Falling Wedge
RHONEMA 2.1.22Harga terkini : 0.74
Resistance : 0.79, 0.845, 0.91
Support : 0.66, 0.70, 0.59
Saham ini telah membuat breakout (momentum) di bollinger band atas di carta weekly selepas breakout bentuk pattern falling wedge. Kemungkinan akan ada perubahan trend daripada sideway. Dicadangkan untuk tunggu pullback di support untuk entry.
Syariah; tidak, anda boleh semak status syariah saham di www.bursamarketplace.com
Ini hanya idea trading, sila guna trade plan anda sendiri.
Selamat bertrading.
Terima kasih.
KAJIAN 2: Empat Jenis Segitiga dalam SahamTerdapat banyak jenis segitiga dalam saham. Antaranya:
1) Rising & Falling Wedge Pattern.
2) Ascending & Descending Triangle Pattern.
3) Bullish & Bearish Pennant Pattern.
4) Bullish & Bearish Symmetrical Triangle Pattern.
Terdapat dua perbezaan antara pennant pattern dan symmetrical triangle pattern.
1) Pembentukan flagpole (tiang bendera). Flagpole bagi pennant terdiri daripada candlestick panjang-panjang dimana harga spike (bergerak laju) sebelum terbentuknya pennant. Apabila terbentuknya pennant, harga pause (bergerak perlahan) sebelum meneruskan pergerakan. Berbeza dengan symmetrical triangle dimana flagpole adalah gabungan daripada banyak candlestisk.
2) T empoh masa. Pennant hanya terbentuk dalam waktu yang singkat (kurang sebulan) manakala symmetrical triangle pula terbentuk dalam waktu yang panjang (berbulan-bulan).
Nota/Petunjuk:
* Breakdown = Harga memecahkan support dan jatuh kebawah.
* Breakout = Harga memecahkan resistance dan naik keatas.
adakah anda berani utk beli USD?jualan panjang...
PENAFIAN:
Aktiviti pelaburan/dagangan di pasaran saham, comoditi dan matawang melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang.
Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan di pasaran saham.
Peringatan ini dibuat hanya sekadar perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu saham.
Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan keatas dagangan saham adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri.
Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang