JAG : Momentum Pada Indikator RSI1. Jika dilihat pada timeframe besar, harga dalam keadaan sideways
2. Harga gagal untuk memecahkan resistance dan terpaksa turun untuk mencari support sebagai tapak
3. Harga telah memecahkan MA200 dan gagal bertahan. Jadi support horizontal diambilkira dalam kes ini.
4. Volume menunjukkan ada 2 batang volume yang spike. Ini menunjukkan masih ada minat belian yang tinggi. Namun harga tidak naik tinggi kerana tekanan penjualan yang kuat ketika itu atau serapan penjualan telah terjadi ketika ini.
5. Indikator RSI menunjukkan masih ada momentum untuk kenaikan kerana masih berlegar-legar pada area 30-50%.
6. Harga berkemungkinan mencari resistance sekali lagi.
Fbmklci
TFP : Permulaan Wave 31. Kaunter ini telah menyiapkan satu kita wave
2. harga telah memecahkan sideways dan telah menyelesaikan wave 1 semula
3. Wave 2 berkemungkinan telah selesai setelah rebound pada MA50
4. Harga akan membuat kenaikan dan membuat wave 3.
5. Boleh entry pada masa ini kerana dekat dengan support.
HIAPTEK : Signal Pembelian MACD1. Kaunter ini masih dalam uptrend kerana harga berada atas MA200
2. Selepas kenaikan yang tinggi, harga membuat pullback dan seterusnya membuat rebound pada MA50
3. Jika nak entry boleh tunggu signal buy daripada indikator MACD iaitu line biru bersilang ke atas line merah
4. Target price adalah pada resistance 1.
FBMKLCI : Jangkaan Elliott Wave 20211. Jika dilihat pada masa kes covid melanda, index berada dalam keadaan downtrend
2. Kemudian index terus rebound dengan membentuk wave 1
3. Jangkaan Elliott Wave dan major correction abd telah terbentuk.
4. Sekarang index seakan membuat wave 1 yang baru.
5. Index perlu melepasi resistance 1700 jika ingin meneruskan kenaikan
6. Indikator RSI juga menunjukkan berlakunya bullish divergence. Ini menunjukkan terdapat momentum kenaikan index.
7. Index sekarang berkemungkinan sedang membentuk wave 3 dan masih dalam keadaan bullish.
QES : Retracement Pada Segi Tiga1. Kaunter ini jelas dalam keadaan uptrend kerana berada atas MA200.
2. Harga sekarang sedang dalam fasa retracement dalam bentuk triangle.
3. Indikator RSI berada dalam lingkungan area 50%. Ini menunjukkan masih ada momentum untuk sambung kenaikan.
4. Boleh entry jika pecah/breakout triangle dan target price pada resistance sebelum ini.
REX : Uptrend MA20,MA50 & MA2001. Jika dilihat pada keseluruhan kaunter, kaunter ini mengikut pergerakan MA20,MA50 & MA200
2. Setelah berada dalam keadaan downtrend iaitu berada di bawah MA20,MA50 dan MA200, harga berjaya memecahkan ketiga-tiga MA yang dianggap sebagai resistance dengan volume yang besar.
3. Ini menunjukkan harga berada dalam keadaan uptrend.
4. Jika nak entry, boleh entry semasa harga menyentuh MA20.
5. Jual selepas harga memecahkan MA20.
PTRANS : Sideways Pada RSI Bullish Divergence1. Jika dilihat secara keseluruhan, kaunter ini masih lagi dalam uptrend kerana berada atas MA200 dan jelas kenaikannya.
2. Harga sekarang dalam keadaan sideways.
3. Namun indikator RSI menunjukkan bullish divergence. Ini menunjukkan semakin ada momentum terhadap kaunter ini
4. Boleh entry pada support dan target price pada resistance. Atau hold untuk jangka masa lama
TDM : Timeframe Besar1. Jika dilihat secara keseluruhan kaunter/timeframe besar iaitu carta bulanan, harga jelas dalam menurun.
2. Harga gagal memecahkan upper trendline sebagai resistance. Ini menunjukkan tidak berlaku trend reversal.
3. Harga telah mencapai puncak pada upper trendline. Kemungkinan harga akan sambung penurunan semula.
4. Jika dilihat pada volume pula, hanya volume yang sama banyak dengan volume sebelum nya. Ini menunjukkan tiada "pelabur baru"
5. Tidak sesuai untuk trade pada masa sekarang.
NICE : Consolidation Harga1. Harga sekarang dalam keadaan sideways antara support-resistance yang ketat.
2. Tunggu pecah salah satu baru boleh buat tindakan.
3. Jika pecah resistance, boleh entry.
4. Jika pecah support, boleh abaikan
5. Indikator RSI menunjukkan garis bermain dikawasan 50%, ini menunjukkan harga masih ada momentum untuk naik semula tetapi perlukan masa untuk selesaikan fasa consolidation.
LIONIND : RSI Overbought 1. Harga telah memecahkan resistance MA200. Ini menunjukkan kaunter telah berubah arah dari downtrend kepada uptrend.
2. Setelah kenaikan yang tinggi dan RSI telah mencapai overbought, harga akan retrace dahulu atau membuat penurunan dahulu.
3. RSI juga akan menurun, mungkin akan bermain disekitar 30%-50%.Ini menunjukkan ada momentum untuk naik semula.
4. Perhatikan candle reversal untuk entry dan target pada puncak tertinggi sebelum ini.
NWP : Stochastic Support 1. Jika dilihat daripada keseluruhan kaunter ini, harga sentiasa turun dan sekarang dalam proses comeback.
2. Harga sekarang boleh dikatakan retracement setelah kenaikan.
3. Harga sedang bertahan di atas support.
4. Indikator stochastic sedang menuju ke kawasan oversold.
5. Jika harga mampu bertahan di support 1, ada kemungkinan harga akan rebound mencari resistance.
6. Jika harga pecah support 1, harga akan menuju ke support 2.
7. Jika nk entry boleh tunggu stochastic oversold dan harga berada pada support 1 atau atas sedikit.
8. Jika pecah support 1, terus jual.
SCOPE : Indikator Bolinger Band1. Jika dilihat pada major trend adalah uptrend.
2. Harga telah memecahkan resistance, namun tidak dapat bertahan dan turun semula.
3. Kemungkinan harga akan mencari support atau lower bolinger band.
4. Jika mahu entry, pastikan harga berada pada support atau lower bb dan volume penjualan melemah atau oversold pada stochastic.
Mestron : Entry Yang Sesuai1. Kaunter ini telah melengkapkan satu kitaran Elliott Wave dan Major correction abc.
2. Kemudian harga rebound pada paras support dan cuba memecahkan resistance tetapi tidak berjaya.
3. Harga akan membuat pullback atau berpatah balik ke garisan support.
4. Indikator RSI akan mencari area oversold.
5. Volume menunjukkan penjualan sedikit berbanding pembelian. Ini menunjukkan kelemahan pasukan penjual.
6. Jadi tunggu sehingga harga jatuh ke garisan support dan RSI menjadi oversold untuk entry yang selamat.
JCY : Beli Pada Paras Sokongan1. Kaunter ini dalam trend sideways dalam range harga support-resistance.
2. Sekarang harga menghampiri support horizontal dan support MA200.
3. Boleh entry pada garisan support/buy on dip
4. Target price pada resistance 1. Jika pecah resistance 1, boleh hold sampai resistance 2.
MAG : SIdeways Kaunter1. Jika dilihat pada keseluruhan kaunter ini, kaunter ini dalam keadaan sideways.
2. Sekarang harga berada di bawah MA200 iaitu support terkuat
3. Volume pula tidak menunjukkan ada minat "pelabur baru" yang mengatasi volume sebelum nya. Ini menunjukkan harga tidak kuat untuk naik lebih tinggi.
4. Dari analisis ini, harga tidak kuat untuk naik melepasi resistance yang ada.
5. Harga kemungkinan akan sideways antara range support-resistance.
Connect : MA20,MA50 & MA2001. Jika dilihat pada keseluruhan kaunter ini daripada 2008-sekarang, harga dalam keadaan sideways range harga antara 0.080-0.250
2. Tahun 2020, ada kemasukkan volume baru yang besar berbanding sebelum ini. Ini menunjukkan minat "pelabur terhadap kaunter ini"
3. Setelah kenaikan yang banyak, harga telah membuat major correction. Namun tidak turun melepasi paras permulaan kenaikan.
4. Menggunakan MA20,MA50 dan MA200, harga naik ke atas semula. Ini menunjukkan major correction telah tamat.
5. Indikator RSI menunjukkan bullish divergence, menunjukkan kenaikan momentum untuk kaunter ini.
6. Namun harga tidak dapat naik lagi tinggi sekiranya tidak memecahkan resistance 2.
7. Jika nak trade kaunter ini, tunggu line RSI berada di trendline untuk entry dan harga akan turun sedikit. Target profit pada resistance 2.Jika pecah resistance 2, harga berupaya untuk mencari resistance 1.
8. Ingat untuk setiap kenaikan perlukan masa. Trader perlu sabar
Double Top Kaunter Awantec1. Jika dilihat pada keseluruhan kaunter, Awantec cuba membuat comeback setelah mengalami major downtrend dan seterusnya telah breakout dari fasa sideways/mendatar/consolidation
2. Menggunakan MA200, harga boleh dikatakan uptrend kerana berada di atas MA200.
3. Kenaikan kaunter ini terhenti kerana telah berlakunya double top betul2 di kawasan resistance dan gagal memecahkan strong resistance ini.
4. Jadi kaunter ini akan mengalami minor downtrend/penurunan jangkamasa pendek.
5. Seterusnya akan mencari kawasan support/MA200 untuk dijadikan base untuk berada dalam keadaan sideways/consolidation semula dalam jangka masa lama.
6. Tidak sesuai untuk trade pada masa ini kerana harga bearish dan volume bearish menguasai pasaran.
Jangkaan Elliott Wave Kaunter XOX1. Kaunter XOX telah melengkapkan sebuah elliott wave 12345 dan major correction abc.
2. Jika dilihat dalam trend keseluruhan, kaunter XOX masih dalam keadaan uptrend kerana tidak turun melebihi paras permulaan kenaikan.
3. Setelah selesai kitaran wave, sesuatu kaunter memerlukan masa yang lama untuk membuat wave yang baru.
4. Sebab itulah, harga sekarang berada dalam keadaan sideways/mendatar/consolidation untuk kaunter mendapatkan tenaga semula.
5. Tempoh masa yang lama diperlukan untuk melengkapkan fasa consolidation ini.
6. Jika breakout fasa consolidation dan disertai volume yang besar, maka akan berlakunya permulaan wave baru.
7. Untuk entry, kita akan tunggu retracement pada wave 2 yang baru habis.
8. Bila? sama-sama kita tunggu
KLCI mencari paras sokongan sebagai penutup kepada 2020KLCI nampak kehilangan momentum dan membuat penurunan menuju paras sokongan EMA20.
MACD membuat "death cross" di atas paras 0, memberikan tanda "weak sell".
Tapi RSI elok bertenggek di atas paras 50, menunjukkan masih ada momentum positif.
Buat masa ini, penurunan yang ditunjukkan masih sihat, dengan trend jangkamasa panjang masih menunjukkan kenaikan.
Paras sokongan berikutnya sebelum MA50 mungkin sekitar 1641 mata, yang berjaya dipecahkan pada 3.12.2020.
Adakah 2020 akan berakhir dengan lautan merah?