sahamdanlatte

KLCI mencari paras sokongan sebagai penutup kepada 2020

FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
KLCI nampak kehilangan momentum dan membuat penurunan menuju paras sokongan EMA20.
MACD membuat "death cross" di atas paras 0, memberikan tanda "weak sell".
Tapi RSI elok bertenggek di atas paras 50, menunjukkan masih ada momentum positif.
Buat masa ini, penurunan yang ditunjukkan masih sihat, dengan trend jangkamasa panjang masih menunjukkan kenaikan.
Paras sokongan berikutnya sebelum MA50 mungkin sekitar 1641 mata, yang berjaya dipecahkan pada 3.12.2020.
Adakah 2020 akan berakhir dengan lautan merah?

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.