250/gram yang merupakan SBR bagi EMAS.
Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan (downtrend line).
* Rejection = Keadaan dimana harga tidak mampu melepasi paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'classical support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
Emashariini
EMAS (Berjaya Melawan Arus Penurunan)EMAS secara overall dilihat masih dalam downtrend. Sebelum ini, EMAS dilihat berjaya melepasi MA 50 tetapi tidak mampu melepasi downtrend line. Walaubagaimanapun pada hari ini, EMAS telah melepasi MA 50 dan juga downtrend line. Adakah BDTL ini mampu membuat EMAS reversal atau sekali lagi membuat technical rebound?
Jika EMAS mampu bertahan di atas RBS (RM 230/gram - RM 233/gram), target seterusnya adalah pada harga RM 250/gram. Jika harga sekali lagi jatuh di bawah RBS (RM 230/gram - RM 233/gram), target seterusnya adalah pada harga RM 220/gram.
Nota kaki:
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend.
* Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika sebelum meneruskan penurunan.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
EMAS (Dua Garisan Penting untuk Dilepasi)- EMAS masih di dalam mood downtrend.
- EMAS meneruskan penurunan sehingga ke paras RM 220/gram.
- Kemudian EMAS dilihat rebound sehingga ke paras SBR. Paras ini penting untuk dilepasi tetapi EMAS dilihat tidak berjaya untuk melepasi paras SBR ini. Jadi, kemungkinan kenaikan ini hanya technical rebound atau dead cat bounce sahaja.
- Setelah melepasi garisan SBR ini, EMAS perlu melepasi garisan downtrend line pula untuk bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend atau sideways.
- Kemungkinan EMAS akan jatuh semula di atas new support. Setelah jatuh di paras new support, amat penting untuk dilihat samada EMAS jatuh melebihi paras new support atau cuba untuk rebound semula. Jika harga EMAS jatuh melebihi paras new support, EMAS akan meneruskan penurunan dan mencari support terbaru manakala jika harga EMAS rebound kembali, kita perlu perhatikan samada harga mampu memecahkan SBR atau tidak.
Nota kaki:
* Downtrend = Penurunan / Harga menurun.
* Rebound = Harga melantun keatas.
* SBR = Support Become Resistance. Paras harga RM 230/gram sebelum ini adalah support (lantai) terkuat untuk EMAS tetapi apabila EMAS jatuh di bawah support (lantai) ini, support (lantai) ini menjadi resistance (rintangan) pula bagi EMAS.
* Technical rebound dan dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika 'harga jatuh secara keseluruhan'.
* Uptrend = Kenaikan / Harga menaik.
* Sideways = Harga mendatar.
* New Support = Lantai baru.
EMAS (Sudah Bertemu Lantai Baru untuk Bertapak?)Idea analisis:
- EMAS masih berada dalam keadaan downtrend.
- Setelah jatuh di bawah support terkuat iaitu RM 230/gram, EMAS dilihat membuat support terbaru di paras harga RM 220/gram. Ini dikuatkan lagi dengan indikator Stochastic RSI yang membuat cross up di paras oversold.
- Adakah RM 220/gram merupakan support terakhir EMAS sebelum meneruskan perjalanan ataupun EMAS akan turun lagi mencari support terbaru?
Nota kaki:
* Stochastic RSI oversold = Line Stochastic RSI berada di bawah paras 20.00.
* Stochastic RSI cross up = Line biru bersilang ke atas line merah.
GOLD (Misteri RnR 1775)- Baru baru ni, emas menurun dengan drastik setelah terkeluar daripada lingkungan accumulation (pengumpulan).
- Sebelum ini, emas bertahan di support 1800 selama 3 hari.
- Dua candle hijau di atas support 1800 memberikan petanda palsu untuk emas rebound.
- Emas kemudian jatuh lagi dan membuat support baru pada 1775.
- Emas berehat sebentar kemudian muncul satu candle hijau yang besar menelan dua candle merah.
- Adakah ini dikira Fresh Rebound atau hanya Fake Rebound?
Nota:
*support = lantai / RnR.
*fresh rebound = Harga mula melambung naik.
*fake rebound = Harga nampak seperti melambung naik tetapi tidak (petunjuk palsu).